Permapen 2012/2013

Permapen 2012/2013

Share

Persatuan Mahasiswa Pendidikan 2013/2014 KUIS.

BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN MAHASISWA PENDIDIKAN 2013/2014

Barisan Majlis Tertinggi:

A) Presiden - MUHAMMAD ADIB BIN ABD. HALIM
B) Timbalan Presiden I - MUHAMMAD ASYRAF FIKRI BIN AZMAN
C) Timbalan Presiden II - AISYA MAULAD AZRAN
D) Setiausaha - MUHAMMAD SUHAIL BIN SAMSUDDIN
E) Bendahari - ZAKI AZAMUDDIN BIN IDRIS
F) Timbalan Setiausaha - KHAIRUNNAQIAH BINTI MOHD SABRI
G) Timbalan Bendaha

06/12/2015

✳BENGKEL PENULISAN ILMIAH✳

Perhatian!!! WAJIB hadir!!!
Kepada semua pelajar diploma dan degree semester 1, Fakulti Pendidikan, satu bengkel penulisan ilmiah akan diadakan bagi membantu pelajar-pelajar dalam menyediakan tugasan-tugasan kelas mengikut format yang betul. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh: 9/12/2015 (Rabu)
Masa: 9.00pm-11.00pm
Tempat: Audi Haji Zainuddin Jaafar ,PTD

Pelajar diminta untuk membawa alat tulis dan buku sebagai catatan.
Sekian dimaklumkan.

Mohamad Amin bin Mohd Salim
Exco Akademik Dan Penyelidikan
PERMAPEN

Photos from Permapen 2012/2013's post 20/11/2015

📢ASSALAMUALAIKUM📢

selamat datang kepada pelajar baru ke Fakulti Pendidikan kuis..semoga menjadi guru yang hebat di zaman metropolitan ini..

17/11/2015

💢💢💢💢💢💢💢
Terpinga - pinga bila masuk semester baru?
Tak tahu nak buat apa?? Ni ada sedikit jadual untuk kalian..
🍏 sudah tengok result? Alhamdulillah, bersyukur atas usaha yang kita kerjakan..
🍏 Sudah reserve bilik? Kalau dah, bagus, redho je k dapat roomate ngn sape.. ...
🍏 step ketiga, pengambilan kunci bilik adalah pada 20,21 , 22 nov.. ingat ea, pakaian haruslah sopan, dan pakai kad matrik.. lelaki pakai baju berkolar k..

🍏 Seterusnya, Register Course.. Register Course pada 17 nov - 22 nov.. pastikan subjek yang tertera tu sama dengan landskap Akademik.. andai tak sama , boleh buat add/ drop subjek..
🍏 seterusnya, bagi pelajar semester 2 dan ke atas, kalian boleh daftar mentoring pada 23nov - 24nov.. borang daftar dan buku mentoring boleh didapati di mylms..
🍏 23 nov akan start kuliah.. pastikan segala kelengkapan untuk sesi pembelajaran telah tersedia..
🍏 Add subjek boleh di buat pada 17 nov sehingga 6 dis manakala Drop subjek boleh dibuat pada 17 nov sehingga 13 dis.. sekiranya lewat berbuat demikian, kalian akan dikenakan denda yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan..

15/08/2015

Update utk hari ini

Futsal : Tewas di peringkat kumpulan
Takraw : tewas di final (tempat kedua)
Bola sepak : mara ke separuh akhir

Itu saja yg admin dpt maklumat

Majulah sukan untuk negara😉

Fakulti Pendidikan Boleh !!!!!


15/08/2015

Jom sama-sama kita turun ke padang PKK untuk memberi sokongan padu kepada atlet-atlet Fakulti Pendidikan yg turun beraksi pada pagi ini
Semoga kemenangan berpihak kepada kita

Takbir!!!💪🔊🔊

Jadual Perlawanan Sukan SUKIS

⚽ Futsall : 8.30pagi
⚽ Bola Sepak : 10.00pagi
🏁 Catur : 9.00pagi
🎈 Takraw : 9.30pagi
🏀 Bola Jaring : 2.00petang
⛳ Ping Pong : 2.00petang
🎾 Bola Tampar :

Segala perubahan waktu adalah tertahluk kepada PIC setiap sukan

Terima Kasih 🏂
Jadual Perlawanan Sukan SUKIS
15 Ogos 2015

30/07/2015

📢PROGRAM HARI RAYA FAKULTI PENDIDIKAN🎉🎉
-Sukacita dijemput mahasiswa mahasiswi Fakulti Pendidikan ke Majlis Sambutan Hari Raya :
✔Hari : Jumaat
✔Tarikh : 31Julai 2015
✔Tempat : Resource Area (Ting.1 fakulti pendidikan)
✔Masa ⏰: 2.30 ptg - 5.30 ptg

🔹Tema : Warna Warni Aidilfitri
🔹Bawak Kuih Rayaa 🍕🍗🍡🍰🍦🍹☕

di ambil

Mobile uploads 13/07/2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada Kami, PERMAPEN, Fakulti Pendidikan.

Kepada semua yang pulang ke kampung, hati-hati ketika memandu. Biar lambat asalkan selamat

Jangan membuang masa dengan bermain gadget anda. Luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang.

13/07/2015

Alhamdulillah
senarai nama tempahan name tag utk guru pelatih Fakulti Pendidikan telah diemailkan kepada pihak berkenaan.

Bayar pendahuluan telah dibuat. Artwork design dlm proses pembikinan.

Insha Allah kalau tiada halangan, name tag akan siap dlm masa dua minggu selepas raya.

28/06/2015

MOHON LAPORKAN KEGIATAN MERCUN

Merujuk buku " Peraturan Tatatertib dan Tarbiyyah Pelajar KUIS (Pindaan 2011) ", perkara 20 (1) ;

"Pelajar tidak boleh ada dalam milik atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa dadah atau racun atau rokok atau BAHAN-BAHAN MUDAH TERBAKAR atau senjata berbahaya atau lain-lain perkara dilarang oleh Kolej Universiti dari semasa ke semasa sama ada di dalam dan di luar kampus."

Pelajar KUIS adalah diberi amaran keras supaya tidak terlibat dalam aktiviti bermain MERCUN khususnya di Kolej Kediaman, jika didapati bersalah :

Merujuk buku " Peraturan Tatatertib dan Tarbiyyah Pelajar KUIS (Pindaan 2011) ", perkara 59 (1) ;

f) digantung pengajian dalam tempoh yang ditentukan.

g) diberhentikan daripada Kolej Universiti.

Mohon laporan dibuat segera sekiranya mana-mana pelajar atau warga kerja KUIS yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan mercun kepada pihak Bahagian Pembangunan Mahasiswa BPM.
Tindakan keras akan diambil.

Sekian.
SEBARKAN.

21/06/2015

🎀💕🎀💕🎀💕🎀💕

APAKAH ANDA ORG YG SIBUK ??

Ada seorang ulama, berguru kepada seorang ulama. Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain, gurunya berpesan :

"jangan tinggalkan membaca Al Qur’an, semakin banyak membaca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah"

Dan muridnya pun melakukan seperti yg dipesan. Dia mbaca Al Qur’an 3 juzuk sehari.

Kemudian dia menambah lagi hingga 10 juzuk sehari.

Dan urusannya semakin mudah.

Allah yang mengurus semua urusannya.

Waktu pun semakin berkah.

Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu? Bila kita dapat melakukan banyak perkara dalam waktu yang sedikit.

Itulah berkah Al Qur’an ***********************

Banyakkanlah membaca Al Quran. Jangan terlalu memikirkan waktu kita yang sibuk... sesungguhnya, bukan kita yang atur waktu kita, tapi Allah.

Secara teorinya, kita rasa bila kita banyak menghabiskan waktu membaca al Quran, bermakna kita terpaksa mengurangi kegiatan2 kita yang lain. Hakikatnya, ia bukan seperti yang kita fikirkan. Sebenarnya, lagi banyak kita baca al Quran, Allah akan membuatkan waktu kita menjadi berkah. 24jam yang kita miliki seolah-oleh terasa panjang. Paling utama, berkat al Quran yang kita baca ini.... pintu2 kebaikan akan dibuka...memberikan kita kesempatan untuk beramal soleh yang berikutnya... tanpa mengganggu kegiatan harian kita yang lain.

Barangsiapa yg bangun di pagi hari dan hanya dunia yg difikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 jenis penyakit padanya :

1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.
2. Kesibukan yang tidak pernah ada penghujung.
3. Keperluan yang tidak pernah puas.
4. Khayalan yang tidak ada akhirnya.

~Hiduplah di dunia ini hanya dengan kenikmatan mencari redha Allah~

WALLAHU A'LAM...

Mobile uploads 20/06/2015

Pengambilan khas untuk bachelor of education ( HONS ) untuk degree tesl..ayuh sambut peluang hangat ini

18/06/2015

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ا هاري ا حديث....
بسم الله الرحمن الرحيم

Nabi s.a.w bersabda: 'Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan.menyerulah Malaikat, katanya: 'Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya.'Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut).' (Riwayat : Abu Hurairah)

Pengajaran hadith:

i) Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan diberkati oleh Allah S.W.T.

ii) Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda berbanding pada bulan-bulan yang lain.

iii) Umat Islam diseru agar tidak mensia-siakan keberkatan di bulan ini ,malah sewajarnya merebut peluang yang ada dengan menambahkan lagi ibadat dan amal kebajikan.

iv) Bersempena dengan kemuliaan bulan ini juga umat Islam ditegah daripada mendekati perkara yang dilarang dan mungkar kerana pada bulan ini rahmat dan kasih sayang Allah amat luas sehingga orang-orang yang telah dijanjikan neraka sekalipun akan dibebaskan oleh Allah dengan berkat kebaikan yang dilakukannya.

جزاك الله خيرا كثيرا....
سلامت برعمل...
ايندهژ هيدوف اين....

Semoga bermanfaat

Ambillah Peluang Beribadah Di Bulan Yang Mulia Ini

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Bangi