Intake Kolej Ungku Omar UKM Sesi 2019/2020

Intake Kolej Ungku Omar UKM Sesi 2019/2020

Share

Laman rasmi Kolej Ungku Omar untuk kemasukan Sesi 2019/2020. Segala informasi dan notis akan di pame

11/12/2025
Photos from Intake Kolej Ungku Omar UKM Sesi 2019/2020's post 11/12/2025

[DIRGAHAYU D.Y.M.M TUANKU]

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Pardus Conquer.

Kami warga Kolej Ungku Omar merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah Alhaj yang ke-80 pada
11 Disember 2025 bersamaan 20 Jumadilakhir 1447H.

Sembah takzim daripada Barisan Pentadbiran Kolej Ungku Omar, Barisan Majlis Felo, Barisan Majlis Eksekutif Pelajar dan seluruh warga Kolej Ungku Omar.

Daulat Tuanku.
Sekian, terima kasih.

10/12/2025

[SYABAS & TAHNIAH: GEMALAI RAMPAI]

Assalamualaikum dan Salam Pardus Conquer.

Tahniah diucapkan kepada para penari Permana Pardus atas persembahan bertenaga dan penuh seni sehingga berjaya meraih Tempat Ketiga dalam kategori Gemalai Rampai di Karnival Konvokesyen UKM Ke-53.

Persembahan ini bukan sahaja mempamerkan keindahan budaya, malah turut mengangkat martabat KUO di persada UKM. Semoga kejayaan ini terus menyinar dan memberikan inspirasi kepada warga kolej untuk terus melakar kecemerlangan! ✨💃

💜 Berpadu, Bertambah Mutu 💛

10/12/2025

[SYABAS & TAHNIAH: RENTAK POP]

Assalamualaikum dan Salam Pardus Conquer.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pasukan Permana Pardus atas kejayaan gemilang meraih gelaran JOHAN bagi kategori Rentak Pop di Karnival Konvokesyen UKM Ke-53!

Kemenangan ini menjadi bukti bahawa semangat kesungguhan, kreativiti dan kerjasama mampu menghasilkan kejayaan yang membanggakan. Semoga kejayaan ini terus mengharumkan nama KUO dan menjadi pemangkin untuk pencapaian yang lebih hebat pada masa hadapan! 🏆✨

💜 Berpadu, Bertambah Mutu 💛

10/12/2025

[SYABAS & TAHNIAH: SENADA CINTA]

Assalamualaikum dan Salam Pardus Conquer.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada wakil Permana Pardus atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam pertandingan Senada Cinta (Nyanyian Duet) sempena Karnival Konvokesyen UKM Ke-53.

Kejayaan ini membuktikan bahawa bakat seni mahasiswa/i Kolej Ungku Omar sentiasa menyerlah dan mampu bersaing hebat di pentas UKM. Semoga momentum kejayaan ini terus menjadi pembakar semangat untuk meraih lebih banyak kemenangan pada masa mendatang! 🎤✨

💜 Berpadu, Bertambah Mutu 💛

Photos from Intake Kolej Ungku Omar UKM Sesi 2019/2020's post 07/12/2025

[SYABAS & TAHNIAH: KOLEJ UNGKU OMAR]

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada Kolej Ungku Omar telah dianugerahkan Tempat Kerja Inklusif dan Mesra OKU (Kategori Kolej Kediaman), bersempena Sambutan Hari OKU Peringkat UKM tahun 2025.

Pencapaian ini merupakan manifestasi komitmen tinggi, disiplin, serta ketekunan seluruh warga KUO dalam mengangkat nama kolej dan universiti.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang. Terus maju, terus unggul. 💜✨

💜 Berpadu, Bertambah Mutu 💛

Photos from Intake Kolej Ungku Omar UKM Sesi 2019/2020's post 07/12/2025

[SYABAS & TAHNIAH: KELAB ENTROPARDUS! ]

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada Wakil Kelab EntroPardus, Kolej Ungku Omar atas kejayaan meraih Pingat Peran dalam Pertandingan Ekocipta Inovasi, sempena Karnival Konvokesyen UKM Ke-53.

Pencapaian ini merupakan manifestasi komitmen tinggi, disiplin, serta ketekunan pasukan dalam mengangkat nama kolej dan universiti. Kami berasa amat bangga dengan usaha gigih dan dedikasi yang telah ditunjukkan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang. Terus maju, terus unggul. 💜✨

💜 Berpadu, Bertambah Mutu 💛


Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kolej Ungku Omar, UKM
Bangi