Dhaifina Kids Bonding Centre - Seksyen 3 Bangi

Dhaifina Kids Bonding Centre - Seksyen 3 Bangi

Share

Dhaifina KBC, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi Dhaifina Kidsbonding Centre - Seksyen 3 Bandar Baru Bangi - Baby Care , Childcare, Playschool & Pre School

05/06/2026

Potty Training Bukan Perlumbaan — Ia Proses Perkembangan Anak ✨🚽

Setiap anak ada “timing” mereka sendiri ❤️
Ada yang cepat faham… ada yang perlukan lebih masa dan sokongan.

Potty training biasanya mula berkembang antara umur 18 bulan hingga 3.5 tahun — bukan sekadar “3 hari terus pandai”, tetapi proses anak belajar memahami signal badan mereka sendiri 😊

👶 Tanda anak mungkin sudah bersedia:
✔️ Lampin kering lebih 2 jam
✔️ Mula tunjuk minat pada tandas
✔️ Faham arahan mudah
✔️ Beritahu bila nak buang air
✔️ Tak selesa bila lampin kotor

Di KBC, kami bantu anak melalui proses ini dengan:
💛 Kesabaran & galakan positif
💛 Rutin yang konsisten
💛 Pendekatan lembut tanpa memaksa
💛 Sokongan emosi supaya anak lebih yakin

Kerana kami percaya…
Anak belajar lebih baik bila mereka rasa selamat, tenang & dihargai 🌈

📞 Hubungi kami untuk pertanyaan & pendaftaran:
012-338 1051 / 011-1024 1051

03/06/2026

SELAMAT KEMBALI KE KBC ANAK-ANAK KAMI! 💛
Selepas cuti panjang, ramai anak-anak kembali ke KBC dengan pelbagai cerita dan pengalaman menarik.
Ada yang seronok bercuti jauh bersama keluarga 🚗
Ada yang makan macam-macam juadah kegemaran 🍔🍟🍦
Ada yang tidur lewat dan rutin harian sedikit berubah 😴

Apabila kembali ke taska dan tadika, ada anak-anak yang mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri semula. Ada yang meragam, kurang selera makan, cepat letih atau emosi mereka sedikit berbeza daripada biasa.

Itulah cabaran yang perlu kami hadapi setiap kali selepas musim cuti.

Namun sebagai pendidik dan pengasuh, kami faham. ❤️
Di KBC, kami akan melayan setiap anak dengan penuh kesabaran, kasih sayang dan perhatian sehingga mereka kembali selesa dengan rutin harian mereka.

Kerana bagi kami, setiap anak bukan sekadar dijaga...
Mereka disayangi seperti anak kami sendiri. 💛

Selamat kembali ke KBC. Mari kita mulakan semula perjalanan pembelajaran, permainan dan perkembangan yang menyeronokkan bersama-sama.

📲 Untuk pertanyaan slot:
🟢 WhatsApp Teacher Mas:
💬 011-1024 1051

🟢 WhatsApp Teacher Ju:
💬 012-338 1051

25/05/2026

Aktiviti bayi
➖️➖️➖️➖️

🎨 Cermin dan diri saya 🪟
➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️

⭐Bahasa: Mendengar sebutan nama anggota badan dan perkataan mudah.
⭐Sosial emosi: Membina keyakinan serta mengenali diri.
⭐Deria dan sensori: Melihat refleksi dan memberi tindak balas terhadap rangsangan visual.
⭐Perkembangan fizikal: Menggerakkan tangan untuk menyentuh cermin dan wajah sendiri.

24/05/2026

CUTI SEKOLAH TAK SEMESTINYA KENA BELANJA BESAR 💛

Kadang-kadang… anak bukan nak pergi tempat mahal pun.
Mereka cuma nak:
👨‍👩‍👧‍👦 ibu ayah duduk bersama
😂 gelak sama-sama
🍿 tengok movie sama-sama
🧺 picnic depan rumah pun dah cukup bahagia

Di KBC, kami percaya:
✨ “Masa berkualiti” lebih mahal nilainya dari duit.

Cuti sekolah ni cuba luangkan masa dengan anak-anak walaupun simple.
Memori kecil hari ini… akan jadi kenangan besar bila mereka dewasa nanti ❤️

Antara aktiviti simple yang boleh dibuat:
🎬 Movie night family
⛺ Camping dalam rumah
🎨 DIY art & craft
💦 Main air percuma
🍞 Masak simple bersama
📖 Story time & role play

Anak tak ukur bahagia dengan kemewahan.
Mereka ukur dengan kasih sayang & kehadiran ibu ayah ❤️










22/05/2026

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN SOSIOEMOSI
➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️

AKTIVITI : MEMETIK DAUN 🌿

📌 Mengukuh bahasa
📌 Komunikasi 2 hala
📌 Mengukuh motor halus
📌 Meningkat tahap kognitif
📌 Meningkatkan sosioemosi

Photos from Dhaifina Kids Bonding Centre - Seksyen 3 Bangi's post 22/05/2026

PERKEMBANGAN FIZIKAL & SOSIEMOSI
➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️

JOM CARI CACING 🪱
➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️

✅️ Meransang motor halus - memegang skop atau pengepit.
✅️ Fokus - dipertingkatkan
✅️ Koordinasi jari dan mata - diperkukuh
✅️ Sosio emosi diransang
✅️ Memahami arahan dan mengukuh bahasa

22/05/2026

PERKEMBANGAN FIZIKAL & ESTETIKA , SOSIOEMOSI
➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️

Jom Cari Cacing !🪱

🎯Objektif Fokus
✨ Kanak-kanak dapat menggunakan jari untuk memegang,mengambil dan memasukkan objek ke dalam cawan.

🎯Objektif Hubung Jalin
✨Kanak-kanak dapat meneroka tekstur bahan menggunakan jari dan tangan.
✨Kanak-kanak dapat merangsang rasa ingin tahu dan meneroka bahan sensori dengan perasaan yang seronok dan ingin mencuba.

20/05/2026

PERKEMBANGAN KREATIVITI & ESTETIKA
➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️

Watermelon Fan 🍉
➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️

Objektif Fokus 🎯
✨ Kanak-kanak dapat mengekpresikan imaginasi dan kreativiti melalui aktiviti seni kreatif.

➖Objektif Hubung Jalin➖
✨Kanak-kanak dapat memberi perhatian dan fokus dalam jangka masa pendek semasa melakukan aktiviti seni yang menyeronokkan.
✨️ Mengukuh motor halus menerusi pegangan cotton bud semasa melukis biji tembikai
✨Kanak-kanak dapat mengenal pelbagai jenis warna seperti merah, hijau dan hitam

Photos from Dhaifina Kids Bonding Centre - Seksyen 3 Bangi's post 20/05/2026

📌 Aktiviti Permata Baby

PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK
➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️
📍 Cari Bentuk Dalam Beras

Objektif Utama:

⭐ Bayi dapat mengenal dan mencari bentuk yang berbeza semasa aktiviti penerokaan dijalankan.

Objektif Hubung Jalin:

⭐ Bayi dapat menggunakan tangan untuk menyentuh dan menggenggam bahan di dalam beras.

⭐ Bayi dapat merangsang deria sentuhan melalui penerokaan tekstur beras semasa aktiviti dijalankan

19/05/2026

PEMAKANAN SIHAT BUKAN PERKARA KECIL 🍱
Ramai ibu ayah ambil ringan soal makan minum anak-anak.
Asal kenyang, dianggap cukup.

Tetapi hakikatnya…
pemakanan yang baik memainkan peranan besar dalam perkembangan otak, emosi, fokus dan kesihatan anak-anak setiap hari. 💛

Di KBC, pemakanan sihat adalah KEUTAMAAN kami.

✅ Menu disusun dengan teliti
✅ Mengikut standard yang ditetapkan oleh JKM & KKM
✅ Seimbang dan sesuai dengan keperluan kanak-kanak
✅ Kurangkan makanan ringan & minuman tinggi gula
✅ Penyediaan makanan yang bersih dan terjaga

Kami percaya anak yang makan dengan baik akan:
🌟 Lebih aktif
🌟 Lebih fokus belajar
🌟 Lebih ceria
🌟 Membesar dengan sihat dan kuat

Di KBC, kami bukan sekadar menjaga anak…
kami membantu membina gaya hidup sihat sejak kecil. 💛

📲 Tempahan slot & pertanyaan:
💬 011-1024 1051 (Teacher Mas)
💬 012-338 1051 (Teacher Ju)

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No. 1, Jalan 3/74, Seksyen 3 Tambahan
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 06:00 - 18:00
Tuesday 06:00 - 18:00
Wednesday 06:00 - 18:00
Thursday 06:00 - 18:00
Friday 06:00 - 18:00
Saturday 06:00 - 13:00
Sunday 06:00 - 13:00