YAPEIM Smart Venture

YAPEIM Smart Venture

Share

Menjalankan perniagaan francais Ar Rahnu YAPEIM Premier, latihan Ar Rahnu dan pelaksana Laman Hikmah.

YAPEIM Smart Venture Sdn Bhd (YSV) adalah sebuah anak syarikat milik penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) yang berperanan dalam memajukan bidang kewangan dan pendidikan melalui pelbagai inisiatif. Syarikat ini mengendalikan perniagaan francais Ar Rahnu YAPEIM, yang menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam yang mematuhi syariah. Selain itu, YSV juga menyediakan latihan kompreh

04/09/2025

Alhamdulillah, satu perjumpaan yang positif antara pihak YAPEIM Smart Venture bersama YAPEIM Holding dengan Pengurus Besar Mcorp Corporate Services Sdn Bhd, Datin Sukhirah Binti Ibrahim.

Perbincangan ini bertujuan untuk memperkasakan lagi perniagaan francais Ar Rahnu YAPEIM Premier. Kami yakin kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang untuk memperluas perkhidmatan Ar Rahnu kepada masyarakat di seluruh Malaysia.

Nantikan perkembangan menarik dari kami!

30/08/2025

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 📣



Semangat 68 tahun kemerdekaan membara! Bersama kita jaga keharmonian dan perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68.


27/08/2025

Satu pertemuan penting telah diadakan!



Kami amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Bandaraya Maju Berhad (KPMB), yang diwakili oleh Pengerusi Dato' Yapri Kamaruzaman Kushairi serta beberapa Ahli Lembaga KPMB.

Perbincangan kali ini tertumpu kepada kerjasama perniagaan francais Ar Rahnu YaPEIM Premier. YSV optimis bahawa inisiatif ini akan meluaskan lagi perkhidmatan Ar Rahnu kepada masyarakat.

Terima kasih atas kunjungan dan perbincangan yang bermanfaat. Semoga kolaborasi ini dapat direalisasikan dengan jayanya!

13/08/2025

JANGAN TERSALAH NILAI ASET ANDA!
Kuasai Ilmu Penilaian Emas Dalam 1 Hari.

Salam semua peminat dan pelabur emas,

Anda ada emas tapi tak pasti ketulenannya? Risau terbeli emas palsu atau sadur? Mahu memulakan perniagaan emas tapi kurang yakin dengan ilmu di dada?

Ini masanya untuk anda bertindak!

Kami di YSV membawakan KURSUS PENILAIAN EMAS yang padat dengan ilmu praktikal dan mudah difahami, walaupun anda zero knowledge!

Dalam kursus ini, anda akan belajar:
✅ Cara membezakan emas tulen vs emas palsu dengan pantas.
✅ Teknik menguji mutu emas seperti seorang profesional.
✅ Rahsia dan 'trick' yang digunakan oleh otai-otai dalam industri emas.
✅ Elakkan kerugian ribuan ringgit dengan ilmu yang betul.
✅ Membina keyakinan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan emas anda.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menimba ilmu yang tak ternilai harganya. Lindungi pelaburan anda!

MAKLUMAT KURSUS:
📅 Tarikh (Pilih satu):

23 Ogos 2024 (Sabtu)

27 Ogos 2024 (Rabu)

⏰ Masa: 9:00 Pagi - 5:00 Petang
📍 Lokasi: Pusat Latihan YSV, Jalan SPU 2, Bandar Saujana Putra, 42610 Jenjarom, Selangor.

💰 Yuran: Hanya RM300 (Termasuk SST 6%).
Pelaburan ilmu yang sangat berbaloi!

Tempat adalah TERHAD untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian penuh.

DAFTAR SEKARANG! Hubungi kami untuk tempah slot anda sebelum penuh:
📞 En Ali Imran: http://www.wasap.my/601163392862
📞 En Afiq Soleh: http://www.wasap.my/601115588750
📧 E-mel: [email protected]

Jadilah bijak emas dengan ilmu yang sahih!

Photos from YAPEIM Smart Venture's post 26/07/2025

TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA KURSUS PENILAIAN EMAS! 🚀

Meriah, padat dan penuh energi! Itulah suasana Kursus Penilaian Emas anjuran YAPEIM Smart Venture yang baru sahaja melabuhkan tirainya hari ini, 26 Julai 2025.

Kami amat berbesar hati melihat semangat dan fokus luar biasa yang ditunjukkan oleh setiap peserta. Daripada belajar membezakan emas tulen dan palsu, menguasai teknik penilaian menggunakan pelbagai kaedah, sehinggalah sesi praktikal yang mantap, semuanya berlangsung dengan jayanya! ✨

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Anda bukan sahaja membawa p**ang ilmu, tetapi juga keyakinan untuk melangkah lebih jauh dalam dunia emas.

📸 [UNTUK PESERTA] Kongsikan momen atau ilmu paling best yang anda dapat hari ini di ruangan komen! Kami tak sabar nak baca. 😉

Terlepas sesi kali ini? Jangan risau! Terus ikuti laman kami untuk pengumuman kursus akan datang. Peluang sentiasa ada untuk mereka yang bersedia.

30/06/2025

Ramai yang minat emas, tapi tak ramai yang betul-betul faham ilmunya. Jangan biarkan kekurangan ilmu membuatkan anda rugi ribuan ringgit atau terlepas peluang keuntungan lumayan.

Memperkenalkan KURSUS PENILAIAN EMAS 2.0 anjuran YAPEIM Smart Venture!

Dalam kursus intensif ini, anda bukan sekadar belajar teori. Anda akan dibimbing secara PRAKTIKAL untuk:
✅ Kuasai asas-asas penting tentang ketulenan & jenis-jenis emas.
✅ Mahir menggunakan teknik-teknik pengujian emas yang sahih.
✅ Bijak mengesan taktik penipuan emas yang licik di pasaran.
✅ Membina keyakinan untuk menilai emas seperti seorang profesional!

📅 Tarikh: Sabtu, 26 Julai
⏰ Masa: 9:00 pagi hingga 5.00 petang
📍 Lokasi: Pusat Latihan YSV, Bandar Saujana Putra, Selangor
💰 Yuran: Hanya RM300 (Termasuk Sijil & Makan Minum)

Tempat adalah SANGAT TERHAD untuk memastikan sesi pembelajaran yang fokus. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Daftar segera dengan menekan link WhatsApp di bawah:
📲 http://www.wasap.my/601163392862/DaftarKursusEmas
📲 http://www.wasap.my/60115588750/DaftarKursusEmas

Jadilah pakar emas yang disegani. Daftar sekarang!

30/06/2025

🔥 "ILMU YANG TAK DAPAT DARI BUKU!" 🔥

Anda penyimpan emas? Atau bercadang nak mulakan perniagaan emas? Takut terbeli emas palsu atau tertipu dengan harga yang tidak masuk akal? 🤔



Dengarkan sendiri apa kata para peserta Kursus Penilaian Emas (KPE) 1.0 kami. Bukan calang-calang orang, seorang Pengumpul Emas dan seorang lagi merupakan Penulis Buku pun turut serta!

Photos from YAPEIM Smart Venture's post 17/06/2025

Syukur alhamdulillah!

Hari ini kita menutup tirai Kursus Penilaian Emas 1.0 dengan penuh kejayaan. Sungguh mengagumkan melihat semangat juang dan minat yang tinggi daripada setiap peserta, yang datang daripada pelbagai latar belakang berbeza-beza.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Ir Shatiri Mansor, Ahli Lembaga Pengarah YSV yang turut hadir sama dalam mempelajari ilmu emas.

Terima kasih atas kepercayaan dan komitmen anda semua. Semoga jalinan ilmu ini terus berkembang dan memberi manfaat berpanjangan!

12/06/2025

"Pernah tertanya-tanya apa perbezaan Ar-Rahnu YAPEIM dan Ar-Rahnu YAPEIM Premier? 🤔"



Ar-Rahnu YAPEIM adalah milikan penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) yang dilaksanakan melalui Koperasi YAPEIM Berhad, matlamatnya adalah menyelesaikan masalah sosial seperti pinjaman ahlong dan urusniaga berdasarkan riba.

Manakala Ar-Rahnu YAPEIM Premier p**a adalah peluang keemasan untuk perniagaan pajak gadai Islam dengan menggunakan konsep francais yang dilaksanakan melalui YAPEIM Smart Venture Sdn Bhd. Kami membuka pintu kepada usahawan dan koperasi yang ingin menceburi perniagaan pajak gadai Islam serta membina keuntungan bersandarkan syariah. Jom sertai kami! ✨

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
📞 03 8211 5731
📧 [email protected]
🌐 https://www.arrrahnupremier.com.my

27/05/2025

⚠️ JANGAN JADI MANGSA EMAS PALSU SETERUSNYA! ⚠️

Terkejut melihat lambakan kes penipuan emas palsu seperti yang dilaporkan dalam akhbar? Ramai dah kerugian puluhan ribu, bahkan jutaan ringgit kerana tak mampu bezakan emas asli dengan celupan!

Emas adalah pelaburan berharga, tapi hanya jika anda tahu menilai ketulenannya. Jangan biarkan pelaburan anda hancur di tangan penipu licik!

PENYELESAIANNYA DI SINI!
Tingkatkan ilmu dan kemahiran anda dalam mengenali emas sebenar dengan menyertai:

KURSUS PENILAIAN EMAS
🗓️ SELASA, 17 JUN
⏰ 9:00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Apa yang anda akan pelajari?

Teknik mudah membezakan emas asli & palsu.
Cara kenal pasti ketulenan emas (karat).
Tips elak penipuan dalam urusniaga emas.
Dan banyak lagi rahsia penilaian emas dari pakar!
Lindungi harta anda. Ilmu adalah benteng terbaik!
Daftar segera tempat anda terhad!

Untuk pendaftaran & pertanyaan, klik link di bawah:
https://forms.gle/Hts2GcZ4vcJHW2az6

21/05/2025

Emas Putih Bukan Sekadar Cantik, Tapi Kena Tahu Mutunya! ✨



Tahukah anda, emas putih selalunya bermutu 18K (750) ke bawah? Jangan tertipu dengan sebutan 'emas putih' semata-mata!

Nak jadi pembeli emas yang lebih bijak? Jom sertai Kursus Penilaian Emas kami untuk mendalami ilmu tentang jenis dan kualiti emas!

Daftar sekarang dan belajar bagaimana mengenali emas yang bernilai tinggi!

🗓️ Tarikh: 17 Jun 2025, Selasa
⏰ Masa: 9:00 pagi hingga 5.00 petang

Klik link untuk maklumat lanjut dan pendaftaran! Slot terhad!
https://forms.gle/eXbgngfRyvwnHQzq7

19/05/2025

Urus Niaga Ar-Rahnu Yang Telus? Hanya di sini!



✅ Maklumat jelas
✅ Timbangan di depan mata
✅ Tiada caj tersembunyi

Kunjungi kami atau layari https://arrahnupremier.com.my/ sekarang!

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No. 33, Hub Perindustrian Suntrack, Off Jalan P/1A, Seksyen 13
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00