03/08/2016
[ PEMBERITAHUAN BERKAITAN GRED KEMAHIRAN INSANIAH ]
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah saya sudah pun menyemak keputusan Kemahiran Insaniah untuk program All 'Bout Science Fest 2016. Kepada semua yang telah mendaftar subjek Kemahiran Insaniah pada semester lepas, Pusat Citra telah memasukkan gred anda secara automatik di dalam keputusan peperiksaan.
Bagi pelajar Tahun 1 (sesi 15/16), gred anda sudah disediakan. Akan tetapi gred itu tidak dimasukkan di dalam keputusan semester ini. Saya dimaklumkan oleh Pusat Citra bahawa pada sesi hadapan, sistem Kemahiran Insaniah akan berubah. Jadi anda harus menunggu informasi pekeliling daripada Pusat Citra memandangkan mereka pun masih belum pasti.
Bagi pelajar Tahun 2 (sesi 15/16) yang tidak mendaftar subjek Kemahiran Insaniah pada semester lepas, gred anda sudah disediakan tetapi anda haruslah mendaftar subjek tersebut pada semester hadapan dan hanya boleh menggunakan gred itu pada markah keputusan semester hadapan. Anda juga perlu menunggu pekeliling daripada Pusat Citra berikutan berlakunya pertukaran sistem pada semester hadapan.
Bagi pelajar Tahun 3 (sesi 15/16), markah anda akan dimasukkan ke dalam keputusan peperiksaan seperti biasa.
Sebarang masalah/kekeliruan boleh terus PM saya. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua atas kejayaan kita bersama.
"Science is You"
Muhammad Norazmir bin Harif
Ketua Pengarah,
All 'Bout Science Fest 2016