30/04/2026
🌙 Jom Sertai Ibadah Korban Bersama UNAIS
Pondok Unais merupakan pusat pengajian Al-Quran khas untuk warga emas yang berusaha melahirkan insan berilmu dan beramal.
Alhamdulillah, daripada 175 lot korban yang dibuka, kini masih berbaki 147 lot yang belum diisi.
Sehubungan itu, kami dengan rendah hati memohon jasa baik keluarga besar UNAIS untuk membantu menyebarkan peluang ini kepada saudara-mara dan sahabat handai agar lebih ramai dapat bersama-sama merebut ganjaran ibadah korban ini.
💫 Sertai dengan hanya:
1 Lot = RM850
✨ Kelebihan menyertai korban bersama UNAIS:
👉🏻Melaksanakan ibadah korban dengan sempurna
👉🏻Menyokong pendidikan Al-Quran warga emas
👉🏻Menyumbang kepada amal jariah berterusan
🤲 Ayuh bersama kita:
Merebut peluang beramal, menambah pahala dan membantu perkembangan institusi ilmu.
📲 Daftar sekarang: 011-5990 0595 (Admin)
📍 Tarikh akhir pendaftaran: 25 Mei 2026
18/04/2026
Jom Sertai Ibadah Korban Bersama UNAIS 🌙
Pondok Unais merupakan pusat pengajian Al-Quran khas untuk warga emas yang berusaha melahirkan insan berilmu dan beramal.
Rebut peluang untuk menyertai ibadah korban bersama kami dengan hanya:
1 Lot RM850
Sumbangan anda bukan sahaja melaksanakan ibadah korban, malah turut menyokong usaha pendidikan Al-Quran untuk warga emas di Pondok Unais.
✨ Mari sama-sama beramal dan menyumbang
✨ Ganjaran pahala yang berterusan
✨ Membantu perkembangan institusi ilmu
Daftar sekarang dan jadi sebahagian daripada amal jariah ini!
Hubungi/Whatsapp:
011-59900595 (admin)
14/03/2026
🌙 UCAPAN TAHNIAH 🌙
Pihak pengurusan Pondok Unais berasa amat bangga dan bersyukur atas kecekalan serta kesungguhan para penghuni, khususnya warga emas, yang telah memanfaatkan bulan Ramadan yang mulia ini dengan memperbanyakkan bacaan dan penghayatan Al-Quran.
Sepanjang Program Ihya’ Ramadan, para penghuni telah menunjukkan komitmen yang luar biasa sehingga berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebanyak empat (4) kali.
Keazaman dan kesungguhan ini menjadi contoh yang sangat baik, membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memuliakan kalam-Nya.
Semoga segala usaha dan amalan ini diterima oleh Allah SWT serta menjadi cahaya dan syafaat di akhirat kelak.
✨ Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Pondok Unais.
“Al-Quran Sentiasa di Hati”
Pengurusan Pondok Unais Sungai Buah
Visit TikTok to discover videos!
Watch, follow, and discover more trending content.
13/03/2026
🌙 REBUT GANJARAN DI 7 MALAM TERAKHIR RAMADAN 🌙
Perbanyakkan amalan sedekah dan infaq di malam-malam terakhir Ramadan.
Setiap sumbangan anda membantu kebajikan dan keperluan penghuni Pondok Unais.
✨ Semoga setiap infaq menjadi saham akhirat yang berpanjangan dan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT.
📌 Sumbangan boleh disalurkan ke:
Maybank
562263544578
Pertubuhan Pondok Pendidikan Dewasa
🤲 Rebut peluang amal di penghujung Ramadan.
Visit TikTok to discover videos!
Watch, follow, and discover more trending content.
12/03/2026
TikTok · PondokUnais.official
Check out PondokUnais.official’s post.
11/03/2026
UCAPAN TAHNIAH
Pihak pengurusan Pondok Unais merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada para penghuni yang telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebanyak empat (4) kali sepanjang tempoh yang ditetapkan.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada penghuni lain untuk terus istiqamah membaca dan mendalami Al-Quran.
Kami juga mendoakan agar segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT dan menjadi cahaya serta syafaat di akhirat kelak.
Semoga Allah SWT terus memberikan kekuatan dan keberkatan kepada semua penghuni dalam menuntut ilmu serta memperbanyakkan amal ibadah.
Tahniah dan syabas!
Pengurusan Unais
03/03/2026
Pernah tak terfikir… macam mana rasanya tinggal di Pondok Unais?
Bangun pagi dengan suasana tenang, udara segar dan hati yang lapang.
Dikejutkan bukan dengan bunyi hiruk-pikuk dunia,
tetapi dengan panggilan solat dan alunan zikir.
Di sini, hari-hari diisi dengan ilmu.
Belajar bukan sekadar untuk lulus peperiksaan,
tetapi untuk kenal Allah, perbaiki diri dan tenangkan jiwa.
Seronoknya tinggal di Pondok Unais bukan pada kemewahan,
tetapi pada kebersamaan.
Makan sama-sama, belajar sama-sama,
solat berjemaah, saling tegur dan saling doakan.
Di sinilah ukhuwah terasa kuat.
Yang tua dihormati, yang muda dibimbing.
Setiap hari ada tazkirah, ada nasihat, ada peluang berubah menjadi lebih baik.
Tinggal di Pondok Unais mengajar kita erti sederhana,
erti sabar,
dan erti syukur dengan nikmat yang ada.
Mungkin bagi orang luar nampak biasa,
tetapi bagi yang merasainya…
ia adalah ketenangan yang sukar digambarkan.
Pondok Unais bukan sekadar tempat tinggal,
ia adalah tempat membina jiwa dan masa depan akhirat.
Alhamdulillah atas nikmat ini. 🌿🤍
27/01/2026
DAURAH FIQH RAMADAN 1448H
Bersama
Syeikh Dr. Muhammad Abdullah Ali Muhyiddin Al-Yamani
🗓 Hari: Sabtu
📆 Tarikh: 31 Januari 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 10.30 pagi
📍 Tempat: Dewan Besar Pondok Unais
🎟 Penyertaan: PERCUMA
Daurah ini bertujuan memberikan pendedahan serta pemahaman berkaitan fiqh ibadah Ramadan sebagai persediaan menyambut bulan yang mulia.
Kerjasama tuan/puan dalam menyebarkan makluman ini amatlah dihargai.
Semoga kehadiran para hadirin memperoleh keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
Pengurusan Unais