Ilmu Tambah Rezeki
MOTIVASI & TIPS untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
10/12/2020
"Tuan maaf ya, saya terpaksa batalkan tempahan dadih, emak saya dimasukkan ke ICU. Kami sedang bersiap hendak balik kampung. Deposit tu saya halalkan."
Bila mendapat mesej seperti ini, saya terpaksa menahan rasa kecewa yang teramat sangat.
Bayangkan, pelanggan telah membuat pesanan sebanyak 200 cawan untuk majlis hari jadi anaknya. Dan dibatalkan.
Kepada siapa saya hendak menjual dadih itu?
Kemana saya hendak bawa dadih itu?
Termenung lama menatap skrin selfon. Membaca mesej itu berkali-kali.
Hanya mampu beristighfar.
Lidah tidak berhenti melafazkan - LA HAULA WALA QUWA TA ILLA ...
Dan saya serahkan urusan itu kembali kepada NYA - Inna lillah hiwaina ilai hirojiun ...
YA ALLAH aku tidak ada daya.
ENGKAU yang mengatur - aku redha.
Pada mulanya saya terfikir untuk membalas mesej itu dengan ayat, "Puan, saya sudah buat 200 cawan dan sekarang saya tidak tahu ke mana hendak jual, yang pasti saya akan rugi."
Berkali-kali saya membuat pertimbangan.
Tiba-tiba saya disedarkan oleh diri sendiri,
"Feroz, engkau tahu tak ini semua perancangan ALLAH? Sudah lupa? DIA mahu memberikan yang terbaik untuk hambaNYA.'
Kata-kata itu menyentuh kalbu saya.
Akhirnya saya menaip, "Puan, tidak mengapa. Saya doakan bonda puan diberikan kesembuhan dan urusan puan dipermudahkan oleh NYA. Dan saya doakan perjalanan puan sekeluarga selamat pergi dan balik."
Pelanggan hanya membaca tetapi tidak membalas. Saya faham beliau mungkin terpaksa bergegas dan kelam-kabut.
Teringat dalam satu kuliah, seorang ustaz berkata, sebenarnya pembatalan transaksi adalah satu bentuk 'penghapusan dosa.'
Dimana Nabi Muhammad (selawat), penah bersabda:
مَنْ أَقَالَ مُسْلِمًا أَقَالَ اللهُ عَثْرَتَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ
"Barangsiapa yang menerima pembatalan transaksi yang diminta oleh seorang muslim maka Allah akan memaafkan kesalahan-kesalahannya pada hari kiamat nanti". [(HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan Baihaqi dari Abu Hurairah. Hadis ini dinilai sahih oleh As-Sakhawi dalam Al-Maqashid Al-Hasanah, no. 465; oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’, no. 1333 dan dalam Silsilah Shahihah, no. 2614; dan oleh Muqbil Al-Wadi’i dalam Shahih Musnad, no. 1373).
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَقَالَ مُسْلِمًا أَقَالَهُ اللَّهُ عَثْرَتَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Siapa yang menerima pengembalian barang dari seorang muslim, maka Allah akan mengampuni kesalahannya di hari kiamat". (HR. Ahmad 7431, Ibnu Hibban 5030 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth)
MasyaAllah indahnya syariat Islam, semuanya diatur dengan adil, tidak ada yang sia-sia. Benda yang nampak sedih dan mengecewakan tapi Allah balas dengan kebaikan yang lain.
Hakikatnya, kita bersabar dengan ujian dari NYA.
Hakikatnya, kita tabah dengan urusan sesama manusia.
Semuanya DIA yang Maha Bijaksana Mengatur.
Bayangkan di padang mahsyar kelak. Detik paling menggerunkan kepada seluruh umat manusia.
Tiba detik kita sedang diadili dengan seadil-adilnya. Tiba-tiba ALLAH menghapuskan dosa kita asbab dari kesabaran kita menerima ujian dari NYA di dunia, dengan PEMBATALAN TRANSAKSI BISNES dan kita redha dengan ujian itu.
..
Ya, tidak ada satu apa pun yang berlaku atas muka bumi ini tanpa sebab dan tidak ada pahala dan dosa.
Peti sejuk dibuka. Saya melihat deretan cawan dadih dengan tenang.
Saidina Ali pernah ditanya oleh seorang sahabat, Bagaimana untuk kita tahu yang mana satu ujian dan yang mana satu musibah?
Lalu Sayyidina Ali menjawab, "Ujian itu adalah apabila datang, kamu akan semakin mendekatkan diri dengan NYA, musibah p**a, apabila datang, kamu akan semakin menjauh dari NYA."
YA ALLAH, ampunilah dosaku.
Petang itu, seseorang menghubungi saya. "Tuan Feroz, saya adalah sahabat kepada puan (yang membatalkan pesanan). Nak tanya, dadih ada lagi tak? saya ada majlis pertunangan anak saudara, orang yang sepatutnya hantar coklat telah kemalangan ... "
Allahu.. Sekelip mata Allah ganti lepas berserah kepadaNya urusan dadih ni.
Teringat kepada mesej yang saya kirimkan kepada pelanggan.
Tidak perlu marah-marah. Hanya doakan saja.
Dan hubungan kami terus berkekalan dalam harmoni.
Hablum minALLAH.
Hablum minannas.
ALLAHU AKBAR.
Status ini saya tujukan kepada semua sahabat yang menjalankan bisnes.
Dan peringatan kepada diri sendiri.
..
Credit to
Abang Long.
Penjual DADIH yang menulis.
Join our Telegram Channel: https://t.me/JomTambahRezeki
Assalamualaikum..
Amalkan satu doa ni boleh jadi rezeki masuk mencurah-curah?
Jangan percaya, tapi buat jer...
Doa ni diambil dari kuliah Ustaz Khalid Basalamah.
Diceritakan ada seorang pemuda ni, dia kata rezeki dia susah nak lekat pastu ada sorang ulama' bagi doa ni kat dia.
Tak lama selepas tu dia jadi jutawan. SUBHANALLAH
Doanya..
[ Ya Razzaqu zulquwwatil matin.. urzuqni! ]
(rujuk surah azdzaariyat ayat 58)
Wahai Tuhan yang Maha Memberi Rezeki, yang mempunyai kekuatan, lagi sangat kukuh. Berilah aku rezeki.
Jom amalkan setiap kali solat. Baca 7x.
Kemudian, minta spesifik..
Ini contoh dia bagi yang betul-betul nak dapatkan FTR 👇
(Skrip doa dari Sis Ida - Mahamidah Hamdan)
Ya Allah Engkau Maha Kaya, aku memohon rezeki dariMu bukan dari manusia. Aku lemah Ya Allah. Berilah rezeki duit tak disangka pada ku dalam masa tedekat ni kerana aku ingin memiliki Buku FTR. Aku ingin dekatiMu dengan lebih dekat melalui ilmu dalam Buku FTR ni. Aku ikhlas ingin belajar ilmuMu Ya Allah. Makbulkanlah doaku Ya Allah.
Boleh guna untuk hajat2 lain juga ya :)
Join our telegram Channel: https://t.me/JomTambahRezeki
06/12/2020
🔥PAKEJ SYURGA AR-RAUDAH
🔥SET A
Dengan harga cuma RM399 apa yang anda dapat👇
1⃣ Buku Fizikal FTR 519m/s (121 Formula Tarik Rezeki)
2⃣ Ebook 61 RKR
3⃣ Penanda Buku Eksklusif FTR
4⃣ Paper Bag Exclusive FTR
5⃣ Kotak Exclusive
2 HADIAH MENARIK
1️⃣ Kelas Online Akademi Akhirah FB (Lifetime)
2️⃣ Kelas Online Support Group Telegram
Bukan tu je,
FREE GIFT MENARIK DECEMBER INI 👇🏼
🎁 1 Face mask FTR
🎁 2 E-Tiket Nak Upgrade Rezeki (NUR 2021)
Dengan pelaburan sekali seumur hidup! anda akan dapat lebih dari harga yang dilaburkan. Kami guide sampai berjaya insha'Allah 💪💪
Jika cikpuan/tuan mahu ubah hidup sekarang, saya sarankan jangan bertangguh lagi untuk dapatkan ilmu proven sukses ni segera.
Harga special offer RM 399 SAHAJA!
*Harga tak termasuk postage
Cikpuan/tuan nak teruskan pembayaran?
Klik link 👉🏼 www.wasap.my/60176645168/BantuSayaMiliki121FTR_SetA
06/12/2020
Nora Yusof
April 20, 2015 ·
Jika mahukan sesuatu, dapatkan secara terang-terangan dan bermaruah.
Buktikan kita tidak lemah. Kita boleh berusaha. Kita ada niat,
Kita ada hajat yang perlu kita tunaikan pada diri kita sendiri.
Jangan rendahkan nilai diri kita dengan meminta-minta kepada manusia.
Jika tidak mampu, maka bersabar dan berusaha sehingga mampu mendapatkannya dengan titik peluh sendiri diiringi dengan doa kepada ALLAH SWT.
Jika sudah tidak ada jalan setelah berusaha.
Maka ikhtiarkanlah jalan yang terbaik dengan alasan terbaik.
Saya s**a mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan sesuatu.
Bersungguh-sungguh belajar. Bersungguh-sungguh dalam segala hal. :)
Percayalah, dengan usaha, sampai masanya pasti ALLAH izinkan jua hajat kita dimakbulkan. Barangsiapa berdoa, ALLAH tidak akan biarkan tangan yang menadah doa itu kembali kosong melainkan dipenuhi kehendakknya.- Habib Ali Zaenal Abidin.
Sesungguhnya meminta-minta itu menyempitkan rezeki.
Saya baru free sikit-sikit dari kesibukan. Dua hari tak update status. Masa untuk berfesbuking.. :)
Nora Yusof.
.
KLIK~>www.formularezeki.com
Channel Telegram: https://t.me/JomTambahRezeki
Formula Tarik Rezeki Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta KEBERKATAN hidup di DUNIA dan AKHIRAT.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sahabat sekelian...
Apabila membasuh pinggan kita akan memiliki dua benda :
1 . Pinggan yg bersih.
2 . Tangan kita pun bersih .
Begitu jugalah dalam diri kehidupan kita, tatkala kita mengajak orang lain ke arah kebaikan kita sebenarnya turut membersihkan diri kita pada masa yg sama.
FB: https://www.facebook.com/TipsTambahRezeki/
Telegram Channel: https://t.me/JomTambahRezeki
BERSYUKUR setiap kali bangun pagi.
Contoh:
Alhamdulillah terima kasih Allah beri oxygen padaku.
Terima kasih untuk hari baru mu.
Terima kasih hidupkan aku lagi harini untuk beribadat kepadaMu.
Terima kasih dapat lihat wajah ibu/ayah/suami/adik beradik.
Terima kasih Allah atas ujian demam/selsema/batuk dan sebagainya.
Terima kasih Allah.
Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bila bersyukur tanda kita tiada sombong dalam diri. Bila bersyukur kita bergantung hidup dengan Allah semata.
Buka FTR Bab 4 Bonus 5 😇
Assalamualaikum Selamat pagi.
-Aifaa
Fb Page: https://www.facebook.com/TipsTambahRezeki/
Telegram Channel: https://t.me/TipsTambahRezeki
12/09/2020
Demi Masa ⏳
***
Allah memberi kita 86400 saat sehari..
Banyakkan masa?
Cuba kita tukarkan saat ini kepada duit?
Apa yang anda nak buat jika dapat duit sebanyak ini?
Gembirakan? Banyaknya DUIT!. Kena habiskan dalam satu hari p**ak tu. Esoknya dapat lagi. Jumlah yang sama.
Anda mesti habiskan duit sebanyak ini terus dalam masa sehari. Apa anda nak buat?
Betapa pemurahnya ALLAH beri banyak masa untuk kita. Tapi adakah sesaat itu kita bayar untuk berada denganNYA dan mengingatiNYA?
Dan adakah kita sesaat pun mengucapkan rasa terima kasih kepadanya?
Dia cuma minta 5 waktu sahaja sehari untuk bercinta dengannya, itupun janji terlambat tunai (tak tepat waktu), Cincai-cincai, 5 minit, SIAP! Apatah lagi nak dating overtime (solat sunat)? Betul Betul?
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh yang saling berpesan-pesan kepada kesabaran dan kebenaran" Al-ASR,
Tinggalkan dunia dan pergilah kepadaNYA, dia akan berikan kesenangan dunia dan akhirat kepada kita.
Kita sibukkan urusan dunia, tinggalkan DIA. maka dia beri kita susah supaya kita ingat dia. Kerana DIA maha tahu, tanpa DIA, kita takkan mampu berdiri sekalipun.
Kembalilah kepada yang asal. Siapa yang menjadikan segala dan semua ini?
Merintihlah, sujudlah, syukurlah kepadaNYA.
Tulisan ini sebahagian daripada ebook ke-5 saya.
Nora Yusof.
➡️ TELEGRAM:
➡️ FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/TipsTambahRezeki/
12/09/2020
Assalamualaikum. Selamat pagi 😊
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Barangsiapa yang menyakiti hati seseorang, walaupun ia bersungguh-sungguh dalam beribadah, maka kesungguhannya hanya dinikmati orang lain. Kebaikkan dan pahala ibadahnya untuk mereka yang disakitinya.”
[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz]
➡️ TELEGRAM:
➡️ FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/TipsTambahRezeki/
Hidayah tu camana?
"Hidayah tu adalah keinginan kita nak kembali kepada amal.
Contoh, macam kita tengah istirehat, tiba-tiba rasa nak baca Quran, tiba-tiba rasa nak datang solat kat masjid, tiba-tiba nak bagi masa sekejap untuk agama."
Hidayah ni mahal.
Mohonlah kat Allah selalu supaya kita dan semua orang sentiasa diberikan hidayah dan kekuatan untuk amal
-AjiYusop
Bersyukurlah...
page: https://www.facebook.com/TipsTambahRezeki/
Channel Telegram:
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Bangi
43000