Pusat Perumahan Pelajar UKM

Pusat Perumahan Pelajar UKM PUSAT PERUMAHAN PELAJAR UKM

🌙 *SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1448H* 🌙*“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yan...
24/08/2026

🌙 *SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1448H* 🌙

*“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”*
— Surah al-Ahzab, 33:21

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati akhlak dan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan menjadi inspirasi dalam membentuk insan yang berakhlak mulia, penyayang dan amanah.

*Salam Maulidur Rasul 1448H.* 🤍



PELAWAAAN SEBUT HARGA KERJAKERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KEROSAKAN DI PANGSAPURI UKM SEKSYEN 3,BANGI,SELANGOR DARUL EHSANTari...
18/08/2026

PELAWAAAN SEBUT HARGA KERJA

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KEROSAKAN DI PANGSAPURI UKM SEKSYEN 3,BANGI,SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh Lawatan Tapak : 27 OGOS 2026 (KHAMIS)
Masa Lawatan Tapak : 10.30 PAGI
Tempat Lawatan Tapak : DI BILIK MESYUARAT PUSAT PERUMAHAN PELAJAR
Tarikh Jualan Dokumen :27 OGOS 2026 HINGGA 09 SEPTEMBER 2026
Tarikh Tutup Sebut Harga : 10 SEPTEMBER 2026

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRANPusat Perumahan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi uc...
17/08/2026

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN

Pusat Perumahan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada:

YBhg. Prof. Ts. Dr. Hj. Norinsan Kamil Othman
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Universiti Kebangsaan Malaysia

Semoga YBhg. Prof. sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki yang berkat, serta terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin serta memperkasa agenda pembangunan mahasiswa dan alumni UKM.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Ikhlas daripada
Warga Pusat Perumahan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Kol. (K) Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor Universiti Kebangsaa...
14/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Kol. (K) Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas penganugerahan pangkat Kolonel Kehormat (Komandan PALAPES UKM) sempena Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela, Pegawai Kanan Tauliah Kehormat dan Pegawai Tauliah Baharu Askar Wataniah yang telah berlangsung pada 14 Ogos 2026.

Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan kepimpinan berterusan dalam memperkukuh kecemerlangan UKM.

Tulus ikhlas daripada,
Warga Pusat Perumahan Pelajar



Pusat Perumahan Pelajar (PPP-UKM) ingin mengucapkan tahniah kepada YBrs. Dr. Murni Nazira Sarian atas pelantikan sebagai...
13/08/2026

Pusat Perumahan Pelajar (PPP-UKM) ingin mengucapkan tahniah kepada YBrs. Dr. Murni Nazira Sarian atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Kepimpinan), Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia yang berkuatkuasa mulai 14 Ogos 2026.

Semoga YBrs. Dr. Murni Nazira Sarian diberikan kemudahan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diamanahkan, serta terus cemerlang dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ikhlas daripada Pusat Perumahan Pelajar (PPP-UKM).



IKLAN JAWATAN KOSONG Kami ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan ...
05/08/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG

Kami ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pusat Perumahan Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jawatan yang ditawarkan:
Pembantu Tadbir N1 (Kontrak)

Tarikh Buka Iklan : 5 Ogos 2026
Tarikh Tutup Iklan : 11 Ogos 2026

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut :
https://forms.gle/fNRZGNbCrTD69eEs7





Sekalung Penghargaan dan Setinggi-tinggi Terima KasihWarga Pusat Perumahan Pelajar merakamkan setinggi-tinggi penghargaa...
04/08/2026

Sekalung Penghargaan dan Setinggi-tinggi Terima Kasih

Warga Pusat Perumahan Pelajar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan atas segala khidmat bakti, sumbangan dan jasa sepanjang menjalankan amanah sebagai Ketua Pegawai Digital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Semoga segala usaha dan dedikasi yang dicurahkan menjadi amal jariah serta dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kejayaan yang berterusan.

Ikhlas daripada
Warga Pusat Perumahan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia



Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Mohd Juzaiddin Ab. Aziz atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Digi...
04/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Mohd Juzaiddin Ab. Aziz atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Digital Universiti Kebangsaan Malaysia (CDO ) yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan kemudahan dalam memikul amanah serta tanggungjawab yang diberikan, seterusnya terus cemerlang memimpin transformasi digital UKM.

Ikhlas daripada
Warga Pusat Perumahan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia



PELAWAAN SEBUT HARGA KERJAKERJA-KERJA PEMBAIKAN PAIP AIR BEKALAN BANGUNAN DAN KAWASAN SEKITARNYA DI BANGUNAN KOLEJ-KOLEJ...
04/08/2026

PELAWAAN SEBUT HARGA KERJA

KERJA-KERJA PEMBAIKAN PAIP AIR BEKALAN BANGUNAN DAN KAWASAN SEKITARNYA DI BANGUNAN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN DAN PENGINAPAN LUAR KAMPUS, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN.

Tarikh Lawatan Tapak : 13 OGOS 2026 (KHAMIS)
Masa Lawatan Tapak : 10.30 PAGI
Tempat Lawatan Tapak : DI BILIK MESYUARAT PUSAT PERUMAHAN PELAJAR
Tarikh Jualan Dokumen :13 OGOS 2026 HINGGA 28 OGOS 2026
Tarikh Tutup Sebut Harga : 1 SEPTEMBER 2026

LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS), KELANTAN27 Julai 2026 – Pu...
27/07/2026

LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS), KELANTAN

27 Julai 2026 – Pusat Perumahan Pelajar (PPP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima lawatan penanda aras daripada delegasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pusat Perumahan Pelajar, UKM. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian mengenai amalan terbaik UKM dalam pengurusan aktiviti pelajar serta pelaksanaan sistem eMerit sebagai medium pengiktirafan penglibatan dan pencapaian pelajar.

Sepanjang lawatan, delegasi telah diberikan taklimat mengenai Sistem iSTAR yang disampaikan oleh Cik Azwa Hanafiah, MyStep N9, Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM, diikuti dengan pembentangan mengenai Sistem eMerit yang disampaikan oleh Puan Nur Annisa Syamella Sukri, Pegawai Tadbir N9, Pusat Perumahan Pelajar UKM. Sesi perkongsian ini turut membuka ruang kepada perbincangan dua hala berkaitan pengurusan aktiviti pelajar, pelaksanaan sistem merit serta amalan pengurusan yang dilaksanakan di UKM.

Delegasi KIAS diketuai oleh Ustaz Ilias Ahmad, Ketua Penolong Pendaftar (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), bersama En. Mohd Khairol Mokhtar, Penolong Pendaftar (Unit Alumni & Kokurikulum), dan En. Mohd Hafizuddin Daud, Pegawai Eksekutif (Pengaturcara Komputer).

Semoga lawatan penanda aras ini dapat mengukuhkan hubungan strategik antara UKM dan KIAS serta menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkasakan pengurusan hal ehwal pelajar dan pembangunan sistem yang lebih berkesan demi kecemerlangan institusi pengajian tinggi.



Address

Universiti Kebangsaan
Bangi

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389214367

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Perumahan Pelajar UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Perumahan Pelajar UKM:

Shortcuts

Share

Category