Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz

Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI BERAKHLAK
AL-QURAN Tahfiz Lelaki. (No 39, Jalan 3/52, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor)

2. Tahfiz Perempuan.

LATAR BELAKANG :

- Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz adalah salah satu institusi pengajian tahfiz sepenuh masa yang diuruskan oleh AQFA RESOURCES (SA0069975W).

- Mempunyai 4 kelas pengajian :-

1. (No 26, Jalan 3/58, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor)

3. Kelas Pengajian Little Huffaz (No 14, jalan 3/59, seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor)

4. Kelas Pengajian Kuliah & Bahasa Ar

ab (No 17, jalan 3/57, seksyen 3 Bandar Baru Bangi, Selangor)


- Menekankan kombinasi ilmu Tahsin & Hafazan Quran, Kitab Diniyyah, Akademik, Kokurikulum dan Kemahiran hidup.
- Dibimbing oleh Tenaga Pengajar yang berpengalaman dan mempunyai latar belakang pendidikan dan kelulusan tinggi.
- Mengadakan persefahaman pendidikan / program lanjutan pengajian antara Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz (AQFA) bersama Pusat bahasa Arab / Markaz Nile, Maahad Buuth al Islamiah, Al-Azhar As-Sharif, Maahad Tinggi Quran Dr Al Ma'surawi Kaherah Mesir & Persatuan Tahfiz Wakaf Istanbul, Turki dan beberapa Universiti di Timur Tengah dan Tempatan. SUKATAN AKADEMIK :

- Kelas Kelancaran Al-Quran (bacaan bertalaqqi 10 kali khatam)
- Kelas Tahfiz Al-Quran
- Kelas subjek diniyyah (Tajwid, Feqah, Tauhid, Tafsir, Hadith, Akhlak, Sirah, Bahasa Arab, Jawi/ Imla', )
- Kelas subjek akademik (BM, BI, Matematik dan Sains)
- Kelas Kemahiran Hidup (Pertukangan, masakan, automotif, elektronik dll)


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :

• Terbuka kepada lelaki dan perempuan
• Berumur dari 8 tahun hingga 14 tahun
• Mempunyai minat dalam menghafal Al-Quran
• Lulus temuduga yang dijalankan oleh pihak sekolah

Pada hari Jumaat 14 Ogos 2026 bersamaan 1 Rabiulawal 1448H, Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz telah mengadakan Majlis Peras...
15/08/2026

Pada hari Jumaat 14 Ogos 2026 bersamaan 1 Rabiulawal 1448H, Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz telah mengadakan Majlis Perasmian Program Minggu Cinta Rasul 2026. Program ini diadakan bersempena bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan tujuan menyemarakkan rasa cinta dan kasih sayang para pelajar kepada Rasulullah SAW, di samping menghayati sirah, akhlak serta sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga pelaksanaan Minggu Cinta Rasul 2026 ini dapat menjadi wadah untuk membentuk generasi al-Quran yang bukan sahaja cemerlang dalam hafazan dan pelajaran, akan tetapi turut menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan ikutan di dalam kehidupan seharian .

"Sunnah Dihayati, Ummah Diberkati"


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.16 Julai 2026 - Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Faiz bin Mohd Riza...
16/07/2026

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

16 Julai 2026 - Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Faiz bin Mohd Rizal di atas kejayaan menamatkan program Syahadah Hafazan 30 juzuk Al-Quran. Berkat kegigihan tanpa kenal erti putus asa, pelajar ini yang telah berjaya khatam ulangan hafazan 30 juzuk sebanyak 21 kali telah selesai khatam program syahadah hafazan 30 juzuk pada hari ini jam 4:35 petang di hadapan para pelajar.

Program ini merupakan pengujian hafazan 30 juzuk al-Quran melalui kaedah tasmi’ di hadapan panel yang dilantik, dengan tempoh khatam selama tiga hari. Setiap hari, peserta memperdengarkan 10 juzuk hafazan selama tempoh beberapa jam, melengkapkan 30 juzuk dalam tempoh yang ditetapkan.

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهTuan / Puan dihormati. Semoga kita sentiasa dalam rahmat serta kea...
09/07/2026

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan / Puan dihormati. Semoga kita sentiasa dalam rahmat serta keampunan Allah swt.

Alhamdulillah *AKADEMI TAHFIZ QURAN AL FAWWAZ (LIL BANIN)* telah dilantik sebagai *Penolong Amil IPIS Lembaga Zakat Selangor* (Kod Ejen : 9429)

Sehubungan itu, pihak tahfiz mengalu-alukan Tuan / Puan yang ingin menunaikan zakat, boleh menunaikan zakat melalui tahfiz kami.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi : *Ustaz Wan Khairul - 013 9567104*.

Semoga Allah swt memberkati kita semua. Sekian terima kasih.
جزاكم الله خيرا كثيرا

Pada hari Khamis, 21 Mei 2026 telah berlangsungnya Majlis Khatam 30 Juzuk Hafazan Al-Quran dengan penuh keberkatan dan r...
22/05/2026

Pada hari Khamis, 21 Mei 2026 telah berlangsungnya Majlis Khatam 30 Juzuk Hafazan Al-Quran dengan penuh keberkatan dan rasa syukur ke hadrat Allah SWT. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua anak tahfiz ini yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran setelah melalui pelbagai pengorbanan, kesabaran dan istiqamah dalam menjaga kalamullah. Mereka merupakan pelajar ke-64 yang telah berjaya selesai menghafaz Al-Quran di Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz.

Semoga pencapaian ini menjadi asbab keberkatan hidup, dikurniakan kefahaman agama yang mendalam serta terus istiqamah mengamalkan dan menyebarkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan. Moga para huffaz sentiasa dipelihara Allah SWT dan tergolong dalam kalangan أهل القرآن

“Ke arah melahirkan generasi berakhlak Al-Quran.”

Pada 18 Mei 2026 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Asatizah dalam suasana yang penuh meriah, ceria dan penuh pengharga...
19/05/2026

Pada 18 Mei 2026 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Asatizah dalam suasana yang penuh meriah, ceria dan penuh penghargaan buat seluruh para asatizah yang telah banyak menabur jasa serta pengorbanan dalam mendidik para pelajar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sebagai tanda penghormatan dan terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar serta kasih sayang yang dicurahkan selama ini. Semoga seluruh asatizah sentiasa diberikan kesihatan, keberkatan dan ganjaran pahala yang berterusan di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya para ulama itu ialah pewaris para nabi.”

Pada 13 Mei 2026 bersamaan 27 Zulkaedah 1447H, semua pelajar Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz telah menjalani program "KUR...
14/05/2026

Pada 13 Mei 2026 bersamaan 27 Zulkaedah 1447H, semua pelajar Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz telah menjalani program "KURSUS PRAKTIKAL SEMBELIHAN KORBAN DAN SIMULASI IBADAH HAJI", pelajar-pelajar dapat belajar teori penyembelihan dan dapat melihat simulasi penyembelihan haiwan yang dipimpin oleh Ustaz Abu Iskandar.

Sebanyak seekor kambing dan 10 ekor ayam telah disembelih dan semua warga AQFA telah bekerjasama dalam menjayakan gotong-royong memasak kari kambing dan ayam masak merah. Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini kepada anak pelajar. Semoga Allah membalas kebaikan yang diberikan dengan ganjaran pahala yang besar di akhirat nanti.... Ameen ya rab🤲🤲



Mohon bantu sebarkan.. moga ada yg sesuai & yg terbaik ALLAH hadirkan🤲🏻🤲🏻🤲🏻
01/05/2026

Mohon bantu sebarkan.. moga ada yg sesuai & yg terbaik ALLAH hadirkan🤲🏻🤲🏻🤲🏻

INFAQ JUMAAT BAROQAH.. Jom kongsi rezeki.. Moga ALLAH Rahmati, Berkati & lipatgandakn setiap amalan kita di hari penuh K...
30/04/2026

INFAQ JUMAAT BAROQAH..

Jom kongsi rezeki..
Moga ALLAH Rahmati, Berkati & lipatgandakn setiap amalan kita di hari penuh Keberkatan ini....

يسر أمورنا يا الله ..
تقبل الله منا ومنكم...
🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻

Hari ini Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz telah menganjurkan program Ceramah & Latihan Pencegahan Kebakaran (Skuad Bomba A...
30/04/2026

Hari ini Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz telah menganjurkan program Ceramah & Latihan Pencegahan Kebakaran (Skuad Bomba AQFA) sebagai langkah meningkatkan kesedaran dan kemahiran pelajar serta warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan kebakaran.

Selesailah sudah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri AQFA bagi tahun 2026, sambutan di serikan dengan ucapan barisan as...
14/04/2026

Selesailah sudah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri AQFA bagi tahun 2026, sambutan di serikan dengan ucapan barisan asatizah serta persembahan yang menarik dari anak pelajar dan seterusnya diteruskan dengan jamuan makanan secara "potluck", terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang bertungkus-lumus menyediakan juadah untuk jamuan anak-anak pelajar🤲.

Kami warga AQFA ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN, Kullu ‘ām wa antum bikhair🎉🤲🤲


Address

No 39, Jalan 3/52, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Tahfiz Quran Al Fawwaz:

Shortcuts

Share

Category