KELAB TOMOI GAJAH HUTAN

KELAB TOMOI GAJAH HUTAN

Share

🥊🥊Martial art Toi Muay Boran🥊🥊
🐘 Permainan Sembilan Anggota 🐘
PPM-002-10-21082024
Since 2017

29/04/2026

🔥 SEMEMNYIH / KAJANG / BANGI
BERSIAP SEDIA 🔥

Gelanggang bakal dibuka.Bukan sekadar gym… ini tempat lahirnya jiwa pejuang.

KELAB TOMOI GAJAH HUTAN (KTGH)akan membuka tirai di daerah Semenyih.

Di sini, kita bukan hanya belajar bertarung…kita belajar bertahan, melindungi diri, keluarga & maruah.

🥊 Latihan:

Muay Thai
Muay Boran (tradisional)
Self Defense (diutamakan)

Untuk yang benar” mahu berubah, dari biasa jadi kental, dari lemah jadi berani..

Kami jemput semua lelaki, wanita, anak muda…yang ada semangat pahlawan dalam diri 🤜🏽🤛🏽

💥 Bangkit. Berlatih. Bertahan.

📍 Sekitar Semenyih (lokasi akan diumumkan)📲 Untuk maklumat lanjut:
Abg Zam Tomoi - 0193053371 (Pengurus KTGH)
Cikgu Anwar Tomoi - 0166464153 (C.A.T)
Boy Capone Tomoi - 0137747327 (Setiausaha KTGH)
KTGH bukan untuk yang manja…tapi untuk yang bersedia jadi pejuang

15/04/2026

🇲🇾 JEMPUTAN RUMAH TERBUKA 🇹🇭
KELAB TOMOI GAJAH HUTAN (KTGH) 🐘🔥

Dengan penuh rasa syukur dan ukhuwah,
kami menjemput semua sahabat, keluarga & fighter
ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KTGH.

📍 Lokasi: Gelanggang KTGH
📅 Tarikh: 18/04/2026 (29 Syawal 1447H)
⏰ Masa: 8.30 Malam

🥊 Kelab Tomoi Gajah Hutan 🐘
Garang di gelanggang, santun di hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin ✨




14/03/2026

Alhamdulillah…
Selesai sudah Majlis Iftar bersama keluarga Kelab Tomoi Gajah Hutan (KTGH).
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan tahlil, memohon keberkatan serta kekuatan buat semua fighter dan sahabat seperjuangan.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis.
Malam ini bukan sekadar berbuka puasa, tetapi mengeratkan ukhuwah dalam satu keluarga perjuangan.

Pohon teguh di tengah rimba,
Pukulan tomoi mencengkam bumi.
Bangsa Melayu jangan berbeza,
Bangkit bersatu kuatkan diri.

🐘 Kelab Tomoi Gajah Hutan
Satu gelanggang.
Satu keluarga.
Satu perjuangan.

🐘🥊🔥

04/03/2026

JEMPUTAN IFTAR BERSAMA
KELAB TOMOI GAJAH HUTAN

Dengan penuh rasa syukur dan ukhuwah,
pihak Kelab Tomoi Gajah Hutan menjemput semua
supporters, sahabat handai dan keluarga besar KTGH
untuk sama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa.

🗓 Tarikh: 13/03/2026
📅 Bersamaan: 23 Ramadhan 1447H

Majlis ini bukan sekadar berbuka puasa,
tetapi untuk mengeratkan silaturrahim,
menguatkan semangat satu pasukan
serta berkongsi hala tuju dan sasaran baharu kelab.

👔 Tema Pakaian:
Lelaki – Baju Melayu
Wanita – Baju Kurung / Pakaian yang bersopan

Semoga dengan kehadiran semua,
majlis ini lebih bermakna dan diberkati.

“Satu Pasukan, Satu Jiwa.” 🐘🥊🔥

18/02/2026

Tahniah Fighter Aqhil Tanker
Bawa pulang Gold Medal

Menang dgn TKO

16/02/2026

Full Game !! Fighter Kelab Tomoi Gajah Hutan
Along KTGH

Kami dengan rendah hati memohon jasa baik rakan² fighter dan komuniti di luar sana untuk memberikan pandangan serta komen membina buat fighter kami, Along KTGH.

Setiap teguran dan pendapat yang diberikan amat kami hargai dan akan dijadikan sebagai pelajaran serta ruang penambahbaikan untuk terus berkembang menjadi lebih baik.

Terima kasih atas sokongan dan ilmu yang dikongsikan. 🥊🔥

11/02/2026

Swaadeekrup🙏🏼
Latihan Tomoi 10/02/26
Tomoi training on till Thursday. We’re sharpening the fighters, getting everyone locked in for the KL Fighter Game on 14 & 15 February. No play, only work. 🥊💪

06/02/2026

🔥 FIGHTER KTGH 🔥

1️⃣ Along KTGH
2️⃣ Aqhil KTGH

Kedua² fighter akan berentap di KL Fight yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 14–15 Februari 2026.
Sekiranya berkelapangan, ayuh sama² hadir dan berikan sokongan padu kepada fighter KTGH yang akan berentap di pentas KL Fight. 🐘🥊🔥

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kelab Tomoi Gajah Hutan (Bangi Lama), Kelab Tomoi Gajah Hutan (Selayang Kg Bendahara)
Bangi
43000

Opening Hours

Monday 21:30 - 22:30
Tuesday 21:30 - 00:00
Wednesday 21:30 - 22:30
Thursday 21:30 - 00:00
Friday 21:30 - 00:00
Saturday 21:30 - 00:00