20/08/2026
🌟 JOM JADI SAHABAT OKU UKM! 🌟
Ada masa, ada ruang untuk kita buat sesuatu yang bermakna. 💙
UPS-OKU bersama rakan-rakan strategik sedang membuka Pencarian Sukarelawan Sahabat OKU UKM kepada mahasiswa/i tipikal yang berminat untuk bersama-sama menyokong komuniti OKU di UKM.
🤝 Apa yang anda boleh dapat?
✨ Latihan disediakan
✨ Sijil penghargaan & merit I-STAR
✨ Peluang mengasah empati dan memupuk nilai murni
✨ Pengalaman berharga melalui aktiviti kesukarelawanan komuniti OKU
Tak perlu hebat, yang penting cakna, sedia membantu dan komited. ❤️
📲 DAFTAR SEKARANG!
Imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran.
📞 Sebarang pertanyaan, hubungi:
03-8921 4693 / 4694 / 4919 / 4920
Jom sama-sama bina kampus yang lebih inklusif, mesra OKU dan tanpa halangan. 🌱
CAKNA. SOKONG. PERKASA.