[ PEMBERITAHUAN BERKAITAN GRED KEMAHIRAN INSANIAH ]
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah saya sudah pun menyemak keputusan Kemahiran Insaniah untuk program All 'Bout Science Fest 2016. Kepada semua yang telah mendaftar subjek Kemahiran Insaniah pada semester lepas, Pusat Citra telah memasukkan gred anda secara automatik di dalam keputusan peperiksaan.
Bagi pelajar Tahun 1 (sesi 15/16), gred anda sudah disediakan. Akan tetapi gred itu tidak dimasukkan di dalam keputusan semester ini. Saya dimaklumkan oleh Pusat Citra bahawa pada sesi hadapan, sistem Kemahiran Insaniah akan berubah. Jadi anda harus menunggu informasi pekeliling daripada Pusat Citra memandangkan mereka pun masih belum pasti.
Bagi pelajar Tahun 2 (sesi 15/16) yang tidak mendaftar subjek Kemahiran Insaniah pada semester lepas, gred anda sudah disediakan tetapi anda haruslah mendaftar subjek tersebut pada semester hadapan dan hanya boleh menggunakan gred itu pada markah keputusan semester hadapan. Anda juga perlu menunggu pekeliling daripada Pusat Citra berikutan berlakunya pertukaran sistem pada semester hadapan.
Bagi pelajar Tahun 3 (sesi 15/16), markah anda akan dimasukkan ke dalam keputusan peperiksaan seperti biasa.
Sebarang masalah/kekeliruan boleh terus PM saya. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua atas kejayaan kita bersama.
"Science is You"
Muhammad Norazmir bin Harif
Ketua Pengarah,
All 'Bout Science Fest 2016
All 'Bout Science Fest
"All 'Bout Science" merupakan sebuah program mega dibawah anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains
22/05/2016
[FORUM INTELEK di TV AL-HIJRAH]
ABSc FEST 2016 masih berbahang ! Eh. Kenapa? Kerana kita semua masih tertunggu-tunggu kemunculan panel hebat Forum Intelek di TV Alhijrah kan 😊
Dan sekiranya anda terlepas untuk hadir ke Forum Intelek pada 28 April 2016 yang lalu. Inilah masanya! Rebutlah segala ilmu yang disampaikan dan lihatlah sendiri kehebatan dan kesinambungan antara ilmu al-Quran dan sains laut yang menakjubkan.
Oleh itu, jangan lupa untuk menyaksikan tayangan Forum Intelek : The Truth Beneath the Blue sempena ABSc FEST 2016 di TV Alhijrah dalam slot 30 Minit Ustaz Don pada
✔Masa : 9 malam
✔Tarikh : 22 & 23 Mei 2016
✔Hari : Ahad & Isnin
InsyaAllah.
10/05/2016
10/05/2016
09/05/2016
09/05/2016
09/05/2016
09/05/2016
30/04/2016
Buat semua peserta yang telah mendaftarkan diri untuk ABSc Glow Run pada malam ini, sila daftarkan diri di Dewan Anuwar Mahmud, FST untuk mendapatkan goodies bag anda ☺
Masa pendaftaran : 6 ptg - 8 mlm
Masa larian : 8 mlm - 10.30 mlm
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Bangi
43650