21/05/2026
Sains dan teknologi bukan sekadar untuk industri, tetapi satu amanah untuk dikongsi bersama generasi masa depan.
Kumpulan KIK PRESTIJ dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, FKAB telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan sesi perkongsian ilmu (Knowledge Sharing) mengenai Projek KIK: Pengujian Komponen Litar Bersepadu (IC Testing) bersama beberapa buah universiti tempatan di Malaysia.
Dalam era mikroteknologi yang semakin pesat, pengujian komponen Litar Bersepadu (IC) adalah 'jantung' kepada rantaian bekalan elektronik. Melalui projek KIK ini, Kumpulan Prestij bukan sahaja berjaya meningkatkan kecekapan operasi pengujian, malah membawa inovasi ini keluar untuk dimanfaatkan oleh para pensyarah, penyelidik, dan mahasiswa.
Kumpulan Prestij ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada:
Pihak Pengurusan UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka)
Pihak Pengurusan UniKL BMI (British Malaysian Institute)
Khasnya kepada Dekan, Ketua Jabatan serta seluruh kakitangan akademik, pelaksana dan pelajar yang telah memberikan sambutan yang luar biasa, ruang, dan kerjasama erat sepanjang program ini berlangsung.
Sokongan daripada pihak tuan/puan membuktikan komitmen tinggi universiti dalam menyokong budaya inovasi tempatan. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi dan manfaat kepada para pensyarah, penyelidik, dan mahasiswa di kedua-dua kampus.
Sama-sama kita pacu inovasi teknologi negara ke tahap yang lebih tinggi.