14/12/2023
JANGAN SETAKAT TILAWAH ALQURAN, FAHAMKAN JUGA - ALLAH SEDANG BERKATA KEPADA ANDA*
Sekiranya anda membaca terjemahan AlQuran dan anda terasa ada kelompangan (gaps) dan aliran penceritaan/penyampaian makna ayat-ayat seperti tersekat-sekat (not coherent) - khususnya dalam kisah-kisah para nabi dan rasul, maka sudah sampai masanya anda mula belajar bahasa Arab AlQuran untuk mula menikmati sebahagian mukjizat AlQuran dan mula berupaya memahami makna ayat-ayat AlQuran yang lebih luas.
Sekiranya anda seorang awam (iayman), faham bahasa Melayu dan ingin mula memahami makna-makna langsung dari teks Arab AlQuran dengan lebih mudah dan dalam masa yang lebih singkat sertailah *Bengkel Teknik BAQY - Mulai Memahami Teks AlQuran Dalam 12 Jam.*
Adakah menguasai Bahasa Arab itu begitu sukar? Untuk kuasai sesuatu bahasa kita perlu ada empat perkara:
1. Kita Kenal huruf-huruf dan boleh sebutkan kalimah-kalimah bahasa tersebut.
2. Kita tahu bilangan kosa kata yang mencukupi.
3. Kita faham sistem nahu (tata bahasa/grammar) dan morfologi bahasa berkenaan.
4. Kita berlatih menggunakan bahasa tersebut sekerap mungkin.
*Anda Setuju?*
1.Rata-rata orang Melayu boleh baca Al-Quran sejak dari kecil.
2.Ribuan perkataan Melayu ada kaitan langsung dengan kalimah-kalimah dalam AlQuran.
3.Sistem tata bahasa dan morfologi bahasa Arab amat berstruktur dan sistematik yang boleh digarap
dalam masa yang lebih singkat. Anda hanya perlu mula tahu 20-30% sistem tata bahasa dan morfologi bahasa AlQuran untuk mula memahami lenggok bahasanya.
4.Kita memang sudah selalu berlatih jika kita membaca AlQuran setiap hari.
Modul Teknik BAQY telah mula disampaikan sejak 2017 kepada lebih 50 kumpulan. Teknik ini dibangun oleh seorang awam untuk anda lebih mudah dan lebih cepat mula memahami ayat-ayat AlQuran. Kelas latihan amali BAQY diadakan setiap minggu secara on-line untuk anda berlatih memahirkan bahasa AlQuran anda. Rakaman video bertopik dan latihan amali juga disediakan.
*Anda mahu mendaftar Bengkel BAQY ke-54 secara online bermula 30/12/2023? Sila klik wasap.my/60123873858/dftrBAQY54.* Terima kasih