DuBook Press

DuBook Press Penerbit Buku

Thomas Sankara, nama yang kurang didengari mungkin disebabkan tempoh pemerintahannya yang singkat. Tapi beliau juga seir...
24/07/2026

Thomas Sankara, nama yang kurang didengari mungkin disebabkan tempoh pemerintahannya yang singkat. Tapi beliau juga seiras seperti Che Guevara namun berbeza dari sudut cara mendapatkan kuasa. Pada tahun 1983, Thomas sankara melakukan kudeta di Afrika.

Apabila berjaya mendapatkan kuasa, beliau menerapkan konsep sosialisme apabila gaji menteri dan gaji miliknya sendiri dikurangkan. Tambahan lagi, budaya kerja yang integriti sangat diperjuangkan olehnya dan memperjuangkan hak wanita. Beliau meninggalkan tradisi lama dan memartabatkan kaum wanita, bagi beliau revolusi yang dilakukan olehnya tidak akan berjaya tanpa kaum wanita.

Suntikan vaksin turut diberikan pada bayi bagi mengelakkan penularan penyakit merbahaya. Burkino Faso atau nama asalnya ialah Upper Volta diubah apabila T. Sankara berjaya menumpaskan Jean-Baptiste Ouédraogo. Apa yang mengejutkan, setelah 4 tahun memerintah Burkino beliau telahpun dibunuh oleh sahabatnya sendiri. Sekian.

Izwan intern DuBook
Bangi
24/7/2026

Pembangunan di negara kita terus berkembang sehingga ke hari ini dan tidak menunjukkan sebarang kemelesetan. Dalam pemba...
23/07/2026

Pembangunan di negara kita terus berkembang sehingga ke hari ini dan tidak menunjukkan sebarang kemelesetan. Dalam pembangunan tersebut, terselit juga keluhan masyarakat kita berkenaan tanah yang dikatakan diambil alih oleh kerajaan negeri untuk melakukan kemajuan. Pada bulan lepas juga, dapat kita lihat apabila masyarakat orang asli melakukan perhimpunan secara aman berkenaan isu tanah adat. Baru-baru ini lagi, kita diriuhkan apabila ibu dan anak berjalan kaki sebagai satu bentuk protes terhadap rampasan tanah adat mereka.

Pada pemahaman saya sendiri, tanah adat ialah sebuah warisan dari turun-temurun. Ia berbeza dengan tanah yang punya hak seperti dokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan di bawah peruntukan undang-undang. Tanah adat juga sering disalah erti sebagai hak Kepenggunaan dimana ia punya hak untuk menggunakan tanah tetapi tidak memiliki. Walau demikian, isu ini tetap berlaku dimana-mana negeri sekalipun.

Walaupun Perdana Menteri tidak punya hak untuk masuk campur, namun kes terbaru berkenaan isu tanah adat ini telahpun mendapat perhatian beliau. Menurut setiausaha politik Dato’ Sri Anwar, Perdana menteri kita tidak akan berdiam diri dan membantu dalam menyelesaikan tanah adat tersebut. Alangkah bagusnya tanah adat diseluruh negeri ini diiktiraf dan dilindungi, namun apa tindakan seterusnya daripada pihak menteri akan saya sokong selagi ia berkepentingan buat masyarakat.

Tanah adat merupakan sumber utama masyarakat orang asli untuk mencari rezeki, jika pembangunan dilakukan juga apalah yang mereka boleh lakukan. Bak peribahasa melayu sendiri iaitu sekali air bah, sekali pantai berubah. Bandar bukanlah kehidupan mereka, jiwa mereka sudah terpahat di tanah nenek moyang. Sekian.

Izwan intern DuBook
Bangi
23/7/2026

Sejak kebelakangan ini, kita dihangatkan dengan isu sekump**an pihak luar yang sedang melabur di Forest City, Johor mene...
22/07/2026

Sejak kebelakangan ini, kita dihangatkan dengan isu sekump**an pihak luar yang sedang melabur di Forest City, Johor menerusi sebuah institusi yang dikenali sebagai Network School. Isu ini mula menjadi perhatian apabila tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa terdapat warganegara Israel memasuki Malaysia untuk menyertai institusi tersebut. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut mengeluarkan kenyataan bahawa institusi ini tidak berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Hal ini menimbulkan kebimbangan kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kedaulatan negara, lebih-lebih lagi apabila melibatkan sebuah negara yang tidak diiktiraf oleh Malaysia.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan termasuk mengusir mana-mana warganegara Israel sekiranya didapati memasuki negara ini tanpa kebenaran yang sewajarnya. Pendirian yang hampir sama turut disuarakan oleh Zohran Mamdani yang menyatakan bahawa Benjamin Netanyahu tidak dialu-alukan ke Bandar Raya New York di bawah pentadbirannya. Beliau juga menyatakan sokongan terhadap waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Benjamin Netanyahu.

Walaupun Zohran Mamdani tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan waran ICC secara bebas, saya melihat kedua-dua pemimpin ini berkongsi pendirian yang sama dari sudut nilai kemanusiaan, menentang penindasan, dan mengkritik tindakan boleh dianggap sebagai kolonialisme peneroka (settler colonialism) serta genosid.

Saya ialah individu tidak mengikut sangat isu geopolitik, tetapi perkara ini membuatkan saya mahu berkongsi ulasan ringkas untuk menghargai keberanian pemimpin menyuarakan pendirian mereka melalui saluran yang selaras dengan undang-undang antarabangsa. Sekian.

Izwan intern DuBook
Bangi
22/7/2026

Hasil penulisan Zul Fikri Zamir atau lebih dikenali sebagai ZF Zamir. Sebelum ini, saya sudah membaca karya beliau yang ...
21/07/2026

Hasil penulisan Zul Fikri Zamir atau lebih dikenali sebagai ZF Zamir. Sebelum ini, saya sudah membaca karya beliau yang bertajuk Masharakat Melawan Mahasiswa. Kali ini, saya membaca p**a karya beliau yang dihasilkan 13 tahun yang lalu, jika saya tidak silap.

Bagi saya, karya ini merupakan satu kritikan terhadap beberapa individu mahupun kelompok tertentu yang disertakan dengan hujah serta fakta-fakta daripada sumber yang dipercayai. Secara keseluruhannya, karya ini boleh disimpulkan sebagai sebuah kritikan terhadap sistem pendidikan, bentuk pemerintahan, gerakan mahasiswa, pemimpin, dan persembahan teater.

Tambahan p**a, karya ini sarat dengan rujukan kepada tokoh-tokoh dari seluruh dunia bagi menguatkan hujah yang dikemukakan oleh penulis. Mesej utama yang mudah difahami iaitu pendidikan merupakan senjata paling utama dalam membina sebuah negara yang adil. Pelbagai isu turut diketengahkan, antaranya isu penswastaan air, perdebatan dalam kalangan mahasiswa, serta fungsi teater yang dikatakan hanya membawa mesej yang kurang jelas kepada penonton.

Dari sudut apresiasi saya, penulis menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sistem pendidikan yang terlalu menekankan bilangan gred A sebagai ukuran utama kejayaan pelajar. Dalam masa yang sama, golongan pelajar yang tercorot, miskin dan anak yatim seolah-olah diabaikan oleh sistem tersebut. Kelas tambahan p**a lebih banyak diberikan kepada pelajar yang berada di kelas hadapan, manakala pelajar yang tercorot tidak menerima layanan yang sama.

Menurut penulis, tujuan sebenar pendidikan ialah melahirkan manusia yang memiliki nilai kemanusiaan. Kisah berkaitan IPG (Institut Pendidikan Guru) turut diceritakan dalam karya ini apabila institusi tersebut dilihat hanya melahirkan guru-guru yang kosong dari sifat kemanusiaan.

Pada pandangan saya lagi, karya ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana mampu memberikan pengetahuan. Tambahan juga, kesedaran tentang kepentingan ilmu dan mengenal pasti kelemahan yang masih wujud dalam sistem pendidikan di negara. Sekian.

Izwan Intern DuBook
Bangi
21/7/2026

Sebuah karya yang bergenrekan esei pendek al-Hasil oleh seorang mahasiswa dari  UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia). Be...
20/07/2026

Sebuah karya yang bergenrekan esei pendek al-Hasil oleh seorang mahasiswa dari UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia). Beliau dikenali sebagai Zikrul Safwan atau nama penanya Wan Pendang, antara buku yang dijamin ada keenakan dalam membacanya. Walau ia dalam bentuk santai dan bersahaja, bagi pembaca muda dan baru mahu mengenali para tokoh dari pelbagai bidang dari filsuf, muzik, agama, revolusi, dan banyak lagi disarankan kerana anda sesuai untuk membaca karya ini. Bolehlah menambah pengetahuan sedikit dan refresh sejarah hidup para tokoh tersebut sebagai satu peringatan semula, bukan apalah sebab quotes-quotes ni tidak khusus kepada pemimpin sahaja dan barangkali mungkin kepada diri kita sendiri. Tak payahlah ambil literal sangat.

Diselitkan sekali quotes yang menjadi trademark para tokoh di sekeliling dunia. Saya ambil contoh;

“Demi mencapai kemerdekaan India, saya sedia bekerjasama dengan siapa saja bahkan dengan hantu dan iblis sekalipun!”

Nampak! Ini petikan ayat dari seorang pejuang kemerdekaan dari negara India iaitu Subhas Chandra Bose, Kau kenal? Aku pun baru kenal dia ni wujud asbab baca karya ni. Sesuailah dengan buku ni punya motif untuk mencari pembaca yang kaki lepak dekat mamak. Kau baca lepas tu kau cerita balik kat kawan-kawan kau, ahhhh Main Gilerrr! Adalah juga modal untuk lepak dan akhirnya berisikan dengan ilmu pengetahuan. Tapi jangan lah p**a kau pi terbitkan karya ni balik, karang kena dengan Akta Hak Cipta sakit tak berdarah nanti.

Lepas tu dalam buku ni juga turut bercerita tentang band grunge yang amat pop**ar hingga kini dengan penggunaan logo mereka yang smiley tu pun berselerak, siapa lagi kalau bukan Nirvana. Saya juga baru mengetahui bahawa vokalis band ni iaitu Kurt Cobain bukanlah seseorang yang fomo macam budak sekarang ni, bagi beliau kemasyuran bukanlah tujuan hidupnya dan tidak mengejar kepop**ariti semata-mata. Jadi diri sendiri okeylah kan, ini dah semua nak kejar pop**ariti dah macam soldadu burung merak, terlalu mengejar kesempurnaan aku tengok.

Lagi satu, terpalit juga kisah Bob Marley (Robert Nesta Marley) iaitu boleh saya gelarkan sebagai bapa reggae dunia. Yahh beliau menggunakan lagu untuk menjadi salah satu cara pemersatu kedamaian di tempatnya. Ini baru muzik kawan-kawan sekalian, bukan sekadar buat lirik entah apa-apa lepastu boleh menang anugerah berprestij bagai. Muzik digunakan sebagai medium perjuangan.

Lain daripada itu, tokoh agamawan turut dihuraikan. Menariknya, tokoh agamawan dalam buku ini rata-ratanya cuma mahu membawa agama kembali ke dasarnya sahaja dari segi politik dan undang-undang. Namun menerima pelbagai reaksi negatif dari pelbagai pihak, kalau nak tahu bolehlah dapatkan buku ni. Ringkasnya, karya ini mudah difahami dan bentuk bacaan yang ringan tetapi mempunyai satu spark hingga mampu membuatkan pembacanya ada rasa ketagih. Tapi bukanlah aku kata buku ni ada bahan terlarang ke apa, aku yakin setiap buku itu ada ilmu pengetahuan yang baik akan kita dapatkan. Ya, semua buku itu permulaan kau mendapatkan pengetahuan dan makin bertambah bila kau membaca. Penulis karya ini juga banyak memberikan ilmu tambahan tentang kaitan hidup tokoh dari sudut muzik mahupun movie. Takkan aku nak ulas satu-satu tajuk p**a, nanti jadi ulasan ikut format ilmiah, 2000 patah perkataan nanti. Sekian.

Izwan,
Intern, DuBook Press (DBP),
Bangi,
20/ 7/ 2026.

Jika kau sedang diselimutkan perasaan sedih akibat dari patah hati asbab jalan cerita kisah romantik kau sudah tamat. Ja...
19/07/2026

Jika kau sedang diselimutkan perasaan sedih akibat dari patah hati asbab jalan cerita kisah romantik kau sudah tamat. Jangan bersedih, Rumi ada untuk membantu kita para lelaki untuk bangkit kembali dalam hidup. Karya hasil penerbitan dari DBP (DuBook Press) ini merangkumi ilmu-ilmu batin yang perlu diterapkan dalam kehidupan seorang anak jantan. Langkah-langkahnya juga sangat mudah untuk diikuti sekali gus memberi teori mengapa langkah tersebut penting.

Tapi dari sudut apresiasi saya sendiri, karya ini juga sesuai untuk mereka yang masih dalam hubungan, yang ada crush tapi nak dia tu tertarik kat kau, dan seangkatan dengannya. Kadangkala dalam hidup ini, kita perlu tahu juga mengapa seseorang itu boleh patah hati dan bukannya band Pitahati tu, baru kita boleh elakkan perbuatan yang dibuatnya hingga menyebabkan kita broken sama. Nampak kan level pemikiran aku macam mana?

Dari awal bab sahaja penulis telah menjelaskan teorinya serta sebab-sebab kita ini menarik di mata kaum hawa dan apa yang membuatkan mereka hilang minat terhadap kita (kaum adam). Bila kau dah khatam buku ni, kau pasti tersedar ibarat Jim Carrey dalam filem The Truman Show (Movie Lama) tu terkejut apabila mengetahui realitinya. Macam saya sendiri, tak pernah lagi aku ber-couple ni tapi kalau takat confess tu pernahlah dan jawapannya ditolak, HAHAHAHA. Tapi bila dah habis baca, aku dah tau apa sebabnya aku ditolak, sebab aku ada perangai jelek yang dinyatakan dalam buku ini. Bukan jelek dari segi paras rupa kawan-kawan, tapi dari sudut lain dan sebab tu kau boleh tahu bila kau dah baca. Sebab tu ada jerr awek yang 10/10 tapi pasangan dia perghhhh, Maaf Shakappp kita lagi ada rupa hehehehe.

Tapi aku jamin, kau ikut langkah-langkah yang ada dalam buku ni mesti punya awek tu ajak bertaaruf kembali bersama kau. Tapi aku tak recommend karya ni terhadap kaum Hawa p**a, sebabnya tak masuk akal logika korang nanti. Daripada kau melayan kesedihan kau yang tak tentu pasal tu, bagus kau beli buku ni dan kau baca dengan penuh penghayatan. Tapi aku spill the tea sikit, karya ni akan sedikit bertentangan dengan langkah-langkah klise kau untuk dapatkan pasangan hidup awak tu semula. Bak kata Dewa 19;

“Mungkinkah ku miliki cinta seperti ni lagi,
jangan biarkan aku kehilangan dirimu”

Walaupun aku tahu lagu ni tentang spritual Ahmad Dhani terhadap Tuhan-nya, tapi aku guna jer dulu tentang cinta manusia yang fana ni HAHAHAHA. Sekian.

Izwan Intern DuBook
Bangi, 19/7/2026

04/06/2026

Sohih! Sorak Media turut berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menumpang kasih di reruai MUTivasi aka DuBook Press .

Dapatkan buku Cerita Liga Bola Sepak Malaysia di PBAKL2026.

04/06/2026

Dua naskhah berkaitan bola sepak Malaysia di rerurai MUTivasi DuBook Press , Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Aku belajar bahawa, kalau tak ada wang nak hire orang, itu tandanya kau tak boleh lagi jadi Bos.Itulah DuBook sekarang. ...
26/05/2026

Aku belajar bahawa, kalau tak ada wang nak hire orang, itu tandanya kau tak boleh lagi jadi Bos.

Itulah DuBook sekarang. Tak ada (banyak) wang.

Bila tak ada wang untuk hire orang, maka banyak benda kena buat sendiri, termasuklah update status di MedSos ini. Dan apply ISBN. Oh, buat poster juga. Satu lagi aku lupa, update Kedai Buku Liar di Shopee.

Jadi, mana-mana yang nak kerja dengan DuBook termasuk Syaher, kau tunggu DuBook kaya sikit, nanti jangankan ke Melbourne, ke syurga pun DuBook akan bawa kamu.

Address

1-03-3A, Lot 3, Tingkat 3, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral
Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DuBook Press posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category