16/07/2026
๐๐๐๐๐-๐๐ ๐๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ ๐๐๐ค๐๐ซ ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐ข๐๐ข๐ค ๐๐๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐
The 19th East Asia-Pacific Conference on Structural Engineering and Construction (EASEC-19) yang diadakan selama tiga hari di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur meraikan lebih 400 pakar dan penyelidik profesional kejuruteraan dari 24 buah negara dalam majlis EASEC-19 Conference Dinner.
Dalam majlis ini turut diadakan penyampaian EASEC-19 Excellence Awards Ceremony. Bagi kategori EASEC Young Researcher/ Engineer Award, anugerah ini dimenangi oleh Dr Shapyu Zhao dari Swinburne University of Technology, Australia dan Assoc Prof Haoran Zuo dari Tongji University, China.
Bagi kategori EASEC Best Young Researcherโs Paper Award p**a dimenangi oleh Tae-Kyung Kim, Mak Bunleang dan Chang-Su Shim dari Chung Ang University, Korea manakala kategori EASEC-19 Best Paper dimenangi oleh Xin Meng, Ben Weber, dan Leroy Gardner dari National University of Singapore, Singapura.
Majlis makan malam ini dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Akademik dan Penyelidikan), Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Zainal Amin Ayub dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Ismanizan Ismail.
EASEC-19 menjadi platform kepada pakar dan penyelidik profesional kejuruteraan untuk berkongsi ilmu, memperkukuh jaringan kerjasama serta meneroka inovasi baharu dalam bidang kejuruteraan struktur dan pembinaan mampan.
Bertemakan Advancing Sustainability in Structural Engineering and Construction Through Emerging Technologies, persidangan ini dapat mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab kejuruteraan struktur di rantau Asia-Pasifik, di samping mengeratkan jaringan kolaborasi antara universiti, industri dan badan profesional antarabangsa, serta menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi peneraju serantau dalam pembangunan infrastruktur yang mampan, inovatif dan berteknologi tinggi.