PERTADI UKM

PERTADI UKM

Share

Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UKM (PERTADI UKM) telah ditubuhkan pada 15 Ogos 1977

Linktree PERTADI
https://linktr.ee/pertadiukm

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026
kepada seluruh warga UKM dan rakyat Malaysia 🇲🇾

Setiap usaha yang dicurahkan dan setiap cabaran yang ditempuhi adalah asas kepada kekuatan dan kemajuan negara.

Hari ini, kita bukan sekadar meraikan pekerjaan, tetapi menghargai insan di sebalik setiap kejayaan.
Daripada barisan hadapan hingga ke sokongan di belakang tabir, anda semua merupakan nadi pembangunan Malaysia.

Teruskan melangkah dengan semangat, dedikasi dan integriti dalam setiap amanah yang dipikul.

“Pekerja Madani, Kesuma Bangsa”
Bersama kita membina masa depan yang lebih sejahtera.

Ikhlas daripada,
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI)
Universiti Kebangsaan Malaysia



11/03/2026

TAZKIRAH RAMADAN PERTADI

Assalamualaikum w.b.t

Tuan/Puan,

Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI) akan menganjurkan Tazkirah Ramadan seperti ketetapan berikut:

🕌Penceramah : Dr. Ahmad Irdha Mokhtar, Fakulti Pengajian Islam UKM
🗓Tarikh : 12 Mac 2026 (Khamis)
⏰Masa : 9.00 – 11.00 pagi
💻Platform : Zoom Meeting - https://ukm-edu-my.zoom.us/j/96634501052?pwd=ta2xFMxUim9aktMiee2SotemgfrYPq.1
📺Live Streaming di FB PERTADI

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk bersama-sama menghadiri dan mengimarahkan program ini. Semoga melalui perkongsian ilmu ini, kita dapat memperkukuh keimanan serta menghayati Ramadan sebagai bulan perubahan dan bulan Al-Quran.

Penyertaan akan direkodkan di Urusbakat.

Penglibatan dan sokongan tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Salam hormat
Exco Kebajikan & Tanggungjawab Sosial PERTADI

Photos from PERTADI UKM's post 10/03/2026

🌙 Program Bubur Lambuk Berlangsung Dengan Meriah 🌙

Alhamdulillah, Program Bubur Lambuk anjuran warga Bangunan Pusat Pengurusan Akademik dengan kerjasama PERTADI telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mac 2026 di perkarangan Pusat Pengurusan Akademik UKM.

Program yang bermula seawal 7.30 pagi hingga 4.00 petang ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga PPA & sukarelawan PERTADI yang hadir untuk bergotong-royong menyediakan bubur lambuk serta berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya warga Perpustakaan Lingkungan Ke-2, Akademik UKM, Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Hasil atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini dapat terus mempereratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga universiti.

✨ Ilmu, Mutu dan Budi




05/03/2026

PERTADI UKM merakam setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Ir. Mohamad Shahril Hussain di atas kejayaan beliau dalam Pendaftaran Jurutera Profesional Bertauliah di Asia dan Lulus berkuat kuasa pada 25 Februari 2026.

Ikhlas daripada
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI)
Universiti Kebangsaan Malaysia




05/03/2026

PERTADI UKM merakam setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Siti Nora Mhd, Isa atas pelantikan sebagai Felo Bestari (Pemerkasaan Kompetensi) Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) berkuat kuasa pada 1 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2027.

Ikhlas daripada
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI)
Universiti Kebangsaan Malaysia




18/02/2026

🌟 Bulan penuh rahmat, keampunan dan keberkatan telah tiba.

Marilah kita manfaatkan Ramadan ini dengan memperbanyakkan amal, memperkukuh ukhuwah dan menyucikan hati.

Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak 1447H 🌙
19 Februari 2026 | 1 Ramadan 1447H

Ikhlas daripada,
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI)
Universiti Kebangsaan Malaysia




16/02/2026

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026

Semoga Tahun Baharu ini membawa sinar kebahagiaan, kemakmuran, dan kejayaan yang berpanjangan kepada seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seiring dengan ketibaan Tahun Kuda, marilah kita sebagai penggerak pentadbiran terus melangkah dengan ketangkasan dan semangat yang kental dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Semoga tahun ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuh perpaduan, menyemarakkan semangat kebersamaan, dan membudayakan kecemerlangan demi merealisasikan aspirasi Ilmu, Mutu dan Budi.

Ikhlas daripada,
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI)
Universiti Kebangsaan Malaysia




19/01/2026

PERTADI UKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah Pn. Hir Yanti Md Tahir atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Instrumentasi & Perkhidmatan Makmal, Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM (ALAF-UKM) berkuat kuasa 15 Januari 2026.

Ikhlas daripada warga PERTADI UKM




16/01/2026

Selamat Menyambut Israk Mikraj ✨

Semoga peristiwa agung Israk Mikraj ini menjadi peringatan untuk kita memperkukuh iman, memperhalus akhlak dan memperteguh hubungan dengan Allah SWT.

Ikhlas daripada
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI)
Universiti Kebangsaan Malaysia




14/01/2026

PERTADI UKM merakam setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas pengurniaan Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S) yang membawa gelaran Dato’ sempena Hari Keputeraan yang ke-78, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 14 Januari 2026 bersamaan 24 Rejab 1447H.

Ikhlas daripada
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI)
Universiti Kebangsaan Malaysia




01/01/2026

✨ Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026 ✨

Semoga tahun baharu ini membuka lembaran kejayaan yang lebih gemilang, dipenuhi azam baharu, semangat perpaduan dan kecemerlangan berterusan.

Ikhlas daripada
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI)
Universiti Kebangsaan Malaysia




Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00