14/01/2022
Jom sertai kami dalam sesi perkongsian berkaitan:
1) Urban Astronomy: Anda tanya, Planetarium Jawab, dan
2) sesi cerapan langit malam Kuala Lumpur
yang dibawa khas dari Planetarium Negara .
09/01/2022
Jom ikuti perkongsian alumni kursus LMCR1562 dengan tajuk 'Drone dan Kerjaya IR4.0' pada 11 Januari 2022, 8.30pm di Facebook Citra 4.0.
14/12/2021
15 Februari 2013 merupakan detik yang mengejutkan bagi penduduk bandar Chelyabinsk Russia, apabila sebuah asteroid sebesar sebuah rumah telah memasuki ruang udara bandar tersebut dan menghasilkan letupan yang sangat kuat di atmosfera.
Magnitud letupan yang terhasil itu bersamaan dengan 20 kali ganda bom atom Hiroshima dan telah menyebabkan kerosakan pada bangunan dan sebagainya.
Jom ikut perkongsian “An Evening in Moscow – Asteroid Experience” pada 15 Disember 2021, jam 3.00pm di Facebook Planetarium Negara.
16/06/2021
Alhamdulillah dan tahniah kepada semua..
Kursus LMCR3482 : E-Sukan memenangi pingat Emas dan kursus LMCR1562 : Dron memenangi pingat Perak dalam International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2021, kategori Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL).
Mewakili warga Citra 4.0, kami mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua pelajar dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti-aktiviti kami.
Kejayaan ini, kejayaan kita bersama.. 💪