04/08/2022
Sebagai pemimpin, pengasas, pengurus atau guru, kita perlu meletakkan diri di dalam kasut orang lain. Dalam bahasa mudah, fikir dan lihat dari pandangan pekerja atau rakan sekerja. Ini kerana dengan melihat perspektif dan meletakkan diri dalam situasi insan lain, perasaan empati akan mula meningkat.
Empati adalah salah satu karakter yang perlu ada pada seorang pemimpin untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam satu organisasi. Sikap empati di tempat kerja memberikan impak positif dan meningkatkan produktiviti pekerja.