22/05/2026
Sempena ulang tahun penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ke-56, Bahagian Pengurusan Memori Korporat UKM, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) telah berjaya menganjurkan program bertemakan “UKM Varsiti Kita: Dari Jalan Pantai ke Puncak Bangi” pada 18 Mei 2026.
Program ini membawa para peserta menelusuri garis masa sejarah UKM—mengimbau kembali memori awal di Lembah Pantai sehinggalah institusi ini gah berdiri di Puncak Bangi sebagai simbol kecemerlangan ilmu dan warisan bangsa. Matlamat utama program adalah untuk menyemai rasa bangga, cinta, dan jati diri yang mendalam dalam kalangan warga UKM terhadap sejarah perjuangan universiti keramat ini.
Alhamdulillah, program mendapat sambutan yang sangat luar biasa! Para peserta sangat teruja, aktif berkongsi pandangan, dan menunjukkan minat yang tinggi dalam setiap sesi. Melalui sorotan sejarah, lawatan berpandu, dan jejak evolusi PTSL, peserta dapat menyaksikan sendiri bagaimana sebuah cita-cita besar telah bertukar menjadi realiti sebuah institusi yang gah.
Kerana bila kita mengenali sejarahnya, kita akan lebih menghargai legasinya.
Selamat Ulang Tahun ke-56, UKM!
Dari Jalan Pantai ke Puncak Bangi, UKM terus mekar di sanubari kita. 🔴🔵🟡
06/05/2026
Rakaman Wawancara Sejarah Lisan Tokoh, Encik Ismail Hj. Juahil, bekas pemandu UKM.
06/05/2026
Rakaman Wawancara Sejarah Lisan Tokoh Dr. Ding Choo Ming yang bertajuk: Daripada penyelaras IBKKM kepada ketua koleksi Asia Tenggara.
27/04/2026
Lawatan ke Muzium Warisan Akademik dari pelajar Program Pengantarabangsaan Asean Edutour 2026, Fakulti Undang-undang UKM
27/04/2026
Lawatan ke Muzium Warisan Akademik dari Program Mobiliti Pelajar Kejururawatan Universiti Sains Perubatan Shiga, Jepun.
24/04/2026
Pameran sempena Majlis Syarahan Perdana Profesor Ybhg. Prof. Dato' Dr. Fariza MD Sham, FASc yang bertempat di Persada Canselori, UKM
03/04/2026
Wawancara berkaitan portal Malaycivilization.com bersama Prof. Ding Choo Ming. Pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pustakawan, beliau memulakan langkah awal di Perpustakaan Lembah Pantai, Kuala Lumpur sebelum terus tekun meniti kejayaan sehingga bergelar pensyarah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM.
16/03/2026
📢 Notis Penutupan Perpustakaan Tun Seri Lanang
Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Seri Lanang akan ditutup pada 20 – 23 Mac 2026 (Jumaat – Isnin) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Perpustakaan akan dibuka semula pada 24 Mac 2026 (Selasa).
📌 Dataran Tun Seri Lanang dan Ruang 24 Jam Abdul Aziz Syaik Mydin dibuka seperti biasa.
Terima kasih.
05/03/2026
Lawatan ke Galeri Tuanku Canselor dari Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal ALAF-UKM
05/02/2026
Pameran sempena Syarahan Perdana Profesor Dr. Poh Bee Koon di Persada Canselori UKM