16/06/2020
Assalamualaikum semua warga AE BADMINTON ACADEMY...
1. setelah sekian lama kita bercuti disebabkan oleh pandemik corvid 19, kelas badminton akan dibuka selepas ini.
2. Namun, kita perlu mengikuti segala SOP yg telah ditetapkan oleh kerajaan bagi meneruskan perjuangan menghentikan penularan corvid 19.
3. sy juga tidak memaksa sekiranya parent masih mahu anak2 tuan puan tidak menyertai latihan badminton. sy faham akan situasi sekarang.
4. saya selaku Coach juga bercadang untuk memperkecilkan jumlah pelajar dalam satu2 masa latihan agar penjarakkan sosial dapat diterapkan.
5. Namun sesi latihan mungkin di tambah bagi menampung jumlah pelatih. contoh mungkin ada beberapa sesi 9-11, 11-1 / 4-6 petang
6. sebelum ini sy menghadkan 1court merangkumi 1coach dan 8-10 pelatih 2jam latihan.
7. Namun selepas ini sy bercadang untuk mengecilkan dan menghadkan kepada 1court mempunyai 1coach dan 6 sahaja pelatih maksimum so dalam 1court tidak terlalu ramai dan juga dalam masa yg sama kualiti latihan bertambah (2 dalam 1)..
8. saya memerlukan nama senarai pelatih yg berminat untuk menyambung latihan badminton secepat mungkin bagi tujuan sy menyusun pelatih di court dan waktu yg ditetapkan. atau sy akan buka list latihan 9-11 dan 11-1 atau sesi petang 4-6 untuk di isi oleh tuan puan mengikut kelapangan masa.
9. akhir kata, aktiviti bersukan juga penting untuk kita mengekalkan gaya hidup yg sihat dan dapat meningkatkan daya tahan badan kita. namun kita perlu berdisiplin menjaga jarak 1meter bagi membendung penularan covid 19.
10.stay safe, stay healthy,