03/08/2025
[JEJAK BORNEO DI BAWAH BAYU]
Pada 24 hingga 28 Julai 2025, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2024/2025 telah melaksanakan Program Jejak Borneo di Bawah Bayu. Program ini merupakan sebuah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilakukan di Kampung Numbak, Sabah.
Program ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk berbakti kepada komuniti melalui pembinaan sebuah jambatan serta laluan gajah yang menghubungkan kawasan kampung ke Masjid Nur Iman.
Program ini turut mendapat tajaan dan sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Yayasan Taqwa, Majlis Felo Kolej Keris Mas, Kesatuan Mahasiswa UKM, Koperasi Siswazah Ekonomi Sdn. Bhd., Yayasan Perkasa Siswa, dan Hal Ehwal Pelajar UKM.
Program ini turut dihadiri oleh dua orang wakil Yang Berhormat Timbalan Menteri (YBTM), iaitu Encik Jasni Dulis, Pegawai Khas Pejabat Parlimen dan Encik Rafee Jeffry, Setiausaha Sulit bersama Ketua Kampung Numbak yang turut memberikan sokongan penuh sepanjang pelaksanaan projek.
Diharapkan usaha ini dapat memberi manfaat berterusan kepada penduduk kampung, terutamanya dari segi kemudahan dan keselamatan. Semoga hubungan antara mahasiswa dan masyarakat terus terjalin erat, dan nilai keprihatinan serta tanggungjawab sosial terus disemai dalam diri generasi muda.
Program ini bukan sekadar pengalaman, tetapi satu bentuk pelaburan nilai kemanusiaan yang akan terus membentuk jiwa-jiwa mahasiswa sebagai pemimpin masa hadapan.