Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

Share

Menerajui pusat perkembangan ilmu dan menjadi pakar rujuk dalam bidang pendidikan kejuruteraan.

07/04/2026

Anda berminat dalam penyelidikan dan inovasi?
Inilah peluang anda.

FKAB membuka peluang kepada calon berkelayakan untuk memohon jawatan sebagai Pembantu Penyelidik (RA) dalam bidang kejuruteraan bahan komposit multidisiplin.

πŸ”¬ Sertai pasukan penyelidikan yang aktif
πŸ“ˆ Perkasa kemahiran dan pengalaman anda
🌍 Sumbang kepada penyelidikan berimpak tinggi

πŸ“© Mohon sekarang dan rebut peluang ini.
Sebarang pertanyaan:
Dr. Imran
βœ‰οΈ [email protected]





07/04/2026

Sesi Info Kerjaya Garmin x UKM 2026

Bersedia untuk mengorak langkah seterusnya dalam kerjaya antarabangsa anda? Sertai kami untuk melihat secara eksklusif kehidupan di Garmin.

Ketahui bagaimana anda boleh menyumbang kepada inovasi global dan berkembang bersama kami πŸš€

Butiran Acara:
Tarikh: 14 April 2026
Masa: 11 AM - 12 PM
Lokasi: Auditorium, Akademia Siber Teknopolis, UKM

Apa yang Menanti Anda:
Kupas Lebih Dalam: Kenali budaya dan visi Garmin dengan lebih dekat.
Perspektif Orang Dalam: Dengar perkongsian ilmu daripada ketua pasukan kami dari Malaysia.
Tanya Apa Sahaja: Interaksi secara terus dengan pasukan pengambilan pekerja kami.

Peluang Pekerjaan: https://www.garmin.com.tw/careers/foreigner/?s=MY
Kenali kami dengan lebih lanjut: https://www.garmin.com.my/

Sertai sesi temu duga kami pada sebelah petang. Sila bawa salinan keras resume anda jika berminat.

----------------------------

2026 Garmin x UKM Career Info Session

Ready to take the next step in your oversea career? Join us for an exclusive look at life at Garmin.

Discover how you can contribute to global innovation and grow with usπŸš€

Event Details:
Date: 14 April 2026
Time: 11AM - 12PM
Location: Auditorium, Akademia Siber Teknopolis, UKM

What to Expect:
Deep Dive: Get to know Garmin’s culture and vision
Insider Perspective: Hear insights from our Malaysian team leader
Ask Anything: Direct interaction with our recruitment team

Job Opening - https://www.garmin.com.tw/careers/foreigner/?s=MY

Know more about us - https://www.garmin.com.my/

Join our afternoon interviews. Please bring your hardcopy resume if you're interested.

04/03/2026

Selamat Datang
Jelajah Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia ke Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

4 Mac 2026 (Rabu)
2.30 - 4.00 petang
Dewan Auditorium, Akademia Siber Teknopolis (AST)

Semua warga FKAB adalah dijemput hadir.





27/02/2026

πŸ“’ BENGKEL PEMURNIAN TABLE 4 SISWAZAH JPK

Bengkel Pemurnian Table 4 Siswazah telah berjaya dilaksanakan dengan lancar melibatkan para pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Kejuruteraan (JPK).

Bengkel ini bertujuan untuk menyemak, meneliti dan memurnikan kandungan Table 4 bagi memastikan ketepatan maklumat, keselarasan dokumen serta pematuhan kepada keperluan akademik dan standard yang ditetapkan. Perbincangan yang konstruktif dan komprehensif telah diadakan bagi memastikan kualiti program sentiasa berada pada tahap terbaik.

Terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah yang hadir atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan bengkel ini. Semoga usaha pemurnian ini dapat memperkukuh lagi pengurusan akademik serta kecemerlangan program siswazah jabatan.



Photos from Jabatan Pendidikan Kejuruteraan's post 27/02/2026

πŸ“’ BENGKEL TRANSFORMASI PnP MATEMATIK KEJURUTERAAN (UG)

Bengkel Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) Matematik Kejuruteraan (Undergraduate) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 25 Feb 2026 bertempat di Jabatan Pendidikan Kejuruteraan (JPK), FKAB, UKM.

Bengkel ini telah dihadiri oleh para pensyarah JPK dan dikendalikan oleh Dr. Umawathy.

Pelbagai pendekatan dan strategi inovatif telah dikongsikan bagi memperkasa kaedah PdP Matematik Kejuruteraan, selari dengan keperluan pembelajaran abad ke-21. Perkongsian ini diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian, penglibatan pelajar serta pencapaian akademik di peringkat prasiswazah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat atas komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan bengkel ini. Semoga segala ilmu dan input yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya demi kecemerlangan akademik bersama.




Photos from Jabatan Pendidikan Kejuruteraan's post 27/02/2026

πŸ“’ MESYUARAT JABATAN JPK BIL. 1/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Jabatan JPK Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 24 Feb 2026 bertempat di JPK, FKAB, UKM.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh PM. Dr Zulkifli Mohd Nopiah dan dihadiri oleh barisan pensyarah serta warga jabatan. Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk pencapaian akademik, perancangan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, jaringan industri serta hala tuju strategik jabatan bagi tahun 2026.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir atas komitmen, pandangan serta kerjasama yang diberikan. Semoga segala perancangan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kecemerlangan akademik dan pembangunan pelajar.




02/02/2026

SEMINAR PEMBENTANGAN CADANGAN PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN SISWAZAH

Program ini memberi ruang kepada pelajar siswazah untuk membentangkan idea penyelidikan, berkongsi kemajuan kajian serta menerima maklum balas akademik yang konstruktif daripada panel dan warga akademik.

Maklumat Program
πŸ—“ 5 Februari 2026 (Khamis)
⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, FKAB, UKM







06/01/2026

Jangan lupa untuk daftar ya...

06/01/2026
02/01/2026

Berminat untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) KPM 2026?

Jom sertai sesi perkongsian ini untuk memahami proses permohonan, strategi penyediaan dokumen, serta perkongsian pengalaman sebenar penerima HLP.

πŸ“Œ Butiran Program
πŸ—“ Tarikh: 7 Januari 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 2.30 - 3.30 PM
πŸ’» Platform: Zoom
πŸ”— Pautan Zoom
https://ukm-edu-my.zoom.us/j/99005487445?pwd=4JPQNOdzBjCOUkud425gjax8a1SqIb.1

πŸ“ Pendaftaran
https://forms.gle/Jv5e1HipTvUyTpcH9

Sesi ini sangat sesuai untuk pensyarah, guru, dan calon yang sedang merancang permohonan HLP 2026, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran berteras kejuruteraan dan STEM.

🎯 Maklumat Bidang
Kluster: Pengajaran dan Pembelajaran
Kod Bidang Pengkhususan: Kejuruteraan atau STEM
Tidak terhad kepada bidang yang dinyatakan sahaja

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Dr. Anies Faziehan
[email protected]
0179292856

02/01/2026

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Ambilan Tahun 2026 kini dibuka.

Tempoh Permohonan akan dibuka pada 18 Disember 2025 hingga 19 Januari 2026.

Sila rujuk tarikh-tarikh penting seperti sesi interaksi, temu duga dan hebahan keputusan seperti yang dinyatakan.




Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Universiti Kebangsaan
Bangi
43600