UBK SKSRD Kajang Selangor

UBK SKSRD Kajang Selangor Memaparkan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling (Sesi pagi dan petang)

14 Ogos 2026/ JumaatBicara Bersama PRS SAFE
19/08/2026

14 Ogos 2026/ Jumaat
Bicara Bersama PRS SAFE



7 Ogos 2026/ JumaatBicara Bersama PRS SAFE
19/08/2026

7 Ogos 2026/ Jumaat
Bicara Bersama PRS SAFE



19/08/2026
17 & 18 Ogos 2026Intervensi Psikometrik: Logik MatematikAktiviti: Bijak SifirPada akhir aktiviti, murid dapat:1. Meningk...
19/08/2026

17 & 18 Ogos 2026

Intervensi Psikometrik: Logik Matematik

Aktiviti: Bijak Sifir

Pada akhir aktiviti, murid dapat:
1. Meningkatkan penguasaan sifir 1 hingga 12.
2. Menjawab soalan sifir dengan lebih cepat dan tepat.
3. Menggunakan kemahiran logik dan pemikiran matematik dalam menyelesaikan tugasan.
4. Meningkatkan keyakinan dan minat terhadap aktiviti yang melibatkan nombor dan pengiraan.

Langkah Aktiviti:
1.Guru menerangkan tujuan aktiviti “Bijak Sifir” dan kaitannya dengan kemahiran logik matematik.
2.Guru mengedarkan bahan Bijak Sifir yang mengandungi latihan sifir 1 hingga 12.
3.Murid melengkapkan latihan sifir dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan memberi tumpuan kepada kepantasan dan ketepatan.
4.Guru membimbing murid yang menghadapi kesukaran mengingat atau menyelesaikan sifir.
Murid menyemak jawapan dan membetulkan kesalahan dengan bimbingan guru.
5.Guru memberikan pengukuhan, pujian dan galakan kepada murid yang menunjukkan peningkatan.

Refleksi dan Impak:
Murid menunjukkan penglibatan yang baik dalam aktiviti Bijak Sifir. Aktiviti membantu murid mengukuhkan kemahiran asas nombor, meningkatkan kecekapan membuat pengiraan serta melatih pemikiran logik matematik. Murid juga lebih yakin dalam menjawab soalan sifir dan berusaha meningkatkan kepantasan serta ketepatan jawapanan.



10 - 19 Ogos 2026Bimbingan Kelompok: Kenali Emosi Saya Hari IniPada akhir aktiviti, murid dapat:1. Mengenal pasti dan me...
19/08/2026

10 - 19 Ogos 2026

Bimbingan Kelompok: Kenali Emosi Saya Hari Ini

Pada akhir aktiviti, murid dapat:

1. Mengenal pasti dan menyebut emosi positif yang dirasai pada hari tersebut.
2. Meluahkan emosi melalui lukisan emoji dengan cara yang kreatif.
3. Memberikan contoh situasi yang menyebabkan seseorang berasa gembira.
4. Meningkatkan keyakinan untuk berkongsi emosi dan berkomunikasi bersama rakan.

Langkah Aktiviti:

1.Guru bertanya kepada murid tentang emosi yang dirasai pada hari tersebut.
2.Guru menerangkan secara ringkas tentang kepentingan mengenali dan meluahkan emosi dengan cara yang positif.
3.Guru meminta beberapa orangbmurid melukis emoji ceria di papan putih berdasarkan emosi gembira.
4.Murid lain memberikan contoh situasi yang menyebabkan mereka berasa gembira seperti mendapat pujian, bermain bersama rakan, berjaya menyiapkan tugasan dan meluangkan masa bersama keluarga.
5.Murid aktif mengambil bahagian dengan memberikan idea, menjawab soalan dan berkongsi pengalaman masing-masing.
6.Guru memberikan pengukuhan dan pujian atas penglibatan aktif murid.

Refleksi dan Impak:
Murid menunjukkan penglibatan yang aktif sepanjang aktiviti. Murid dapat mengenal pasti emosi gembira serta berkongsi situasi yang berkaitan dengan emosi tersebut. Aktiviti melukis emoji ceria membantu murid meluahkan emosi secara kreatif dan menyeronokkan. Aktiviti ini juga meningkatkan keyakinan murid untuk berkomunikasi dan berkongsi perasaan bersama rakan.



AlhamduliLlah. 7 Ogos 2026 | JumaatUBK SURADA mengambil sedikit ruang untuk berbicara dari hati ke hati bersama anak-ana...
13/08/2026

AlhamduliLlah.

7 Ogos 2026 | Jumaat

UBK SURADA mengambil sedikit ruang untuk berbicara dari hati ke hati bersama anak-anak Tahap 1 SURADA.

Dalam bicara yang sederhana, diselitkan pesan tentang diri, emosi, persahabatan dan keberanian untuk menjadi insan yang baik.

Semoga setiap kata yang disampaikan menjadi benih kecil yang tumbuh menjadi kekuatan dalam diri anak-anak.

Kerana mendidik bukan sekadar mengajar ilmu, tetapi menyentuh hati, membimbing langkah dan membina jiwa.

Semoga anak-anak SURADA terus membesar dengan hati yang bahagia, akhlak yang indah dan keyakinan untuk melangkah.

UBK bersama anak-anak, membina insan, menyemai harapan. 🤍



6 Ogos 2026/KhamisAlhamduliLlah Selesai. Pelaporan Pembentangan  Analisis PsikometrikSaringan Minda Sihat 1 dan 2.Terima...
08/08/2026

6 Ogos 2026/Khamis

AlhamduliLlah
Selesai.
Pelaporan Pembentangan Analisis Psikometrik
Saringan Minda Sihat 1 dan 2.

Terima kasih Tuan Guru Besar, Barisan Penolong Kanan dan rakan-rakan guru.



Penataran Program Kerangka Anti Buli Sekolah (SAFE)
06/08/2026

Penataran Program Kerangka Anti Buli Sekolah (SAFE)



Program Generasi Madani, Kapsul Masa Depan Malaysia
06/08/2026

Program Generasi Madani, Kapsul Masa Depan Malaysia



AlhamduliLlah.Hari ini kita menulis impian, esok kita melakar kejayaan.Melalui Program Generasi MADANI: Kapsul Masa Depa...
06/08/2026

AlhamduliLlah.

Hari ini kita menulis impian, esok kita melakar kejayaan.

Melalui Program Generasi MADANI: Kapsul Masa Depan Malaysia, setiap coretan anak-anak SURADA bukan sekadar tulisan di atas kertas, tetapi lambang harapan, cita-cita dan keyakinan bahawa masa depan mampu diubah dengan ilmu, akhlak serta usaha yang berterusan.

Semoga kapsul masa ini menjadi saksi kepada impian yang disemai hari ini, lalu mekar menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Teruslah melangkah dengan yakin, kerana setiap langkah kecil yang diiringi doa, disiplin dan kesungguhan akan membawa kalian ke destinasi yang diimpikan.

"Impian disemai, harapan dipelihara, masa depan dicipta."

Moga Allah SWT mengurniakan anak-anak SURADA hati yang cekal, jiwa yang luhur dan kejayaan yang diberkati di dunia serta di akhirat.



Address

Bimbingan & Kaunseling SURADA
Bangi
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389262932

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UBK SKSRD Kajang Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category