06/06/2022
Selamat Maju Jaya diucapkan kepada atlet UKM yang mewakili pasukan MASUM pada kejohanan Softball National Open yang dijalankan di Pulau Pinang pada tahun ini.
Atlet UKM yang telah berjaya mewakili pasukan MASUM ialah.
1. Syed Azri Bin Syed Nasaruddin
A172034
Fakulti Pendidikan
2. Marsyitah Binti Majid
A173435
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
3.Nur Irdina Athirah Binti Abdul Afuw
A176070
Fakulti Sains Kesihatan
Bagi Kategori Wanita, pasukan MASUM akan bertemu pasukan Politeknik Malaysia manakala pasukan MASUM kategori lelaki akan bertemu dengan pasukan Terengganu. Kedua - dua pasukan telah berjaya mara ke peringkat akhir. Syabas Dan Tahniah !!
Kedua - dua perlawanan akhir ini akan berlangsung pada jam 10.40 hari ini. SELAMAT MAJU JAYA!!
07/02/2020
REKOD BARU DAN KENANGAN MANIS DI BUMI ARAU.
ARAU. Pasukan Sofbol UKM berjaya merangkul kejuaraan edisi MASUM kali ini setelah berjaya menundukkan pasukan Unimap dalam aksi di babak akhir semalam. Pasukan UKM memastikan piala iringan dan juga kilauan pingat emas berjaya di bawa p**ang ke Bangi setelah bergaya memenangi perlawanan akhir dengan jumlah larian mata 5 berbalas 2. Ini merupakan rekod baharu kerana pingat emas kali ini merupakan pingat emas yang pertama yang berjaya dicapai. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain, jurulatih Afnan Azizi dan juga pengurus pasukan Taqiuddin Mawardi serta semua warga UKM atas kejayaan ini. Syabas!
Atlet hebat, UKM hebat!
05/02/2020
Tidak kurang dari 4 jam penentu pingat emas acara sofbol kejohanan MASUM 2020. Sama sama kita nantikan.
05/02/2020
SEJARAH TERCIPTA.
ARAU. Pasukan softball UKM telah berjaya memenangi perlawanan di peringkat separuh akhir pagi tadi setelah berjaya menumpaskan pasukan dari UPSI dengan jumlah larian mata 9 berbalas 4. Lebih membanggakan lagi, perlawanan akhir esok merupakan perlawanan akhir yang pertama bagi pasukan UKM. Edisi MASUM lepas UKM terpaksa akur apabila sekadar berada di tempat ketiga setelah tewas kepada pasukan UITM di peringkat separuh akhir. Berbeza p**a perlawanan separuh akhir kali ini. Pasukan UKM berjaya menundukkan pasukan UPSI dengan larian mata 9 - 4. Tahniah kepada para pemain, jurulatih serta pengurus pasukan kerana berjaya membawa nama UKM ke peringkat akhir.
UKM akan bertemu dengan pasukan dari utara tanah air, UNiMap pada babak akhir esok. Perlawanan akan dijalankan pada jam 8.00 pagi. Semoga pasukan UKM berjaya melakukan yang terbaik dan kami warga UKM mengharapkan emas bagi acara softball berjaya dibawa p**ang ke bumi Bangi. Selamat maju jaya!
Atlet hebat, UKM hebat!
04/02/2020
KEKALKAN MOMENTUM.
ARAU. Pasukan softball UKM melebarkan kejayaan dengan kemenangan kedua apabila berjaya menumpaskan pasukan dari selatan tanah air UTM dengan larian mata 16 berbalas 2 pada jam 3.30 petang tadi.
Alhamdulillah pasukan UKM telah layak ke separuh akhir dan akan bertemu pasukan yang akan memenangi di peringkat suku akhir esok antara UPSI dan UUM. Walaubagaimana pun, diharapkan pasukan UKM terus bersemangat memburu kemenangan lantas berjaya ke peringkat seterusnya tidak kira dengan siapa UKM akan tempuhi. Tahniah pemain, jurulatih, pengurus pasukan serta semua warga UKM yang mendoakan. Selamat maju jaya.
Atlet hebat, UKM hebat!!!
03/02/2020
PENGAKHIRAN BADI UITM.
Alhamdulillah. Perlawanan pertama.
UKM ( 11 ) UITM ( 1 ).
ARAU . Tahniah buat pasukan UKM kerana berjaya mengalahkan pasukan UITM. Untuk makluman, pasukan UITM belum pernah tewas kepada pasukan UKM, namun pada edisi kali ini pasukan UKM berjaya mengalahkan pasukan UiTM yang layak digelar ' gergasi ' dalam dunia softball. Tahniah kepada barisan pemain, jurulatih, pengurus pasukan dan kepada semua warga yang mendoakan pasukan UKM.
Pasukan UKM akan menentang pasukan UTM pada 4 Februari 2020 pada 1530.
Atlet hebat, UKM hebat!!
01/02/2020
Selamat kembali kepada pencinta sukan sofbol tanah air.
Karnival sukan masum bagi acara sofbol akan bermula 3 Feb 2020. Berikut merupakan jadual perlawanan peringkat kump**an.
Temasya sukan kali ini, pasukan sofbol UKM telah mengambil bahagian dan berada dalam kump**an B bersama pasukan UITM dan UTM.
3 Februari 2020 pasukan UKM akan menentang pasukan UITM pada jam 1015. Kedua dua pasukan ini merupakan finalis yang beraksi pada babak akhir kejohanan SUKIPT 2018 yang dijalankan di UKM dan kemenangan berpihak kepada pasukan UITM. Pasti perlawanan ini menjadi perlawanan tumpuan.
Ayuh sokong pasukan UKM!!
Selamat maju jaya. Anda juara!!
26/09/2019
Keputusan perlawanan kedua UKM iaitu menentang pasukan UITM.
UITM merupakan juara tahun lalu.
Pasukan UKM kecundang pada perlawanan kedua petang tadi.
UKM 4 - UITM 7
26/09/2019
Keputusan perlawanan pertama.
UKM 24 - USM 4
Perlawanan seterusnya menentang UITM jam 5 petang. Doakan kejayaan pasukan UKM. TERBAIK!!!