Institut Islam Hadhari, UKM

Institut Islam Hadhari, UKM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Islam Hadhari, UKM, Education, Institut Islam Hadhari, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan, Bangi.

Institut Islam Hadhari (HADHARI) merupakan sebuah institut penyelidikan multi disiplin berkaitan Peradaban Islam merangkupi bidang Politik dan Kepimpinan; Sosio Budaya; Pengurusan, Ekonomi dan Perniagaan; Sains & Teknologi, Alam Sekitar dan Kesihatan

FORUM HADHARI 2/2026: “ONE AMONG THE ZEROES: TOWARDS AN ANTHROPOLOGY OF AI AND ISLAM” Alhamdulillah, Forum Hadhari 2/202...
19/08/2026

FORUM HADHARI 2/2026: “ONE AMONG THE ZEROES: TOWARDS AN ANTHROPOLOGY OF AI AND ISLAM”

Alhamdulillah, Forum Hadhari 2/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 17 Ogos 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Persidangan Sheikh Abdullah Fahim, Aras 1, Institut Islam Hadhari, UKM.

Forum anjuran Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kursi Sheikh Abdullah Fahim. Perkongsian telah disampaikan oleh dua panel jemputan dari Leiden University, Netherlands, iaitu Prof. Dr. Bart Barendregt, Professor of Digital Anthropology, UNESCO Chair of Digital Diversity dan Dean, Faculty of Social and Behavioral Sciences, serta Dr. Nurul Huda Abdul Rashid, Postdoctoral Researcher. Sesi forum dikendalikan oleh Dr. Nurul Hafizah Mohd Nor, Felo Penyelidik, Institut Islam Hadhari, UKM selaku moderator.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para panel, moderator, urus setia serta semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan Forum Hadhari 2/2026.

/2026

17/08/2026

Forum Hadhari 2/2026 “One Among the Zeroes: Towards anAnthropology of AI and Islam”

PROGRAM SINAR HIDAYAH PEMBANGUNAN PSIKOSPIRITUAL MUALAF WANITAAlhamdulillah, Program Sinar Hidayah: Pembangunan Psikospi...
10/08/2026

PROGRAM SINAR HIDAYAH PEMBANGUNAN PSIKOSPIRITUAL MUALAF WANITA

Alhamdulillah, Program Sinar Hidayah: Pembangunan Psikospiritual Mualaf Wanita telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Ogos 2026 bertempat di Dewan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, Kuantan, Pahang. Program anjuran Kluster Agama, Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang ini dilaksanakan dengan kerjasama Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hidayah Centre dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Program ini menjadi wadah dalam mendekati dan memperkasa mualaf wanita melalui pengisian yang memberi penekanan kepada kerohanian, ketenangan jiwa, pengurusan emosi dan kekuatan dalaman.

Tiga pengisian utama telah dilaksanakan iaitu Ice Breaking yang disampaikan oleh Dr. Siti Jamiah Abdul Jalil, Felo Bersekutu HADHARI, UKM, Pengisian ini memberi fokus kepada aktiviti suai kenal dan membina keselesaan serta hubungan positif dalam kalangan peserta. Seterusnya slot Membina Jiwa yang Tenang oleh YBrs. Datin Dr. Norhana Ng Abdullah, Pengerusi MACMA Cawangan Terengganu, yang memberi penekanan kepada pembentukan jiwa yang tenang, pengukuhan spiritual serta membina kehidupan yang lebih positif dan sejahtera. Slot ketiga iaitu Psikospiritual: Pengurusan Emosi dan Sokongan Diri disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham, FASc, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM merangkap Ketua Kluster Agama Dasar Pelan Tindakan Wanita Pahang, yang mengetengahkan aspek pengurusan emosi, kekuatan dalaman dan pendekatan psikospiritual dalam menghadapi cabaran kehidupan. Majlis penutup program telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Maznah Mazlan, Timbalan Pengerusi Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang.

Objektif program adalah untuk memberi pengisian berbentuk kerohanian dan pembangunan psikospiritual kepada golongan mualaf wanita, di samping membantu memperkukuh kefahaman, keyakinan diri serta penghayatan Islam dalam kehidupan seharian.

Program berlangsung dalam suasana yang baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Semoga program ini terus menjadi wadah dalam memperkukuh kefahaman, keyakinan diri, penghayatan Islam serta kesejahteraan psikospiritual dalam kalangan mualaf wanita.

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PENGARAH & KETUA PENTADBIRAN INSTITUT ISLAM HADHARI Alhamdulillah, pada 5 Ogos 2026 (Rabu) telah...
05/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PENGARAH & KETUA PENTADBIRAN INSTITUT ISLAM HADHARI

Alhamdulillah, pada 5 Ogos 2026 (Rabu) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyerahan Tugas Pengarah & Ketua Pentadbiran Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Bilik Persidangan Sheikh Abdullah Fahim, Aras 1, Institut Islam Hadhari, UKM.

Majlis ini diadakan bagi menyempurnakan proses penyerahan amanah dan tanggungjawab kepimpinan serta pentadbiran Institut Islam Hadhari. Penyerahan tugas Pengarah Institut Islam Hadhari telah berlangsung daripada Prof. Dato' Dr. Fariza Md Sham, FASc, mantan Pengarah Institut Islam Hadhari yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), UKM, kepada Prof. Dr. Roziah Sidik @ Mat Sidek sebagai Pengarah baharu.

Turut berlangsung penyerahan tugas Ketua Pentadbiran Institut Islam Hadhari daripada Puan Noor Hayati Binti Ahmad Rasol, mantan Ketua Pentadbiran yang kini bertugas sebagai Penolong Pendaftar Kanan merangkap Pegawai Khas kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), UKM, kepada Puan Norasmah Mohamad Maselan sebagai Ketua Pentadbiran yang baharu.

Majlis ini menjadi simbolik kepada kesinambungan kepimpinan dan pengukuhan tadbir urus Institut Islam Hadhari dalam meneruskan kecemerlangan institusi. Semoga barisan kepimpinan baharu terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memikul amanah serta memacu Institut Islam Hadhari ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

Institut Islam Hadhari merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Dato' Dr. Fariza Md Sham, FASc dan Puan Noor Hayati Binti Ahmad Rasol atas segala jasa, sumbangan dan kepimpinan sepanjang menerajui Institut Islam Hadhari. Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Prof. Dr. Roziah Sidik @ Mat Sidek dan Puan Norasmah Mohamad Maselan dalam meneruskan legasi kecemerlangan institut.

Alhamdulillah telah berlangsungnya Klinik Penulisan & Penerbitan Makalah Jurnal Berimpak Tinggi  (Siri 4) pada 3 Ogos 20...
05/08/2026

Alhamdulillah telah berlangsungnya Klinik Penulisan & Penerbitan Makalah Jurnal Berimpak Tinggi (Siri 4) pada 3 Ogos 2026 (Isnin) di Institut Islam Hadhari, UKM yang dibimbing oleh Prof Dr. Sahilah Abd Mutalib, Felo Penyelidik Utama Institut Islam Hadhari, UKM.


Address

Institut Islam Hadhari, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Islam Hadhari, UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Institut Islam Hadhari, UKM:

Shortcuts

Share

Category