Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan

Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan

Share

Ditubuhkan pada 11 Jun 1979. Merupakan sebuah pusat kajian di Fakulti Pengajian Islam, UKM. Program Asalnya bernama Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan.

Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan dijenamakan semula pada tahun 2020. Sebelum itu pada tahun 2019, namanya telah bertukar kepada Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti. Maklumat: https://www.ukm.my/portal/postgraduate/

16/05/2026

📢 PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN SISWAZAH DI UKM! 📢

Permohonan kini dibuka bagi Semester 1 Sesi 2026/2027 di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Melangkah lebih jauh dalam bidang akademik:

⭐ Doktor Falsafah (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)
Mod: Penyelidikan

⭐ Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)
Mod: Penyelidikan | Kerja Kursus | Campuran

Bidang yang boleh dikuasai merangkumi dakwah, kepimpinan, politik, psikologi, kaunseling, komunikasi, pengurusan organisasi dakwah, serta mendepani cabaran kontemporari melibatkan kepelbagaian budaya, media baharu, artificial intelligence, zakat, wanita, belia dan komuniti minoriti.

Jangan lepaskan peluang untuk belajar di salah sebuah universiti watan terbaik!

🌐 Mohon segera secara dalam talian di: 👉 https://join.ukm.my/

6th International Seminar on Da'wah (ISOD VI) - Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM 07/05/2026

[HARI INI] PERSIDANGAN ISOD VI BERMULA!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sedang berlangsung hari ini, 6th International Seminar on Da’wah (ISOD VI) bertempat di Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang, Indonesia.

Program ini merupakan kolaborasi strategik antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UIN Raden Fatah Palembang bagi membincangkan pendekatan dan inovasi dakwah dalam mendepani cabaran teknologi digital serta dinamika sosial masa kini.

Agenda Utama Pagi Ini:

9.00 pagi: Majlis Perasmian Pembukaan oleh Rektor UIN Raden Fatah, Dekan FDK UIN, dan Pengerusi Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan UKM.

9.45 pagi: Sidang Ucaptama menampilkan Dr. Achmad Syarifudin (Ekoteologi Islam & Ecolifestyle) dan Dr. Zulkefli Aini (Kompetensi Pendakwah Muda & Latihan Amali Dakwah Era Digital).

Selepas itu terdapat pembentangan kertas kerja daripada ahli akademik dan penyelidik kedua-dua negara.

Semoga perkongsian ilmu hari ini memberi impak besar kepada pembangunan dakwah dan kepimpinan serantau agar kekal relevan dan inklusif. Selamat bersidang kepada semua delegasi!

Tarikh: 7 Mei 2026 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: UIN Raden Fatah Palembang, Indonesia

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://dakwahkepimpinan.my/6th-international-seminar-on-dawah-isod-vi/

6th International Seminar on Da'wah (ISOD VI) - Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM Seminar Kebangsaan Fiqh Dakwah dalam Malaysia Madani anjuran Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM dengan kerjasama JAKIM dengan tema: Dakwah Lestari Masyarakat Madani diadakan seperti berikut: Tarikh: 15 Oktober 2025; Tempat: Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

09/02/2026

Tahniah Dr Muhamad Faisal yang telah dilantik sebagai Penyelaras Media Sosial FPI.

04/02/2026

Master, PHD Dakwah dan Kepimpinan

Jom sambung belajar di Pusat Kajian Dakwah Dan Kepimipnan, UKM

20/12/2025

✨ *[ SUMBANGAN LEMBAYUNG MURNI (KHIDMAT MASYARAKAT ORANG ASLI) ]* ✨

🗓️ *Tarikh : 18 - 22 Januari 2026*
🏕️ *Tempat : Kampung Orang Asli Pos Titom, Pahang*

Sehubungan dengan itu, kami membuka sumbangan bagi sama-sama menjayakan program khidmat bakti ini. Semoga dengan sumbangan anda dapat membantu melancarkan perjalanan program.

Sumbangan kewangan yang dibuat boleh disalurkan kepada akaun:

Bank: *BANK ISLAM*
No akaun: *12029010025313*
Nama: *PERSIDANGAN JABATAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN*
Reference: *Lembayung Murni*

Sumbangan berbentuk barangan boleh berhubung

🤵🏻 Haziq : 0196538494
🧕🏻 Dia : 0165268976

"_Lembaran Cinta, Cahaya Jiwa_"

*LATIHAN AMALI DAKWAH*
*KELAB MAHASISWA PENGAJIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN (JAKMA)*
*SESI 2025/2026*

Photos from Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan's post 08/12/2025

Tahniah diucapkan kepada 22 orang pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan) atas kejayaan memperoleh sijil Apple Teacher. Semoga mengungguli dakwah menggunakan teknologi dan menjadi pendidik yang inovatif.

Photos from Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan's post 05/12/2025

Tahniah diucapkan kepada semua graduan Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada Majlis Konvokesyen ke-53.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:

GRADUAN DOKTOR FALSAFAH (GRADUATE ON TIME-GoT)

Dr. Mohd Jainudin bin Mohd Peran
Jawatankuasa Penyeliaan : Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Profesor Dr. Abdul Ghafar Don & Dr. Zulkefli Aini

Dr. Nor Shaidayani binti Samah
Jawatankuasa Penyeliaan : Profesor Dr. Abdul Ghafar Don & Dr. Ahmad Irdha Mokhtar

GRADUAN DOKTOR FALSAFAH

Dr. Azimah binti Misrom
Jawatankuasa Penyeliaan : Prof. Madya Dr. Rosmawati Mohamad Rasit & Dr. Siti Jamiaah Abdul Jalil

Dr. Qais H. A. Abuyounis
Jawatankuasa Penyeliaan : Dr. Muhamad Faisal Asha’ari, Dr. Mohamad Zulkifli, Abdul Ghani & Dr. Abu Dardaa Mohamad

Dr. Hielda Noviyanty
Jawatankuasa Penyeliaan : Prof. Dr. Salasiah Hanin Hamjah & Dr. Abu Dardaa Mohamad

ANUGERAH TESIS CEMERLANG (SARJANA MOD PENYELIDIKAN)

Nurhaziqah binti Hishamudin
Penyelia Utama : Prof. Madya Dr. A’dawiyah Hj Ismail

ANUGERAH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN CEMERLANG (SARJANA MOD KERJA KURSUS)

Siti Badriyah binti Yaakop

Semoga terus cemerlang!

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Pusat Kajian Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00