10/06/2026
((🔴)) Saksikan siaran langsung: Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan (KPM) 2026
Tarikh : 11 Jun 2026 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Auditorium Kompleks E, Putrajaya.
Siaran langsung menerusi platform :
Facebook Live KPM:
https://www.facebook.com/share/1Jn798fBJR/?mibextid=wwXIfr
YouTube EduwebTV KPM :
https://www.youtube.com/live/fQSCedTzZVM?si=NcCTq6lufQ12rUb4
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
10/06/2026
Malaysia terus komited memastikan kemajuan teknologi dimanfaatkan untuk memperkasa pekerja, meningkatkan produktiviti dan memartabatkan pekerjaan yang layak. AI perlu menjadi pemangkin kesejahteraan rakyat, bukan menggantikan peranan manusia dalam pembangunan negara.
10/06/2026
🇲🇾 Malaysia terus memperjuangkan masa depan pekerjaan yang berteraskan insan di pentas antarabangsa.
Seperti yang ditegaskan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia kemajuan teknologi hanya bermakna apabila ia memartabatkan pekerjaan yang layak serta menjunjung maruah insan.
10/06/2026
🇲🇾 Malaysia Teguh Memacu Masa Depan Pekerjaan Berteraskan Insan
Dalam ucapan Malaysia di Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) Ke-114 di Geneva, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia menegaskan komitmen negara untuk memastikan kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) dimanfaatkan demi kesejahteraan pekerja, tanpa meminggirkan nilai kemanusiaan.
Antara inisiatif yang diketengahkan termasuk latihan AI dan teknologi digital, pemerkasaan MYFutureJobs, perlindungan sosial yang lebih menyeluruh melalui PERKESO serta transformasi digital institusi perburuhan negara.
Malaysia percaya bahawa teknologi harus memperkasa manusia, mewujudkan pekerjaan bermaruah dan memastikan tiada siapa yang tercicir dalam era baharu dunia pekerjaan.
10/06/2026
Kerjasama erat antara semua pihak penting bagi memastikan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kebajikan pekerja dan kepentingan majikan dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin kompleks. 🌍📈🤝💼