Belia Patriot

Belia Patriot

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Belia Patriot, Education, Bangi.

25/10/2018

Kuliah Belia Patriot UKM berjalan lancar di bangunan parlimen hari ini.

Pihak YPNM-KBH-UKM ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Imeilda petugas perhubungan awam yang banyak memberi bimbingan dan penerangan mengenai fungsi dewan rakyat dan dewan negara kepada siswa/i Belia Patriot Ukm.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Photos from Belia Patriot's post 18/10/2018

*Belia Patriot UKM*
*17 Oktober 2018*

Kuliah dimulai dengan taklimat oleh Timbalan Pengarah Penguatkuasa Ybhg Dato' Norhadzli di Dewan Merpati JPJ Wangsamaju.

Selepas mendengar taklimat, pelajar-pelajar dibawa ke lokasi operasi bersepadu JPJ diketuai oleh Ybhg Tuan Ismail Mohd Zawawi, Pengarah JPJKL.

YPNM berharap Belia Patriot UKM mendapat manfaat dalam sesi operasi JPJ sebenar dengan suasana yang mendebarkan secara 'live'.

YPNM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ybhg Tuan Pengarah JPJ serta kakitangan bagi menjayakan program ini hingga berjaya.

Agensi yang terbabit dalam operasi terdiri daripada JPJ, AADK, POLIS TENTERA, IMIGRESEN, PUSPAKOM, POLIS TRAFIK PDRM, KESAS HIGHWAY DAN JABATAN ALAM SEKITAR.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Photos from Belia Patriot's post 06/10/2018

*Kuliah Belia Patriot UKM.*

Ybhg Ustaz Halim PPIM sedang memberi ceramah pagi ini, topik *Jati diri* kepada pelajar sem satu di Tasik UKM.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Photos from Belia Patriot's post 22/02/2018

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Kolej Buhanuddin Helmi (KBH) bekerjasama dengan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dalam melaksanakan aktiviti berbentuk kemahasiswaaan yang memberikan manfaaat kepada kedua belah pihak.

Kerjasama ini temeterai dengan Memorandum Perjanjian Kerjasama (MOA) antara UKM dengan YPNM yang diadakan pada 25 Mei 2017 di Bilik Senat, Bangunan Pentadbiran, UKM Bangi.

UKM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal manakala YPNM oleh Pengerusinya, Brigadier Jeneral (B) Datuk Husainy Hashim sambil disaksikan oleh Pengetua KBH, Dr Muhammad Rahimi Yusop dan Pengarah Kreatif YPNM, Mohd Rizal Abbas.

Kerjasama yang telah bermula sejak 1 Mac lalu memfokuskan kepada penganjuran, pengurusan dan pelaksanaan secara bersama dalam menyediakan urus setia termasuk staf dan pelajar UKM dalam pelaksanaan sesuatu program.

Terdahulu, Prof Datuk Noor Aziah dalam ucapannya berkata, kerjasama berkenaan adalah langkah yang bertepatan dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk meningkatkan indeks patriotism di kalangan mahasiswa.

Menurut beliau, kerjasama ini melibatkan penawaran Kursus Citra-Patriot dan kerjasama penganjuran Kursus Mahasiswa tahun 2 kepada mahasiswa UKM.

โ€œKursus berkenaan adalah unik kerana YPNM menyediakan platform kepada siswa-siswi untuk menjalankan aktiviti kesukarelaan berkonsepkan patriotik sekaligus menerap dan melahirkan siswa-siswi yang prihatin dan cintakan negara.

โ€œSaya percaya pendekatan ini bukan sahaja memberikan pendedahan yang berimpak tinggi malah nilai semangat tinggi siswa-siswi UKM akan terus disemai sepanjang masa dan ia dapat disebarluaskan kepada semua siswa-siswiโ€, kata beliau.

Sementara itu, Datuk Husainy dalam ucapannya berkata, teras utama MoA ini akan digunakan sepenuhnya bagi memenuhi keperluan perkembangan ilmiah di peringkat pengajian tinggi.

Segala kerjasama dapat menyumbangkan misi UKM untuk meningkatkan kualiti pelajar dan tenaga akademik dari semasa ke semasa serta kerjasama dalam bidang-bidang lain, ujar beliau.

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Bangi