"Kenapa Susah Sangat Dunia Nak Faham Aku"
Semalam, salah seorang cikgu kami kongsikan pengalaman dengan pelajar autistik bernama Noah.
Hari tu, Noah tiba-tiba marah dalam kelas.
Bukan sebab nakal — tapi sebab orang tak faham apa dia cuba cakap.
Lagi orang tak faham, lagi dia frust.
Cikgu cuba tenangkan, tapi makin jadi.
Sampai akhirnya cikgu cakap:
“I know it’s really frustrating when people don’t get what we’re trying to say.
How about we try again, maybe in another way?”
Noah berhenti sekejap. Tarik nafas. Cuba semula.
Dan akhirnya, cikgu faham apa yang dia nak sampaikan.
Hari tu, kami semua belajar sesuatu —
kadang anak bukan perlukan kita untuk betulkan dia.
Dia cuma perlukan kita dengar, dan cuba faham.
Penat memang penat.
Tapi bila dia akhirnya senyum lega,
kami tahu… dia rasa difahami.
Dan itu, bagi kami di Ace Learning — dah cukup besar. ❤️
Whatsapp untuk info lanjut
✨ https://KelasCepatBacaBangi.wasap.my ✨
p/s: Noah bukan nama sebenar
Ace Learning
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ace Learning, Education, 12A, Jalan 4/11B, Seksyen 4 Tambahan, Bangi.
ARIF CENTRE OF EXCELLENCE (ACE Learning Centre) Bandar Baru Bangi telah membantu ramai pelajar 4-8 tahun membaca dengan lancar Bahasa Melayu dan English sejak 2010 Pusat Operasi:
*Ace Learning BANDAR BARU BANGI*
No.12A, Jalan 4/11b,
Seksyen 4 Tambahan,
B.b.bangi
No tel :
013-8129491 (Admin Ace Learning)**
017-3289572 (Cikgu Ariff)
**Contact Admin (whatsapp) untuk respond yang lebih pantas
01/11/2025
Kadang bila kita nampak semula bekas pelajar yang dah membesar,
rasa dalam hati tu susah nak jelaskan dengan kata.
Tadi abang datang ambil adik dari pusat belajar.
Nampak seorang pelajar keluar — tinggi, matang, senyumnya manis.
Dalam hati terdetik, “Wah… dah besar rupanya.”
Cikgu pun tegur,
“Hey Ashley, do you still remember me?”
Dia senyum sopan,
“I’m sorry teacher… saya lupa.”
Kami pun terus berbual ringan.
Tapi dalam hati, ada rasa yang s**ar nak digambarkan.
Tujuh tahun lepas, Ashley ni hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Nak cakap Bahasa Melayu pun tersangkut-sangkut.
Ibunya pernah cerita — di rumah mereka speaking English all the time.
Masa tu, cikgu masih ingat betapa susahnya nak bantu kamu bina keyakinan untuk bercakap dua bahasa.
Hari ni, bila dengar dia berbual dalam Bahasa Melayu — fasih, tenang, dan penuh budi bahasa — hati rasa sejuk.
Pergaulan di sekolah mungkin banyak membantu.
Tapi di sebalik semua tu, saya nampak sesuatu yang lebih besar:
proses membesar yang indah.
“It takes a village to raise a child.”
Dan cikgu bersyukur, Ace Learning pernah jadi sebahagian kecil daripada ‘village’ itu.
Cikgu pandang dia sambil senyum.
Dulu kami bantu dia membaca sambil bercakap B.Melayu.
Hari ni dia dah mampu berbicara dengan dunia.
Begitulah pendidikan —
kita tanam benih kecil dengan sabar,
dan suatu hari nanti, pokok itu tumbuh jadi teduhan yang kita sendiri tak sangka luasnya. 🌱✨
❤️ Setiap anak bermula dari satu langkah kecil.
Di Ace Learning, kami raikan setiap langkah itu —
kerana setiap benih yang disemai dengan kasih, pasti tumbuh dengan indah. 🌿
31/10/2025
Ada mesej yang buat kami berhenti sekejap —
bukan sebab panjang, tapi sebab maknanya besar.
“Alhamdulillah, Yusuf nampak banyak peningkatan dalam skill membaca dia.
Dah boleh buat homework untuk subjek lain dah.
Pandai juga baca komik.
Terima kasih banyak-banyak cikgu.
Rasa lega yang amat sangat.”
Setiap kali kami terima mesej begini, ia bukan semata-mata “testimoni”.
Ia adalah cerita perjalanan sebenar — dari seorang anak yang dulu bergelut membaca sukukata,
dan sering mengelak diri dari berbicara,
kepada seorang pembaca kecil yang kini mampu belajar dengan yakin.
Di Ace Learning, kami percaya setiap anak boleh membaca 📖
bila diberi pendekatan yang betul, suasana yang selamat,
dan guru yang benar-benar faham di mana titik mula mereka.
Di sinilah kembara ilmu bermula — satu sukukata, satu keyakinan pada satu masa. 🌱
Kami bersyukur dapat menjadi sebahagian kecil daripada perjalanan Yusuf. 💛
Dan setiap kali kami baca mesej sebegini, ia mengingatkan kami —
inilah sebab kami wujud.
Whatsapp untuk info lanjut
✨ https://KelasCepatBacaBangi.wasap.my ✨
Dah boleh baca, kenapa tak boleh tulis? 🤔
Nak membaca dan menulis ni guna skill yang berbeza tau ☝️ Walaupun kita cam bentuk sesuatu, tak bermaksud kita boleh lukis tepat macam mana yang kita nampak, betul tak?
Jadi macam mana nak make sure anak-anak boleh membaca ni boleh menulis dengan baik? LATIHAN DAN LATIHAN 👌
DALAM MODUL ACE LEARNING kita ada juga aktiviti menulis suku kata berulang kali, untuk asah motor skill anak-anak dan ulangkaji suku kata yang mereka dah belajar.
TRIAL CLASS dan EARLY ASSESSMENT disediakan ❗️
Slot waktu kelas:
👉 Petang (Isnin - Khamis)
👉 Malam (Isnin - Khamis)
👉 Pagi (Sabtu & Ahad)
Nak booking TRIAL CLASS?
Nak info lebih lanjut?
Jom WhatsApp Admin:
✨ https://KelasCepatBacaBangi.wasap.my ✨
16/10/2025
📚 Masih belum jumpa Cikgu yang betul-betul sesuai.
Dah masuk minggu ke-2, dan sepanjang tu jugaklah Cikgu Ariff turun padang, cover kelas sendiri.
Ramai tak tahu — beliau memang very particular bila bab memilih cikgu.
Bukan sebab cerewet, tapi sebab setiap cikgu yang masuk Ace Learning akan pegang amanah besar.
untuk bantu anak-anak yang ramai dah “give up” kat tempat lain. 💗
Ada yang nampak sesuai, tapi lepas interview, calon menolak.
“Yes! Akhirnya dapat cikgu baru yang kita cari 😍
Baru seminggu, diuji p**a dengan denggi. 😅
Sekarang tengah berehat sekejap untuk sembuh sepenuhnya. 🌷
Kami tak sabar nak tengok cikgu ni kembali ke kelas 💪
📝 Yang memohon tu ada, tapi kami tetap hold dulu.
Kami nak pastikan — betul-betul sejiwa dengan falsafah Ace Learning. ✨
Tapi tadi…
Dapat dua borang interview dengan remark yang buat kami tersenyum. 😊
Dah lama tak nampak catatan macam tu.
Terus tanya, “Dah boleh keluar offer letter ke?”
Jawapan:
“Belum. Ada a few lagi yang nak interview. In shaa Allah, next Monday kita decide sama-sama. Tak nak syok sendiri.” 🙌
Doakan kami ❤️
Student yang kami hold sementara tu — sabar ya 🙏
Bila cikgu baru confirm, kita buka semula pengambilan.
Yeay 🎉
Info mengenai kelas membaca?
Whatsapp di link berikut:
https://kelascepatbacabangi.wasap.my/
01/10/2025
Ahad lepas, Aisy (bukan nama sebenar) tiba-tiba muram . Kerja tak siap, termenung bagai tembus dinding.
Kami tanya perlahan:
“Sedih?” Dia geleng.
“Lapar?” — “Dah makan.”
“Boring? Penat?” Dia angguk.
Ok… nak difahami ni, bukannya malas.
Kami tukar pendekatan — guna ABM. Sekelip mata wajahnya berubah. Dari muram jadi ceria. Dari lesu jadi yakin.
Habis aktiviti, dia ucap “terima kasih cikgu”… terus sambung siapkan kerja tadi. Hati berbunga, senyuman kembali terukir.
Hari tu kami belajar semula — kadang-kadang yang anak-anak perlukan bukan arahan, tapi perhatian. Bukan paksaan, tapi pendekatan.
Di Ace Learning, itulah yang kami lakukan setiap hari. Tak mudah, tapi kami percaya setiap usaha kecil membuka jalan besar untuk anak-anak ini.
Kadang-kadang beza antara wajah muram dan wajah bersinar hanyalah satu soalan kecil:
“Kenapa?”
11/09/2025
"Pensel jangan bagi pendek daripada jari, nanti mak kita mati"
Punya la banyak pensel warna kat sini, tak tahu kenapa yang pendek-pendek jadi favourite para pelajar.
Dah diasingkan pun, tetap diam-diam mereka ambil dan gunakan. Walaupun pendek, bila tak tajam, diasahnya sampai tajam. Tetap guna yang pendek sampai hilang dari pandangan mata.
Teringat zaman kecik-kecik dulu, dihidangkan dengan cerita merepek.
- Jangan guna yang pendek daripada jari, nanti mak mati
- Guna pensel pendek, nanti jadi tak pandai
Tapi kat Ace Learning, takde p**ang pelajar-pelajar ni cerita macam kita masa kecik-kecik dulu? Hmmm... Makin derang guna ada la. Betul la, generasi sekarang makin cerdik.
Apa lagi kepercayaan atau cerita rekaan zaman dulu2?
Hahaha.. macam-macam kenangan
31/08/2025
Jom kita kekalkan dengan hidup penuh warna.
Dengan keharmonian rakyat dan masyarakat berbilang bangsa.
Hargai perjuangan merdeka.
Jangan dilupa jerit perih perjuang merdeka.
Jangan juga kita korbankan negara yang sudah merdeka.
Amannya hidup, kurnia yang tiada galang ganti.
Bersatulah kita membina negara Malaysia.
Bermula dengan masa depan anak-anak kita.
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68.
Malaysia Boleh.
26/07/2025
“Dino, duduk sini. Saya nak bacakan cerita ni.”
Tengah asyik main dinosaur atas meja, tiba-tiba dia berhenti.
Capai buku cerita bertemakan dinosaur (memang ada di rak), buka…
dan mula ‘bacakan’ untuk dinosaur dia — siap gaya suara dan intonasi.
Dalam masa yang sama, beberapa murid lain yang datang awal pun dah ambil buku cerita dan membaca sendiri.
Kawan yang nampak, join sekali. Buat benda yang sama.
Semua berlaku tanpa disuruh. Tak dipaksa pun.
📚 Kelas belum pun bermula. Tapi buku dah jadi sebahagian daripada aktiviti bermain.
Membaca jadi sesuatu yang anak-anak nak buat sendiri.
Kami cuma sediakan suasana dan galakkan saja.
Nak main pun silakan — itu semua sebahagian daripada proses.
Ada yang masih belajar. Ada yang belum lancar.
Tapi bila ada minat, dan ada keberanian untuk ‘membaca’ dengan yakin — itu satu permulaan yang sangat besar.
Mungkin ada salah di sana sini, tapi rasa yakin dan keterujaan tu jauh lebih penting.
Di Ace Learning, kami bukan sekadar ajar anak membaca.
Kami cipta suasana yang buat anak seronok dengan buku,
dan bangga dengan setiap usaha mereka.
Kadang-kadang, satu momen kecil macam ni…
cukup untuk jadi titik mula kepada kecintaan membaca yang kekal lama.
Moga anak-anak didik cikgu terus maju + s**a + minat dalam pelajaran. In shaa allah berjaya nanti.
Info mengenai kelas membaca?
Whatsapp di link berikut:
https://kelascepatbacabangi.wasap.my/
Dah boleh baca, kenapa tak boleh tulis? 🤔
Nak membaca dan menulis ni guna skill yang berbeza tau ☝️ Walaupun kita cam bentuk sesuatu, tak bermaksud kita boleh lukis tepat macam mana yang kita nampak, betul tak?
Jadi macam mana nak make sure anak-anak boleh membaca ni boleh menulis dengan baik? LATIHAN DAN LATIHAN 👌
DALAM MODUL ACE LEARNING kita ada juga aktiviti menulis suku kata berulang kali, untuk asah motor skill anak-anak dan ulangkaji suku kata yang mereka dah belajar.
TRIAL CLASS dan EARLY ASSESSMENT disediakan ❗️
Slot waktu kelas:
👉 Petang (Isnin - Khamis)
👉 Malam (Isnin - Khamis)
👉 Pagi (Sabtu & Ahad)
Nak booking TRIAL CLASS?
✨ TEKAN LINK DI BIO ✨
👩👦 Beberapa hari lepas, ada seorang mak datang.
Dia cakap dia sedih sebab anak tak boleh baca.
Anak tu kena masuk kelas pemulihan. Katanya, dalam kelas tu ada 30++ orang murid yang senasib.
Tapi... dia rasa semua ni salah dia.
Rasa macam dia gagal sebagai mak.
Kami pandang muka dia.
Nampak jelas — dia bukan marah anak.
Tapi kecewa dengan diri sendiri.
Kami cuma mampu cakap:
💛 "Puan… sabar ya. Puan tak gagal.
📚 Kadang sistem yang ada memang agak berat untuk mak ayah hadap sorang-sorang.
🕳️ Jurang tu besar. Bila nak kejar semua benda, memang terasa beban.
🫱 Tapi puan tak keseorangan. Kita boleh cari support system sama-sama."
👩🏫 Cikgu memang fokusnya satu:
Ajar dan bantu sampai faham.
🤹♀️ Tapi mak ayah?
Fikir rumah, kerja, emosi, makan minum, anak-anak lain — semua dalam satu masa.
🍲 Nak ajar anak p**a... tengah masak.
🧾 Tengah fikir bil.
😮💨 Tengah penat.
👧 Anak p**a... dia tahu timing.
Kadang dengan mak ayah, dia boleh elak, boleh buat ragam.
Sebab dia tahu: mak tetap sayang.
Itu bukan salah sesiapa.
Cuma situasi yang tak mudah.
Dan bila mak ayah dah penat sangat, burnout.
🧠 niat nak ajar pun boleh bertukar jadi emosi.
Dari nak bantu → jadi marah
→ akhirnya rasa bersalah.
🌱 Tapi percayalah…
👶 Anak tu bukan tak boleh.
👨👩👧 Mak ayah bukan tak pandai ajar.
Cuma mungkin sekarang...
Kena guna jalan lain, dengan orang yang boleh bantu.
📍 Kalau rasa anak puan perlukan ruang yang lebih tenang,
lebih fokus, dan dibimbing ikut rentak sendiri —
kami di Ace Learning sedia bantu sedaya mungkin.
Kami bukan tempat magik.
Tapi kami tempat untuk anak-anak kecil rasa mereka masih ada peluang.
Dan mak ayah... tak perlu tanggung semuanya seorang diri.
📩 Whatsapp kami bila-bila. Kita sembang dulu.
Tengok serasi atau tidak. Kami sedia dengar.
Info mengenai kelas membaca?
Whatsapp di link berikut:
https://kelascepatbacabangi.wasap.my/
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Address
12A, Jalan 4/11B, Seksyen 4 Tambahan
Bangi
Opening Hours
| Monday | 14:30 - 18:00 |
| 19:45 - 22:30 | |
| Tuesday | 14:30 - 16:30 |
| 20:15 - 22:15 | |
| Wednesday | 14:30 - 16:30 |
| 20:15 - 22:15 | |
| Thursday | 14:30 - 16:30 |
| 20:15 - 22:15 | |
| Friday | 20:15 - 22:15 |
| Saturday | 08:30 - 12:00 |
| 13:30 - 15:00 | |
| Sunday | 08:30 - 12:00 |
| 13:30 - 15:00 |