Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia

Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia Laman Rasmi Facebook Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perpustakaan UKM telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan UKM pada 18 Mei 1970 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pada tahun 1977, Perpustakaan telah berpindah ke kampus tetap di Bangi dan menggunakan aras, 5 Bahagian Bangunan Canselori, UKM. Bangunan Perpustakaan di Bangi mula digunakan pada tahun 1978 dan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 2 Julai 1980. Bangunan ini telah diberi nama Perpustakaan Tun Seri Lanang sempena nama seorang bangsawan dan tokoh sastera yang terkenal di Tanah Melayu pada kurun ke 16. Sistem Perpustakaan UKM ini terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang, Perpustakaan Induk di kampus utama Bangi dan empat Perpustakaan Cabang iaitu Perpustakaan Undang-Undang dan Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (Bangi), Perpustakaan Dr. Abdul Latif (Kampus Kuala Lumpur) yang dirasmikan pada 25 November 2005 dan Perpustakaan Pusat Perubatan UKM ( Kampus Cheras).

πŸ“’ NOTIS PENUTUPAN PERPUSTAKAANPerpustakaan Tun Seri Lanang akan ditutup pada 25 Ogos 2026 (Selasa) sempena Maulidur Rasu...
21/08/2026

πŸ“’ NOTIS PENUTUPAN PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Tun Seri Lanang akan ditutup pada 25 Ogos 2026 (Selasa) sempena Maulidur Rasul.

πŸ“š Perpustakaan akan dibuka semula pada 26 Ogos 2026 (Rabu) seperti biasa.

πŸ“ Dataran Tun Seri Lanang & Ruang 24 Jam Abdul Aziz Syaik Mydin kekal dibuka seperti biasa.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua. 🌷

Jelajah tanpa pasport dengan gaya tersendiri - Nikmati pengalaman kembara ke Vietnam melalui bahan bacaan dan imaginasi ...
20/08/2026

Jelajah tanpa pasport dengan gaya tersendiri - Nikmati pengalaman kembara ke Vietnam melalui bahan bacaan dan imaginasi di Koleksi Asia Tenggara Perpustakaan UKM.

A wonderful way to travel without passport. Now you can explore Vietnam through reading and imagination in the Southeast Asian Collection of the UKM Library.

PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG, 20 Ogos 2026 – Syarahan Tun Ahmad Sarji Siri Ke-4 bertajuk β€œIntegriti Bukan Pilihan: Tangg...
20/08/2026

PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG, 20 Ogos 2026 – Syarahan Tun Ahmad Sarji Siri Ke-4 bertajuk β€œIntegriti Bukan Pilihan: Tanggungjawab dan Cabaran Kepimpinan Awam” telah berlangsung di Anjung Pro-Canselor Tun Ahmad Sarji, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Syarahan yang disampaikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun (Dr.) Tengku Maimun Tuan Mat, Profesor Ikhtisas, Fakulti Undang-Undang UKM merangkap Penyandang Kursi DiRaja Tuanku Muhriz dalam Bidang Integriti dan Tadbir Urus Baik, mengetengahkan isu integriti sebagai asas penting dalam membentuk kepimpinan awam yang beretika serta tadbir urus yang baik.

Dalam perkongsian tersebut, aspek integriti kepimpinan, kebebasan institusi, semak dan imbang kuasa serta kepentingan keberanian dalam mempertahankan nilai integriti menjadi antara perkara yang diketengahkan. Intisari syarahan turut menekankan bahawa kepimpinan berintegriti mampu menyumbang kepada kemakmuran negara, pengukuhan struktur masyarakat dan keharmonian sosial.

Syarahan Tun Ahmad Sarji merupakan wadah perkongsian pengetahuan dan pemikiran dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kepakaran dan minat Allahyarham Tun Ahmad Sarji. Siri keempat ini meneruskan kesinambungan siri-siri terdahulu dengan memberi fokus kepada integriti dan kepimpinan awam.

Perpustakaan UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YABhg. Tun (Dr.) Tengku Maimun Tuan Mat serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Syarahan Tun Ahmad Sarji Siri Ke-4.

Integriti bukan pilihan. Ia adalah tanggungjawab.

πŸŽ‰ TAHNIAH DAN SYABAS! πŸŽ‰Seluruh warga Perpustakaan UKM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada En. Az...
20/08/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH DAN SYABAS! πŸŽ‰

Seluruh warga Perpustakaan UKM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada En. Azlan Mohamad Hamzah atas pelantikan sebagai Ketua Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkuat kuasa 4 Mei 2026.

Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan serta membawa kejayaan dalam peranan baharu. 🌟

Selamat maju jaya dan tahniah sekali lagi! πŸ’

πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN RUANG 24 JAM ABDUL AZIZ SHAIK MYDINDimaklumkan bahawa Ruang 24 Jam Abdul Aziz Shaik Mydin, Perpusta...
18/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN RUANG 24 JAM ABDUL AZIZ SHAIK MYDIN

Dimaklumkan bahawa Ruang 24 Jam Abdul Aziz Shaik Mydin, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), UKM akan ditutup sementara bermula:

πŸ“… 19 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ 8.00 pagi
hingga
πŸ“… 20 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 4.30 petang

Pengguna dimohon untuk mengambil maklum mengenai penutupan sementara ini dan membuat perancangan sewajarnya.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai kerjasama serta perhatian semua pengguna.

πŸ“Œ Ruang 24 Jam akan dibuka semula selepas tempoh penutupan seperti yang dinyatakan.

Terima kasih atas kerjasama anda. πŸ’™

🌏 Jelajah tanpa pasport, terokai dunia melalui pembacaan!Nikmati pengalaman mengembara ke Laos melalui bahan bacaan dan ...
18/08/2026

🌏 Jelajah tanpa pasport, terokai dunia melalui pembacaan!

Nikmati pengalaman mengembara ke Laos melalui bahan bacaan dan imaginasi di Koleksi Asia Tenggara, Perpustakaan UKM. πŸ“šβœ¨

Temui keunikan budaya, sejarah dan masyarakat Laos tanpa perlu meninggalkan perpustakaan. Ayuh terokai dunia melalui pembacaan! πŸ‡±πŸ‡¦

Travel without a passport and discover the world through reading!

Experience the beauty of Laos through books, reading and imagination at the Southeast Asian Collection, UKM Library. πŸ“šβœ¨

Discover the unique culture, history and people of Laosβ€”all without leaving the library. Let your imagination take you on a journey! πŸ‡±πŸ‡¦

πŸ“š LATIHAN WEB OF SCIENCE & JOURNAL CITATION REPORTSIngin mengetahui cara mengenal pasti jurnal yang sesuai untuk penerbi...
18/08/2026

πŸ“š LATIHAN WEB OF SCIENCE & JOURNAL CITATION REPORTS

Ingin mengetahui cara mengenal pasti jurnal yang sesuai untuk penerbitan serta memahami penggunaan Journal Citation Reports (JCR) dalam pemilihan jurnal? πŸ”ŽπŸ“Š

Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Clarivate akan menganjurkan sesi latihan khas untuk warga UKM.

✨ Antara perkara yang akan dikongsikan:
β€’ Cara mengenal pasti jurnal yang paling relevan untuk menghantar manuskrip
β€’ Penerokaan aliran kerja penyelidikan secara praktikal
β€’ Memahami bagaimana *Journal Citation Reports (JCR)* dapat membantu dalam pemilihan jurnal

πŸŽ™οΈ Penceramah:
Mr. Pavel Kasyanov
Principal Customer Success Consultant, Clarivate

πŸ“… Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 3.00 – 4.30 petang
πŸ’» Platform: Microsoft Teams
🎟️ Penyertaan adalah PERCUMA!

Terbuka kepada semua warga UKM termasuk penyelidik, ahli akademik dan pelajar.

πŸ“ Daftar sekarang:
https://bit.ly/WOSJCRTraining

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam mengenal pasti jurnal yang relevan dan memahami penggunaan JCR bagi menyokong proses pemilihan jurnal yang sesuai untuk penerbitan. ✨

# #

18/08/2026

Address

UKM
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Tuesday 08:00 - 19:00
Wednesday 08:00 - 19:00
Thursday 08:00 - 19:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 19:00
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

+60389213446

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share