Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah-PEMIKIR

Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah-PEMIKIR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah-PEMIKIR, Educational Research Center, 1-11, 02, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi.
(1)

Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR) adalah sebuah badan kajian dan pendidikan yang meletakkan cita-cita untuk mengembalikan kegemilangan (tajdid) Peradaban Islam khususnya dalam bidang keilmuan.

Confronting the Western Epistemological Crisis: How the Mind-Body Dualism Fractured Modern ThoughtKepentingan epistemolo...
15/08/2026

Confronting the Western
Epistemological Crisis: How the Mind-Body Dualism Fractured Modern Thought

Kepentingan epistemologi, iaitu ilmu tentang bagaimana kita memahami dan mengesahkan kebenaran, kini berada di titik kritikal. Krisis modern thought hari ini berpunca daripada keretakan falsafah yang ditinggalkan oleh Thomas Aquinas dan René Descartes

- Bagaimanakah mind-body dualism oleh Descartes dan Aquinas mencetuskan epistemological crisis hari ini?

- Sejauh manakah tindakan memisahkan akal daripada pengalaman fizikal merosakkan cara kita membina ilmu dalam sains, perubatan, dan etika - Mengapakah epistemological crisis ini menyebabkan sistem pendidikan dan politik moden gagal merapatkan jurang ideologi?

Bersama kita membahas persoalan ini bersama panel

Dr Dayang Nurhazieqa Hamzani
Pensyarah, CASIS-UTM

Tempat : Perpustakaan Astaka Fikir, Bangi
Tarikh : 19 Ogos 2026
Hari : Rabu
Masa : 2.00 Petang

Jemput hadir buat semua

Alhamdulillah, pada awal bulan Jun 2026 yang lepas, penyelidik PEMIKIR Ust Amar Ismat diberi kesempatan untuk berkongsi ...
10/08/2026

Alhamdulillah, pada awal bulan Jun 2026 yang lepas, penyelidik PEMIKIR Ust Amar Ismat diberi kesempatan untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al Fateh mengenai Ancaman Pemikiran.

Bengkel ini merupakan siri kedua daripada modul Ancaman Pemikiran yang dibangunkan oleh Unit Kajian dan Modul Pemikiran PEMIKIR untuk bengkel di sekolah-sekolah.

Walaupun tajuk bengkel agak berat dan penuh dengan istilah teknikal, namun penyertaan semua pelajar amat menggalakkan.

Pertembungan yang berlaku antara tauhid dan taghut sering diutarakan. Pemahaman konteks tersebut dalam dunia moden terutamanya sebagai penghafal al-Quran adalah sangat penting.

Insha Allah, akan ada pelbagai lagi modul-modul peradaban dan pemikiran yang sedang dibangunkan di PEMIKIR untuk disebarluaskan di sekolah dan universiti.

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Kes Tikam di Sekolah: Kaji Semula Falsafah Pendidikan Gejala sosial dan salah laku dalam kalangan pelajar menunjukkan si...
24/07/2026

Kes Tikam di Sekolah: Kaji Semula Falsafah Pendidikan

Gejala sosial dan salah laku dalam kalangan pelajar menunjukkan sistem pendidikan negara kini mengalami krisis arah kerana terlalu menekankan kecemerlangan akademik. Keadaan ini berpunca daripada pelaksanaan pendidikan yang masih terpengaruh dengan orientasi Barat dan ekonomi neoliberal. Oleh itu, sistem pendidikan perlu kembali kepada falsafah asalnya untuk membentuk insan yang berilmu, berakhlak, dan seimbang.

Evolusi Orientalisme : Dari Arkib Ilmu ke Penjajahan MindaAdakah polemik pemikiran, gerakan liberalisasi, dan pertikaian...
17/07/2026

Evolusi Orientalisme : Dari Arkib Ilmu ke Penjajahan Minda

Adakah polemik pemikiran, gerakan liberalisasi, dan pertikaian autoriti agama yang melanda landskap sosiopolitik hari ini berlaku secara organik? Atau adakah ia merupakan manifestasi daripada rekayasa intelektual orientalisme yang telah berevolusi selama beratus-ratus tahun dari arkib kebudayaan Eropah?

Ketahui lebih lanjut perbincangan ini dengan mendapatkan buku Ancaman Pemikiran Pascamoden

Dapatkan sekarang naskah ini di Shopee dan TikTok Shop PEMIKIR.
——————————————
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Landskap Liberalisme di MalaysiaMutakhir ini, wujud golongan yang mempromosi pemikiran liberal di negara kita. Mereka be...
15/07/2026

Landskap Liberalisme di Malaysia

Mutakhir ini, wujud golongan yang mempromosi pemikiran liberal di negara kita. Mereka berusaha mentafsir semula Islam sesuai dengan kerangka pemikiran rasional dan logik tanpa mengambil kira keterangan wahyu dan tuntutan hadis Rasulullah SAW.

Adakah transformasi lanskap sosiopolitik domestik ini, yang menyaksikan asimilasi nilai-nilai sekularisme, kebebasan sivil, dan kesetaraan gender, merupakan satu evolusi semula jadi masyarakat moden, atau ia merupakan impak langsung daripada keberkesanan strategi soft power yang digerakkan oleh entiti liberal?

Ketahui lebih lanjut perbincangan ini dengan mendapatkan buku Ancaman Pemikiran Pascamoden

Dapatkan sekarang naskah ini di Shopee dan TikTok Shop PEMIKIR.
——————————————
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Evolusi Gerakan Feminisme di MalaysiaDalam wacana sosio-agama di Malaysia, penentangan terhadap feminisme biasanya bukan...
15/07/2026

Evolusi Gerakan Feminisme di Malaysia

Dalam wacana sosio-agama di Malaysia, penentangan terhadap feminisme biasanya bukan berpusat pada hak asas wanita (seperti pendidikan atau pekerjaan), tetapi lebih kepada kaedah gerakan ini mentafsir semula teks agama, menuntut kesamarataan mutlak yang bercanggah dengan syariat, dan advokasi terhadap kebebasan individu yang dilihat melampaui batas agama.

Apabila dekonstruksi feminisme beralih daripada sekadar menuntut keadilan hak sivil kepada mempersoalkan keadilan teks suci dan mengangkat standard piagam hak asasi manusia mengatasi ketetapan wahyu Allah SWT, bagaimanakah institusi pendidikan dan keluarga Muslim harus bertindak?

Ketahui lebih lanjut perbincangan ini dengan mendapatkan buku Ancaman Pemikiran Pascamoden

Dapatkan sekarang naskah ini di Shopee dan TikTok Shop PEMIKIR.
——————————————
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Humanisme Dan Kesannya Kepada Jati Diri UmmahHumanisme secara prinsipnya meletakkan nilai, akal, dan kehendak mutlak man...
15/07/2026

Humanisme Dan Kesannya Kepada Jati Diri Ummah

Humanisme secara prinsipnya meletakkan nilai, akal, dan kehendak mutlak manusia sebagai paksi utama dalam segala keputusan sivil dan moral, secara langsung menafikan autoriti wahyu serta peranan ketuhanan dalam mencorakkan sistem kehidupan.

Jadi adakah krisis moral dan kegawatan sosial yang sedang melanda masyarakat hari ini merupakan isu domestik yang terpencil, atau ia sebenarnya adalah manifestasi nyata daripada doktrin humanisme global yang secara halus mencabut pasak tauhid dalam kehidupan?

Ketahui lebih lanjut perbincangan ini dengan mendapatkan buku Ancaman Pemikiran Pascamoden

Dapatkan sekarang naskah ini di Shopee dan TikTok Shop PEMIKIR.

Shopee
https://my.shp.ee/DX6zTVjQ

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZS9JJkMDWvoMr-iriKs/
——————————————
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Aplikasi Golongan Liberal Terhadap ‘Living Hadis’Kedudukan hadis sebagai sumber kedua selepas al-Quran telah diganggu ol...
08/07/2026

Aplikasi Golongan Liberal Terhadap ‘Living Hadis’

Kedudukan hadis sebagai sumber kedua selepas al-Quran telah diganggu oleh penggerak liberal yang berusaha menyelewengkan pemaknaan sebenar hadis di atas kepentingan diri sendiri.

Adakah transformasi konsep Living Hadis—yang asalnya digagas sebagai metodologi kontekstualisasi amalan tradisi—kini telah diselewengkan sebagai instrumen ideologis untuk merombak parameter syariah demi melestarikan agenda globalisasi dan sekularisme Barat?

Ketahui lebih lanjut perbincangan ini dengan mendapatkan buku Ancaman Pemikiran Pascamoden

Dapatkan sekarang naskah ini di Shopee dan TikTok Shop PEMIKIR.
——————————————
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Evolusi Gerakan Liberalisme Di Malaysia : Kronologi Ancaman terhadap Identiti IslamLiberalisme merupakan usaha sistemati...
01/07/2026

Evolusi Gerakan Liberalisme Di Malaysia : Kronologi Ancaman terhadap Identiti Islam

Liberalisme merupakan usaha sistematik untuk mencairkan identiti Muslim dengan mengasimilasikan kerangka pemikiran Barat sebagai asas epistemologi.

Gerakan ini melakukan reorientasi dan tafsiran semula terhadap ajaran Islam berasaskan rasionalisme dan logik, dengan mengetepikan autoriti wahyu (Al-Quran) dan tuntutan Hadis.

Adakah ia berlaku secara kebetulan, atau ia sebenarnya sebuah agenda yang telah dirancang ratusan tahun dahulu?

Ketahui lebih lanjut perbincangan ini dengan mendapatkan buku Ancaman Pemikiran Pascamoden

Dapatkan sekarang naskah ini di Shopee dan Tok Tik Shop PEMIKIR.

——————————————
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Sanggar Kerja Felo PEMIKIR 2026Baru ini telah dianjurkan sesi Sanggar Kerja 2026 dikalangan kumpulan Felo Pengkaji dibaw...
22/06/2026

Sanggar Kerja Felo PEMIKIR 2026

Baru ini telah dianjurkan sesi Sanggar Kerja 2026 dikalangan kumpulan Felo Pengkaji dibawah Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR). Pelbagai topik dibahaskan meliputi gerak kerja ke hadapan serta perbahasan kepentingan membina keilmuan hingga membentuk sekolah pemikiran dalam membangun peradaban masa hadapan.

Antara perkara yang didiskusikan adalah berkenaan peranan falsafah ilmu sebagai asas dalam membina kembali peradaban Islam. Ia bertitik tolak daripada memahami realiti ketamadunan Barat yang mencengkam ummah pada hari ini, kepincangan itu tidak sekadar terbit daripada kefasadan kepimpinan atau kerosakan sistem sedia ada tetapi lebih mendasar iaitu dikotomi falsafah ilmu Barat yang mendasari.

Maka hanya melalui falsafah ilmu yang bersepadu meliputi kesemua sumber ilmu membolehkan insan memahami segala perkara berpaksikan kebenaran. Politik, ekonomi, kebudayaan, perundangan dan sebagainya perlu difahami secara benar barulah ia boleh membawa kepada maslahah insaniyyah yang ingin dicapai dibaliknya.

Usaha melakukan perubahan melalui jalan membina pemikiran ini bukanlah jalan yang mudah, ia menuntut juhud yang mendalam, ketajaman akal fikiran serta ketulusan jiwa. Inilah yang difahami dari makna hidayah, petunjuk iaitu mengeluarkan kemanusiaan daripada kegelapan kejahilan kepada cahaya keilmuan.

Moga usaha kecil PEMIKIR ini menjadi agenda besar ummah keseluruhannya dalam kita melakukan perubahan. Ia mesti bermula dengan ummah dikeluarkan daripada rangka pemikiran Barat dan berdiri atas manhaj keilmuan tersendiri dalam menaggapi realiti.

MENJUNJUNG ILMU MEMBANGUN PERADABAN

Address

1-11, 02, Jalan Medan Pusat Bandar 7
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 17:00

Telephone

+601131371737

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah-PEMIKIR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah-PEMIKIR:

Shortcuts

Share