01/05/2026
Selamat Hari Pekerja 2026
kepada seluruh warga UKM dan rakyat Malaysia 🇲🇾
Setiap usaha yang dicurahkan dan setiap cabaran yang ditempuhi adalah asas kepada kekuatan dan kemajuan negara.
Hari ini, kita bukan sekadar meraikan pekerjaan, tetapi menghargai insan di sebalik setiap kejayaan.
Daripada barisan hadapan hingga ke sokongan di belakang tabir, anda semua merupakan nadi pembangunan Malaysia.
Teruskan melangkah dengan semangat, dedikasi dan integriti dalam setiap amanah yang dipikul.
“Pekerja Madani, Kesuma Bangsa”
Bersama kita membina masa depan yang lebih sejahtera.
Ikhlas daripada,
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI)
Universiti Kebangsaan Malaysia