15/08/2026
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 (𝐏𝐒𝐃) 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐔𝐊𝐌) 𝟐𝟎𝟐𝟔-𝟐𝟎𝟑𝟎 𝐁𝐈𝐋. 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelan Strategik Digital (PSD) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2026–2030 Bil.1/2026 telah diadakan pada 14 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Mesyuarat pertama ini bertujuan untuk menyelaras projek dan kos bagi memastikan perancangan projek pembangunan sistem, infrastruktur digital, tadbir urus, kompetensi sumber manusia dan perkhidmatan digital dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Juzaiddin Ab Aziz, Ketua Pegawai Digital (CDO) UKM. CDO menyampaikan ucapan pembukaan dan alu-aluan kepada semua ahli mesyuarat dan berharap agar Pelan Strategik Digital (PSD) UKM 2026–2030 ini akan menjadi satu pelan strategik yang komprehensif dan dilaksanakan seperti yang dirancang dalam memastikan transformasi digital universiti menjadi kenyataan.
Turut hadir YBhg. Prof. Dr. Mohamad Hanif Md Saad, Pengarah Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM), YBhg. Datin Dr. Anita Sulong, Timbalan Ketua Teras 1, YBhg. Prof. Dr. Zarina Shukur, Ketua Teras 2, YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Halim Abd Rashid, Timbalan Ketua Teras 2, Encik Mohamad Zainudin, Timbalan Ketua Teras 2, Dr. Husyairi Harunarashid, Timbalan Ketua Teras 3, Puan Rohazaini Hasan, Ketua Teras 4, Puan Suzilawati Ismail, Timbalan Ketua Teras 5, Puan Zanariyah Zainol, Timbalan Ketua Teras 1 dan Puan Haireen Hazrin Hamzah, Timbalan Ketua Teras 5 bagi membentangkan projek PSD UKM 2026-2030.
Semoga hasil dari mesyuarat ini dapat memperkukuhkan lagi perancangan strategik digital UKM dan menyokong agenda transformasi digital universiti secara mampan dan berimpak tinggi.