15/03/2026
[𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐇𝐘𝐀’ 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐁]
Program Ihya’ Ramadan KAB dianjurkan bagi menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan dalam kalangan warga Kolej Aminuddin Baki. Program ini menjadi platform untuk memupuk semangat kebersamaan serta menggalakkan amalan berkongsi rezeki melalui pelbagai aktiviti seperti rewang, berbuka puasa dan solat terawih secara berjemaah di foyer dan surau Kolej Aminuddin Baki.
OBJEKTIF PROGRAM
📌 SDG 2: Sifar Kelaparan
Program ini dilaksanakan melalui penyediaan makanan berbuka kepada warga kolej sebagai usaha menyantuni komuniti setempat. Inisiatif ini turut menanam nilai keprihatinan serta menggalakkan amalan berkongsi rezeki dalam kalangan pelajar.
📌 SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan Baik
Aktiviti berbuka puasa bersama dan solat terawih berjemaah memberi ruang kepada warga kolej untuk memperkukuh kesejahteraan rohani dan emosi, di samping menggalakkan gaya hidup yang lebih seimbang sepanjang bulan Ramadan.
📌 SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan
Penglibatan pelajar dalam aktiviti rewang dan gotong-royong membantu membentuk komuniti kolej yang lebih harmoni, prihatin dan saling membantu antara satu sama lain.
📌 SDG 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat
Program ini turut menonjolkan semangat kerjasama antara warga kolej dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang, sekali gus memperkukuh jaringan hubungan dalam komuniti kolej.
👥 PENGLIBATAN
Program ini melibatkan penyertaan aktif warga Kolej Aminuddin Baki yang bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan. Penglibatan ini secara tidak langsung memupuk semangat kesukarelawanan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kolej.
🥘AKTIVITI
• Aktiviti rewang dan gotong-royong sekitar kolej
• Majlis berbuka puasa bersama warga Kolej Aminuddin Baki
• Solat terawih secara berjemaah
• Penglibatan pelajar dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan
Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuh semangat kebersamaan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga Kolej Aminuddin Baki. Selain itu, program ini juga menjadi medium untuk menghayati nilai-nilai murni Ramadan melalui aktiviti kebajikan, kerjasama komuniti dan amalan berkongsi rezeki.
15/03/2026
📢 PENCARIAN EXCO SEMARAK INOVASI SISWA! 🚀
Korang tengah cari peluang nak asah leadership skill? Nak tambah merit I-STAR sambil buat kenalan baru? Inilah masanya! Kolej Aminuddin Baki kini mencari barisan Exco yang bersemangat untuk program Semarak Inovasi Siswa.
📌 Unit Yang Dibuka:
📸 Media & Publisiti
📝 Program & Protokol
💰Pemasaran & Penajaan
🍽️ Jamuan & Cenderamata
🗳️ Logistik & Tugas-Tugas Khas
📍 Lokasi Program: DECTAR
🗓 Tarikh: 16 Mei 2026
Kriteria:
✅ Pelajar KAB yang berdisiplin & bertanggungjawab.
✅ Boleh memberi komitmen penuh.
✅ Berminat dalam bidang yang dipohon.
Jom sertai kami! Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar sekarang! 📲
Sebarang pertanyaan, hubungi:
📞 Mierul: 019-268 1755
📞 Dayang: 011-6441 4896
EKSEKUTIF KEUSAHAWANAN SESI 25/26
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
10/03/2026
*[KASIH @ ALUMNI: SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1447H]*
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera 🦁💙
✨ Gema takbir kian terasa! Kepada semua Alumni Kamsis B / Kolej Aminuddin Baki yang dirindui, marilah kita kembali bertaut ukhuwah dalam majlis penuh bermakna sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H. Jadikan pertemuan ini sebagai jambatan yang menghubungkan nostalgia lama dengan semangat kebersamaan yang baharu.
Butiran Majlis:
🗓 Tarikh: 11 April 2026 | 22 Syawal 1447 Hijrah
🕙 Masa: 10:00 Pagi
📍 Tempat: Dataran K4, Kolej Aminuddin Baki
💛 Kehadiran dan sumbangan ikhlas anda amat kami hargai bagi menjayakan majlis ini. Semoga setiap langkah dan kebaikan anda diberkati Allah SWT serta menjadi amal jariah yang berpanjangan.
📌 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 011-25744970 (Fazila)
_*“ AGAMA DIJUNJUNG, TAMADUN DIPIMPIN ”*_
*MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR*
*KOLEJ AMINUDDIN BAKI*
*UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA*
10/03/2026
*[🎡PENCARIAN VENDOR: FESTIVAL KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN🎡]*
Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🦁💙
Anda mencari tapak yang mampu milik? Jom sertai kami di Festival Kebudayaan Dan Perpaduan Kolej Aminuddin Baki‼️
Festival Kebudayaan Dan Perpaduan anjuran Kelab Sanggar Asli kini membuka ruang niaga buat anda yang ingin memeriahkan lagi festival ini. Butiran adalah seperti berikut;
🗓 *Tarikh:* 10 April - 12 April 2026 (Jumaat - Ahad)
⏰ *Masa:* 9.00 Pagi - 10.00 Malam
📍 *Lokasi:* Dataran K4, Kolej Aminuddin Baki, UKM Bangi
*✨ APA YANG KAMI CARI? ✨*
Kami alu-alukan pelbagai jenis jualan & servis untuk memeriahkan suasana antaranya;
🥤 Minuman & Coffee (Kopi hipster, boba, air balang)
🍔 Makanan & Kudapan (Dessert, snacks, makanan berat)
💍 Aksesori & Lifestyle (Cincin, gelang, phone strap, hijab)
👕 Pakaian & Bundle (T-shirt, preloved, outfit menarik)
🎨 Seni & Servis (Henna, lukisan, kraf tangan)
..dan BANYAK LAGI idea jualan anda!
*💰 KADAR SEWA RAHMAH (UNTUK 3 HARI):*
🎓 Warga UKM: RM 80 sahaja!
🏢 Peniaga Luar: RM 150 sahaja!
⚠️ SLOT ADALAH TERHAD⚠️
*🔗 DAFTAR SEKARANG DI SINI:*
https://forms.gle/VKrGayt3baSfH8N87
*📞 HUBUNGI KAMI UNTUK PERTANYAAN:*
Azyan: wa.me/601112827237
Jom jadi sebahagian daripada kemeriahan Festival Kebudayaan Dan Perpaduan! 🎡
*KELAB SANGGAR ASLI,*
*KOLEJ AMINUDDIN BAKI,*
*UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.*
10/03/2026
📣 *[JEJAK ALUMNI KOLEJ AMINUDDIN BAKI]!*
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera 🦁💙
✨Kepada semua alumni penghuni Kamsis B / Kolej Aminuddin Baki (1971 - 2024), mari sertai komuniti Alumni KAB bagi :
⭐️Mengumpulkan semula alumni KAB
⭐️Memperkukuh jaringan kebersamaan antara generasi KAB
⭐️Hebahan berkaitan program-program yang dianjurkan oleh Kolej Aminuddin Baki😍!
📲 Klik link dibawah untuk menyertai :
https://forms.gle/g9mjYH1XnC5qYvkb6
📝Mari sertai group whatsapp rasmi Alumni KAB :
https://chat.whatsapp.com/HqSdSEjvGfCHZ95rk9WgfS
📌Sebarang pertanyaan, hubungi: 011-25744970 (Fazila)
Sekian, terima kasih atas sokongan dan keprihatinan anda.
*_" AGAMA DIJUNJUNG, TAMADUN DIPIMPIN "_*
*EKSEKUTIF JARINGAN ALUMNI DAN ANTARABANGSA*
*KOLEJ AMINUDDIN BAKI*
*UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA*
08/03/2026
[OUEL × UKM Spring 2026]
Sorotan sepanjang OUEL × UKM Spring Programme 2026, hasil kerjasama antara Osaka University of Economics and Law dan Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program ini menghimpunkan para peserta dalam pelbagai aktiviti yang merangkumi pertukaran budaya, penerokaan akademik serta pengalaman mempelajari keunikan budaya dan kehidupan di Malaysia.
Inisiatif ini turut menjadi platform untuk mengukuhkan jaringan persahabatan antarabangsa serta memperluas perspektif global dalam kalangan pelajar.
08/03/2026
*[PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2025/2026]*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Kolej
Aminuddin Baki.🦁💙
Merujuk kepada Pekeliling Akademik Bil. 6/2026, semua mahasiswa/i diingatkan untuk mengambil tindakan segera bagi urusan pendaftaran, pengguguran, dan pengesahan kursus bagi semester ini.
Sila ambil perhatian terhadap tarikh-tarikh penting
berkenaan bagi urusan berikut:
- Tambah / Gugur Kursus
- Gugur Kursus Sahaja
- Tarik Diri Kursus
- Pengesahan Pendaftaran Kursus
Segala urusan pendaftaran dan perubahan kursus hendaklah dilakukan secara atas talian melalui portal SMPWeb UKM:
http://smplucee.ukm.my/smpweb
Diharapkan semua mahasiswa/i peka terhadap tarikh-tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan
atau denda lewat.
Sekian, terima kasih.
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2025/2026
06/03/2026
[NOTIS MAKLUMAN PENDAFTARAN KOLEJ]
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Kolej Aminuddin Baki.🦁💙
Dimaklumkan kepada semua pelajar Kolej Aminuddin Baki bahawa pendaftaran masuk serta pengambilan kunci bagi Semester 2 Sesi 2025/2026 akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
1. Pendaftaran Masuk dan Pengambilan Kunci (Secara Fizikal)Pelajar boleh hadir untuk melakukan pendaftaran masuk serta pengambilan kunci di Pejabat Kolej Aminuddin Baki pada:
📍Tarikh: 7 Mac 2026 hingga 9 Mac 2026Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
2. Pendaftaran Masuk Melalui Google FormBagi pelajar yang tidak dapat hadir secara fizikal pada tarikh yang ditetapkan, pelajar dimohon untuk melengkapkan pendaftaran melalui Google Form pada pautan berikut:
📍https://forms.gle/3GAcod1aj5dfe3CE7
Tempoh pengisian Google Form adalah dari 7 Mac 2026 hingga 9 Mac 2026.
Pelajar yang gagal melengkapkan Google Form dalam tempoh yang ditetapkan akan dianggap menolak tawaran kolej dan perlu membuat permohonan rayuan semula.
Kerjasama dan perhatian semua pelajar amat dihargai bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar.
Sekian, terima kasih.
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2025/2026
06/03/2026
[SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H ]
Sempena peristiwa agung Nuzul Al-Quran, marilah kita sama-sama menghayati dan mendekatkan diri dengan kalam Allah yang menjadi petunjuk dan cahaya dalam kehidupan.✨
Semoga Al-Quran sentiasa menerangi hati kita, menenangkan jiwa serta membimbing setiap langkah menuju keredaan-Nya. Mudah-mudahan kita bukan sahaja membacanya di bulan Ramadan, tetapi terus menjadikannya pedoman sepanjang hayat.
03/03/2026
[SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2025/2026]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Kolej
Aminuddin Baki.🦁💙
Untuk makluman semua pelajar, tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan Semester 1 Sesi Akademik 2025/2026 adalah seperti berikut:
📍TARIKH: 5 Mac 2026
📍MASA: 10 PAGI
📍PLATFORM: http://smplucee.ukm.my/smpweb
Kami daripada Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Aminuddin Baki
mengucapkan selamat maju jaya dan semoga kejayaan menjadi milik kita semua.
Sekian, terima kasih.
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ AMINUDDIN BAKI
SESI 2025/2026
21/02/2026
*[SUMBANGAN IKHLAS – BERBUKA PUASA]*
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera 🦁💙
✨Kepada semua alumni Kolej Aminuddin Baki, marilah kita bersama-sama merebut keberkatan bulan Ramadan dengan menyumbang secara ikhlas bagi penyediaan juadah berbuka puasa untuk para pelajar di kolej.
⭐️Membantu penyediaan juadah berbuka puasa pelajar
⭐️Menghidupkan amalan bersedekah di bulan penuh keberkatan
⭐️Mengeratkan ukhuwah antara alumni dan warga kolej
💛 *“Bersedekahlah walaupun seringgit”*— setiap sumbangan amat bermakna dan menjadi saham akhirat kita. Semoga segala kebaikan dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda.
📌Sebarang pertanyaan, hubungi: 011-25744970 (Fazila)
Sekian, terima kasih atas sokongan dan keprihatinan anda.
_*”AGAMA DIJUNJUNG, TAMADUN DIPIMPIN”*_
*MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR*
*KOLEJ AMINUDDIN BAKI*
*UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA*
*SESI 2025/202*