27/05/2026
πΈ πππππππ ππππ ππππ πππππππππ πππππ | πππππ πΈ
Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini menjadi pengingat tentang nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan, serta terus mempererat ukhuwah dan kebersamaan dalam kehidupan kita.
Semoga setiap ibadah korban dan amal kebajikan diterima Allah SWT, serta dikurniakan keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan buat semua.π€
π Salam Aidiladha Maaf Zahir & Batin
19/05/2026
β¨ SUKANEKA TADIKA DESA PINTAR & TASKA DESAKASIH 2026 β¨
Alhamdulillah, program Sukaneka yang berlangsung pada Ahad, 17 Mei 2026 telah berjalan dengan lancar dan meriah! πββοΈπββοΈπ
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu ayah yang sentiasa memberi sokongan, meluangkan masa hadir bersama anak-anak, serta menceriakan sepanjang program berlangsung β€οΈ
Buat anak-anak hebat kami, tahniah kerana berani mencuba, bekerjasama, bersukan dengan penuh semangat dan sentiasa ceria sepanjang aktiviti dijalankan ππ₯
Setiap gelak tawa, sorakan dan senyuman anak-anak menjadi kenangan paling indah buat kami semua π₯°
Jutaan penghargaan juga kepada semua guru dan pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program ini dari awal hingga akhir π
Semoga ukhuwah antara pihak tadika taska dan ibu bapa terus erat, dan anak-anak terus membesar menjadi insan yang aktif, yakin dan bahagia π
16/05/2026
πΈβ¨ SELAMAT HARI GURU β¨πΈ
Guru bukan sekadar mengajar membaca dan menulis, tetapi juga mendidik hati, membentuk akhlak serta mencipta masa depan yang penuh harapan. ππ
Terima kasih kepada semua guru atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anak setiap hari. Jasa kalian amat bermakna dan tidak ternilai. π·
βJasa Guru Dikenang, Ilmu Guru Disanjung.β
11/05/2026
β¨ Hari Prestasi Penggal 1 β¨
Setiap anak ada langkah kecil yang sedang dibina dan hari ini, kita raikan setiap usaha mereka π
Alhamdulillah, selesai sudah Hari Prestasi Penggal 1 di Tadika Desa Pintar.
Terima kasih ibu ayah yang sentiasa berjalan bersama kami dalam melihat perkembangan si kecil dari hari ke hari π·
Sedikit demi sedikit, mereka sedang membesar menjadi anak yang hebat β¨
01/05/2026
π SELAMAT HARI PEKERJA π
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pekerja, khususnya para guru, pengasuh, ibu bapa dan penjaga yang sentiasa berusaha demi masa depan anak-anak.
Terima kasih atas segala penat lelah, kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan setiap hari. Semoga sentiasa diberi kesihatan, kekuatan dan rezeki yang melimpah.
Ikhlas daripada,
Tadika Islam Desa Pintar & Taska DesaKasihπ
06/03/2026
β¨ Salam Nuzul Al-Quran β¨
Ya Allah, jadikanlah Al-Quran sebagai sahabat dalam hidup kami, penawar bagi hati yang gelisah, dan petunjuk dalam setiap langkah kami.
Lembutkanlah hati kami untuk sentiasa membaca, memahami dan mengamalkan ajaran-Mu yang terkandung dalam Al-Quran.
Semoga keberkatan Nuzul Al-Quran ini membawa rahmat kepada kita semua. π€²
19/02/2026
Marhaban Ya Ramadan π₯°
Syukur Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadan yang penuh rahmat dan berkat ini. Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa, dimana kita diberi peluang untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan takwa kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud:
βWahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.β
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H/2026 buat semua umat Islam. Semoga Ramadan kali ini menjadi titik perubahan untuk kita semua, yang penuh dengan pengampunan, rahmat dan cahaya yang menyinari hati β¨β€οΈ
22/01/2026
Hadiah kecil dari tangan yang ikhlas πππ
Allah berfirman:
βDan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.β
(Surah Luqman: 14)
Aktiviti Necklace Straw ini bukan sekadar hasil kreativiti,
tetapi tanda kasih sayang anak buat ibu tercinta π
Dari jari kecil, lahir cinta yang besar β¨