01/05/2026
π²πΎ SELAMAT HARI PEKERJA π²πΎ
1 Mei 2026
Khas buat seluruh warga perkhidmatan makmal FST tulang belakang kepada kecemerlangan penyelidikan dan pendidikan negara.
Bukan sekadar menyokong,
tetapi memastikan setiap eksperimen tepat,
setiap data diyakini,
dan setiap penemuan dapat direalisasikan
Dari penyediaan sampel ke pengendalian instrumen,
dari penyelenggaraan makmal ke pematuhan keselamatan,
setiap usaha anda adalah nadi kepada kemajuan ilmu
dan pembangunan negara.
Setiap titik keringat, masa dan tenaga yang dicurahkan
menjadi bukti dedikasi seorang pekerja yang berintegriti.
*Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa π²πΎ*
Kami bukan sekadar bekerja,
kami memikul amanah ilmu dan negara
dilaksanakan dengan penuh integriti, ketelitian dan profesionalisme.
Semoga segala usaha kita diterima sebagai amal kebaikan
dan memberi manfaat berpanjangan kepada generasi akan datang.