Malaysian Association of Research Scientists

Malaysian Association of Research Scientists

Share

The Malaysian Association of Research Scientists (MARS) is an organization registered under the SOCIETIES ACT 1966 MALAYSIA in 30 January 1995.

The Malaysian Association of Research Scientists (MARS) is an organization registered under the SOCIETIES ACT 1966 MALAYSIA. It is an association of Research and Development (R&D) Scientists and Technologists in the Public Service, Corporatised Research Institutes, Universities, other institutes of higher learning and the Private Sector. Since the begin

11/06/2026

๐Ÿ“ข TAKLIMAT INTERNATIONAL INVENTION & INNOVATION COMPETITION (IIC) 2026 โ€“ SESI 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

MARS menjemput semua penyelidik, pendidik, pelajar, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan industri untuk menyertai Taklimat IIC 2026 bagi mendapatkan maklumat berkaitan penyertaan ke pertandingan inovasi antarabangsa berikut:
๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ Indonesia Inventors Day (IID) 2026, 3 โ€“ 6 Oktober 2026, Jakarta
๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ท Seoul International Invention Fair (SIIF) 2026, 2 โ€“ 5 Disember 2026, Seoul

๐Ÿ—“๏ธ 23 Jun 2026 (Selasa)
๐Ÿ•š 11.00 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ’ป Google Meet

Taklimat akan merangkumi kategori pertandingan, yuran penyertaan, pakej perjalanan serta prosedur penyertaan.

Pendaftaran:
https://forms.gle/5edqs4rpQjeHWsoW8

Pertanyaan:
๐Ÿ“ง [email protected]
๐Ÿ“ž 013-4085058 / 011-55512021

Malaysian Association of Research Scientists (MARS)
Official Malaysia Coordinator for IID 2026 & SIIF 2026

Photos from Malaysian Association of Research Scientists's post 04/06/2026

SMK Sungai Kapar Indah Cipta Nama di Eropah, Bawa Pulang Pingat Emas di INTARG 2026

Katowice, Poland, 3 Jun 2026 โ€“ Inovasi pendidikan The World History Exploration Challenge Board Game (ECS) yang dibangunkan oleh warga SMK Sungai Kapar Indah, Klang telah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya meraih Pingat Emas dalam 19th International Invention & Innovation Show (INTARG) 2026 yang berlangsung pada 2 hingga 3 Jun 2026 di International Congress Centre (MCK), Katowice, Poland. Selain itu, inovasi yang berjaya menjulang nama sekolah di persada dunia ini turut menerima anugerah khas daripada Haller Pro Inventio Foundation, World Invention Intelectual Property Association (WIPA), National Research Council of Thailand (NRCT) dan Indonesian Invention and Innovation Promotion Association (INNOPA)
Pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Eurobusiness-Haller itu menghimpunkan para pencipta, penyelidik dan inovator dari pelbagai negara bagi mempamerkan hasil inovasi terkini dalam pelbagai bidang.

Inovasi The World History Exploration Challenge Board Game merupakan cetusan idea Mohd Zulhelmi Mansor bersama dua orang pelajar, Arjun a/l Mayavan dan Danarajan a/l Kumar. Permainan berkonsepkan fun learning education ini dibangunkan sebagai bahan bantu mengajar yang bertujuan meningkatkan minat dan penglibatan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.

Menurut Mohd Zulhelmi, yang juga guru inovasi dan pembimbing pasukan tersebut, pembangunan ECS adalah hasil daripada pemerhatian serta penyelidikan berterusan bagi menambah baik kaedah pembelajaran Sejarah di sekolah. Beliau memaklumkan bahawa inovasi ini kini telah digunakan oleh lebih daripada 80 buah sekolah di seluruh Malaysia.

โ€œSelain digunakan secara meluas di sekolah, satu kajian keberkesanan turut dijalankan oleh sekumpulan mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hasil kajian mendapati permainan ini berjaya memupuk sikap positif terhadap pembelajaran Sejarah serta meningkatkan keupayaan murid untuk memahami fakta, menghubungkaitkan peristiwa bersejarah dan mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi,โ€ katanya.

Beliau turut berharap agar ECS dapat diperluaskan penggunaannya ke semua sekolah di seluruh negara serta dijadikan sebagai salah satu pertandingan koakademik pada masa hadapan, sama ada dalam bentuk fizikal mahupun secara dalam talian. Menurut beliau lagi, kejayaan ini juga merupakan hadiah istimewa sempena Sambutan Jubli Perak Ke-25 Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj, Sultan Selangor, pada tahun ini. Delegasi daripada Malaysia ini sempat mengadakan pertemuan dengan Duta besar Malaysia ke Poland iaitu TYT Datoโ€™ Azri Mat Yacob di Kedutaan Besar Malaysia di Warsaw yang turut merasa bangga dengan kejayaan yang dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Sementara itu, Pengarah Program Inovasi Antarabangsa, Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS), Hasfazilah Hassan, menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti bahawa inovasi pendidikan di peringkat sekolah mampu bersaing dan mendapat pengiktirafan di pentas antarabangsa.
โ€œSaya amat teruja melihat komitmen dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak, termasuk pengurusan tertinggi sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru serta seluruh warga SMK Sungai Kapar Indah. Kejayaan ini membuktikan bahawa kolaborasi yang mantap mampu menghasilkan inovasi berkualiti tinggi yang memberi impak kepada pendidikan negara,โ€ katanya.

โ€œSaya berharap agar budaya inovasi dalam kalangan sekolah di Malaysia terus berkembang dan lebih ramai pelajar serta guru berani menyahut cabaran untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Kejayaan inovasi tidak seharusnya terhenti di pentas pertandingan atau sekadar meraih anugerah. Inovasi yang sebenar ialah inovasi yang mampu menyelesaikan masalah masyarakat, memberi manfaat kepada industri dan seterusnya dikomersialkan bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Justeru, sokongan semua pihak termasuk kerajaan, institusi pendidikan, industri dan pelabur untuk bersama-sama menyokong usaha pengkomersialan hasil inovasi anak-anak Malaysia agar idea yang hebat dapat diterjemahkan kepada impak yang nyata amatlah penting. Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menghimpunkan saintis dan penyelidik Malaysia, MARS komited untuk terus menyokong dan membantu institusi pendidikan negara khususnya dalam memperkasa inovasi serta mencapai kecemerlangan di persada duniaโ€, ujar beliau.

03/06/2026

Hari Penjurian INTARG 2026,

Selamat maju jaya kepada peserta. Semoga segala usaha, kreativiti, dedikasi dan inovasi yang telah dicurahkan membuahkan kejayaan yang membanggakan. Terus yakin, berikan yang terbaik, dan semoga sesi penjurian berjalan lancar serta menjadi pengalaman yang bermakna.

01/06/2026

Good luck to Malaysian participants at INTARG 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Wishing you success, confidence, and an inspiring experience on the international stage.

26/05/2026

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 ๐ŸŒ™

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan terus memperkukuh ukhuwah serta memberi inspirasi dalam membina masyarakat yang berilmu dan berinovasi.

โœจ Taqabbalallahu minna wa minkum, Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada MARS

24/05/2026

Telah berlangsung Majlis Tandatangan Perjanjian bersama KIPA pada 19 Mei 2026 di KLCC sempena ITEX 2026.

Kerjasama ini diteruskan bersama MARS bagi membuka lebih banyak peluang ke arah penyertaan ke Seoul International Invention Fair (SIIF) 2026.

Selain itu, MARS turut dijemput mengunjungi booth Korea Coast Guard Research Center bagi berkongsi pandangan serta membuka ruang kerjasama dalam bidang teknologi dan inovasi antarabangsa ๐Ÿš€

Bagi yang berminat untuk menyertai SIIF 2026 bersama MARS, pendaftaran dah dibuka dab rebut peluang untuk membawa inovasi anda ke peringkat antarabangsa! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ท

18/05/2026

Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada

YBhg. Tan Sri Datoโ€™ Seri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Bin Ali

atas pengurniaan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P)
yang membawa gelaran Datoโ€™ Seri.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga penyelidikan, akademik dan inovasi negara dalam memperkasakan pembangunan ilmu serta kemajuan Malaysia.

Ikhlas daripada:
Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS)
๐ŸŒ www.mymars.org
๐Ÿ“ง [email protected]

16/05/2026

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang telah mencurahkan ilmu, membimbing dan menginspirasi generasi masa depan. Terima kasih atas segala jasa, dedikasi dan pengorbanan anda. ๐ŸŒทโœจ

Ikhlas daripada
Malaysian Association of Research Scientists (MARS)








11/05/2026

Invitation to Microscopy Day & Exhibition 2026 โ€“ Small Scales, Big Impact: Microscopy for Sustainable Innovation Through NIMP 2030

We are pleased to invite you to the Microscopy Day and Exhibition 2026, organized by AMREC, SIRIM Berhad, in collaboration with the Microscopy Society Malaysia (MSM), scheduled as follows:

๐Ÿ“… Date: 29 June 2026
๐Ÿ“ Venue: AMREC, SIRIM Berhad
๐Ÿ’ฅ Admission: Free

This event will bring together industry experts, researchers, and technology providers to explore the critical role of microscopy in advancing sustainable innovation. The programme will feature:

โœ… Insightful technical talks by industry and research leaders
โœ… Exhibition of advanced microscopy technologies and solutions
โœ… Networking opportunities with key stakeholders in materials science, manufacturing, and R&D

Microscopy plays a vital role in supporting Malaysiaโ€™s New Industrial Master Plan (NIMP) 2030, particularly in enabling high value-added manufacturing, quality assurance, and innovation across various sectors.

We believe your participation will add great value to this event and foster potential collaborations.

Kindly confirm your attendance by scanning the QR code provided or contacting us at:
๐Ÿ“ง Mr Mohamad Azmirrudin; [email protected] @ Mrs. Nurhaslina; [email protected]
๐Ÿ“ž 04-4017100

We look forward to welcoming you.

25/02/2026

๐Ÿ“ข CALL FOR PAPERS

Dear Colleagues,

You are warmly invited to join the International Putra Research Scientists Conference (IPRSC) 2026, co-organized by the UPM Research Officer Association (PenyelidikUPM) and the Malaysian Association of Research Scientists (MARS).

๐Ÿ“… 23โ€“25 June 2026 (Tueโ€“Thu)
๐Ÿ“ Mercure Living, Putrajaya, Malaysia
๐Ÿ’ป Hybrid Mode (Physical & Online)
๐ŸŽฏ Theme: Driving Socioeconomy through STI Innovation: From Research to Community Impact
๐Ÿ“˜ Book indexed with e-ISBN

IPRSC 2026 provides a dynamic platform for researchers, academicians, and industry professionals to share ideas, present research, and build impactful collaborations at both national and international levels.

โณ Important Dates:
โ€ข 17 March 2026 โ€“ Early Bird Registration
โ€ข 9 April 2026 โ€“ Abstract Submission Deadline
โ€ข 17 April 2026 โ€“ Acceptance Notification
โ€ข 17 April 2026 โ€“ Chapter Submission & Full Payment
โ€ข 23โ€“25 June 2026 โ€“ Conference Days

๐Ÿ”— Registration & Submission: https://forms.gle/2F7ktpQ2AUhLJhMn7

๐Ÿ”— Notes for Submitters: https://drive.google.com/file/d/1tjeItTvNvm2goUe-zOFn2GBhQGeLg6nu/view?usp=sharing

๐Ÿ”— Abstract Template: https://docs.google.com/document/d/19ZLeV4xq4DV1MdwPOxA3Uj4v6vm7Qyoz/edit?usp=drive_link&ouid=115167315978414112692&rtpof=true&sd=true

Kindly share this invitation within your network.
We look forward to welcoming you to IPRSC 2026!

๐Ÿ“ฉ Email: [email protected]

Best regards,
Secretariat
IPRSC 2026

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Bangi
43650