06/06/2025
[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA]
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Barisan kepimpinan Kelab SEEDS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya kepada warga UKM.
Sesungguhnya pengorbanan membawa erti yang cukup luas. Semoga segala pengorbanan yang telah dilakukan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Marilah kita menghayati semangat Aidiladha ini dengan penuh keinsafan, memperkukuh hubungan sesama insan dan terus berusaha menjadi hamba yang taat dan redha dengan ketentuan-Nya.
Ikhlas daripada,
BARISAN KEPIMPINAN,
KELAB PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN PERSEKITARAN (SEEDS),
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
02/06/2025
[ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA TUANKU ]
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda pada hari Isnin, 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H.
Semoga Seri Paduka Baginda Tuanku dilimpahi keberkatan dan kesejahteraan oleh Allah SWT untuk memimpin negara Malaysia dengan penuh adil dan saksama. Daulat Tuanku!
Sembah takzim daripada,
BARISAN KEPIMPINAN KELAB PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN, SOSIAL DAN PERSEKITARAN (SEEDS), FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
01/06/2025
[SELAMAT HARI GAWAI]
Hari Gawai bukan sekadar perayaan tetapi ia adalah lambang kesyukuran, warisan dan semangat komuniti yang tinggi.
Kami dari kelab SEEDS mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikannya dan turut bersama dalam semangat perpaduan yang menjadikan Malaysia unik dan harmoni.
Selamat bercuti dan nikmati detik bermakna bersama orang tersayang.
Ikhlas daripada,
BARISAN KEPIMPINAN,
KELAB PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN PERSEKITARAN,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
28/05/2025
[PIALA DEKAN FSSK 2025]
📅: 9/5/2026 - 23/5/2025
Telah berlangsung program Kejohanan Piala Dekan FSSK 2025 💥
Kami dari kelab SEEDS ingin mengucapkan tahniah kepada barisan atlet yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang Piala Dekan FSSK 2025 🔥🏆
Syabas dan teruskan kecemerlangan!
Ikhlas daripada,
BARISAN KEPIMPINAN,
KELAB PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN PERSEKITARAN,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
30/04/2025
[SELAMAT HARI PEKERJA]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kelab Pusat Kajian Pembangunan Sosial & Persekitaran (SEEDS) ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja yang berdedikasi.
Terima kasih atas segala usaha dan pengorbanan dalam membangunkan masyarakat
Setiap titis peluh anda adalah benih perubahan.
Setiap usaha anda adalah nyala api harapan.
Teruslah menyemai dedikasi, kerana dunia ini dibentuk oleh insan yang bekerja dengan hati.
SELAMAT HARI PEKERJA
Ikhlas daripada,
BARISAN KEPIMPINAN
KELAB PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL & PERSEKITARAN
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
28/04/2025
[SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN SEMESTER]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Cuti Pertengahan Semester telahpun tiba!
Kami daripada Kelab Pusat Kajian Pembangunan Sosial & Persekitaran (SEEDS) ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.
Berehatlah dan manfaatkan masa yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Semoga cuti kali ini dapat diluangkan bersama orang tersayang dan dimanfaatkan sebaiknya.
Ikhlas daripada,
BARISAN KEPIMPINAN,
KELAB PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL & PERSEKITARAN,
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
30/03/2025
[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI]
Ketupat lemang enak dimakan,
Kuih raya beraneka pilihan.
Tulus maaf kami hulurkan,
Agar terjalin kasih berpanjangan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Barisan kepimpinan Kelab SEEDS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam khususnya kepada warga UKM.
Dalam kemeriahan Syawal ini, marilah kita saling bermaafan dan mengeratkan hubungan sesama insan. Pada kesempatan ini, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala salah dan silap sama ada secara langsung atau tidak kepada semua.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN ✨
Ikhlas daripada,
BARISAN KEPIMPINAN,
KELAB PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN PERSEKITARAN (SEEDS),
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
17/03/2025
[SALAM NUZUL AL-QURAN]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
18 MAC 2025
bersamaan 17 RAMADHAN 1446H.
Kami daripada kelab SEEDS UKM ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh warga UKM yang beragama Islam.
"Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka baginya sepuluh kebaikan" (HR Tarmidzi)
Ikhlas daripada,
BARISAN KEPIMPINAN,
KELAB PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN PERSEKITARAN (SEEDS),
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA