Taska DesaKasih

Taska DesaKasih Taska DesaKasih (No. Pendaftaran SSM: 002369995-U) merupakan sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang berdaftar dengan JKM dengan dua (2) cawangan (No.

Taska DesaKasih merupakan sebuah taska berdaftar dengan JKM yang berkonsepkan Islamik dan menekankan perkembangan menyeluruh kanak-kanak dengan komitmen mengasuh rapi anak-anak dengan penuh kasih sayang agar anak ceria dan ibu bahagia. Pendaftaran JKM: B/TII 111/2019 dan B/TI 117/2019). Taska DesaKasih terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, dan Taman Reko Mutiara, Jalan Reko, Selangor Darul Ehs

an. Taska DesaKasih menyediakan perkhidmatan mengasuh dan mendidik anak-anak seawal 3 bulan ke atas. Komitmen Taska DesaKasih adalah memastikan anak-anak diasuh rapi penuh kasih sayang dan memberikan penekanan kepada aspek kebersihan dan keselamatan.

SALAM MAULIDUR RASUL 2026/1448H 🌙اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍSelawat d...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 2026/1448H 🌙

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ serta ahli keluarga baginda.

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat atas Nabi Muhammad ﷺ. Wahai orang yang beriman, berselawatklah kalian kepadanya Nabi Muhammad ﷺ dan berilah salam kesejahteraan dengan penghormatan sepenuhnya.” (Al-Ahzab: Ayat 56)

Mari melangkah dan bersama mengingati perjuangan Nabi ﷺ dengan sentiasa berselawat ke atasnya dan mengamalkan segala sunnahnya.

Ikhlas Daripada Kami Warga Taska DesaKasih Dan Tadika Desa Pintar

Minggu ni minggu last Khadijah dengan Taska DesaKasih..Nanti Khadijah dan keluarga akan berpindah ke Pahang..Rindu la ci...
30/07/2026

Minggu ni minggu last Khadijah dengan Taska DesaKasih..Nanti Khadijah dan keluarga akan berpindah ke Pahang..Rindu la cikgu dengan Khadijah lagi2 dengan senyuman dia tu..😊🥰 Khadijah dekat sini dari baby lagi..Banyak kenangan bersama yang tak dapat dilupakan..Apa-apa pun cikgu doakan yang baik-baik je untuk Khadijah di luar sana nanti..Moga jadi anak yang solehah dan penyejuk hati buat ibu ayah ya..Aamiin..❤️

25/07/2026

Doa harian anak 😊Doa sebelum makan/minum susu

Doa sebelum makan bukan sekadar hafalan. Ini untuk mengajar anak-anak untuk bersyukur atas setiap rezeki yang Allah berikan, memohon keberkatan dalam makanan yang tersedia serta membentuk adab yang baik sejak kecil. Apabila diamalkan setiap hari, insya-Allah ia akan menjadi kebiasaan yang dibawa sehingga dewasa..

Semoga anak-anak kita membesar bukan sahaja sihat, malah berakhlak mulia dan mencintai sunnah Rasulullah..🥰

Anak yang hebat tidak terbina dalam masa sehari..Mereka lahir dan dibimbing oleh usaha ibu dan ayah.Dan mereka berkemban...
22/07/2026

Anak yang hebat tidak terbina dalam masa sehari..
Mereka lahir dan dibimbing oleh usaha ibu dan ayah.
Dan mereka berkembang melalui didikan yang konsisten, sama ada di rumah mahupun di taska.
Di Taska DesaKasih, kami bukan sekadar menemani waktu mereka bermain.
Kami ingin menjadi sebahagian daripada perjalanan indah membentuk insan yang beradab, berani mencuba dan mencintai ilmu.
Kerana setiap anak berhak membesar dalam lingkungan yang penuh kasih sayang..😊

Tiada siapa yang benar-benar tahu betapa besarnya sebuah pengorbanan, sehingga melihat seorang ibu melepaskan tangan kec...
22/07/2026

Tiada siapa yang benar-benar tahu betapa besarnya sebuah pengorbanan, sehingga melihat seorang ibu melepaskan tangan kecil anaknya buat pertama kali.
Sembilan bulan mengandung. Bertarung antara hidup dan mati ketika melahirkan. Berjaga malam saat anak menangis. Mendahulukan anak daripada dirinya sendiri.
Kemudian... tibalah satu hari, ibu perlu belajar melepaskan seketika.
Dengan penuh doa dan harapan, ibu mengamanahkan permata hatinya kepada kami.

Kami sedar setiap anak yang melangkah masuk bukan sekadar seorang kanak-kanak.
Mereka adalah hasil daripada doa yang tidak pernah putus, air mata yang tidak pernah diceritakan, dan kasih sayang seorang ibu yang tiada penghujungnya.
Semoga setiap usaha kecil dalam membimbing mereka menjadi saham kebaikan buat ibu ayah dan juga kami. Aamiin..❤️

Didiklah anak ii mencintai solat sejak dari kecil….Apabila mereka dibiasakan dengan solat dari usia muda, InsyaAllah sol...
21/07/2026

Didiklah anak ii mencintai solat sejak dari kecil….Apabila mereka dibiasakan dengan solat dari usia muda, InsyaAllah solat akan menjadi amalan yang sebati dalam kehidupan mereka hingga dewasa. Didikan dan contoh teladan yang baik adalah merupakan kunci untuk membentuk anak untuk mencintai Allah dan menjaga solat.

Dalam surah Ibrahim, ayat 40 :
رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

Maksudnya :"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

20/07/2026

Kanak-kanak bukan sahaja amanah kepada ibu ayah tetapi kepada masyarakat😊
Lakaran anak-anak membawa seribu maksud dan kadang-kadang boleh jadi luahan perasaan mereka yang diterjemah melalui lakaran..
Garisan yang mungkin kelihatan ringkas pada kita sebenarnya adalah hasil daripada imaginasi, keberanian mencuba, dan perkembangan kreativiti mereka.
Dengan adanya aktiviti seperti ini, kemahiran motor halus kanak-kanak dapat di asah di mana ia dapat menguatkan otot jari, pergelangan tangan dan meningkatkan kawalan pensel.
Cikgu bangga melihat setiap usaha kecil yang dilakukan. Terus semangat berkarya, anak-anak soleh solehah Taska DesaKasih.🥰

Sebagai pendidik, kami percaya bahawa pendidikan bukan hanya mengajar membaca dan mengira.Pendidikan melalui penanaman i...
10/07/2026

Sebagai pendidik, kami percaya bahawa pendidikan bukan hanya mengajar membaca dan mengira.
Pendidikan melalui penanaman iman sangat penting untuk anak-anak..

Mendidik hati agar mengenal kasih sayang. Mendidik jiwa agar mencintai keadilan. Mendidik akhlak agar sentiasa membela yang benar dan menolak kezaliman.

Semoga Allah memelihara saudara-saudara kita di Palestin dan kita dapat membesarkan anak-anak kita dengan hati yang hidup, akhlak yang mulia serta keberanian yang berpaksikan iman..
InsyaAllah anak yang dibesarkan dengan iman akan menjadi insan yang membawa rahmat kepada dunia..❤

Throwback Sambutan Hari Raya Taska DesaKasih 2026 😄❤️Masa berlalu begitu pantas..Masih segar di ingatan gelak tawa si ke...
09/07/2026

Throwback Sambutan Hari Raya Taska DesaKasih 2026 😄❤️
Masa berlalu begitu pantas..
Masih segar di ingatan gelak tawa si kecil dengan baju raya berwarna-warni..😊
Semoga kenangan kecil yang tercipta di Taska DesaKasih akan sentiasa menjadi senyuman apabila dikenang suatu hari nanti..
Kerana setiap detik bersama mereka adalah hadiah yang tidak ternilai..❤

🕋 Simulasi Haji Cilik Taska Desa Kasih 2026🕋 Alhamdulillah selesai sudah aktiviti Simulasi Haji Cilik Taska DesaKasih se...
23/06/2026

🕋 Simulasi Haji Cilik Taska Desa Kasih 2026🕋

Alhamdulillah selesai sudah aktiviti Simulasi Haji Cilik Taska DesaKasih sesi 2026..🥰
Melihat kesungguhan dan semangat anak soleh-solehah menyertai setiap aktiviti dalam SHC ini benar-benar menyentuh hati..Terima kasih kepada pihak pengurusan Taska DesaKasih, para guru serta ibu bapa yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini..

Buat pengetahuan semua, program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang rukun Islam kelima iaitu ibadah haji melalui kaedah pembelajaran yang menyeronokkan, praktikal dan mudah difahami..😊 Semoga segala usaha ini menjadi asbab kebaikan kepada anak-anak serta dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci suatu hari nanti..❤

Address

No. 2, Jalan 8/33B
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00

Telephone

+60162256468

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska DesaKasih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Taska DesaKasih:

Shortcuts

Share