Kelas Quran Idwal

Kelas Quran Idwal

Share

Kelas Quran Idwal diadakan di Bandar Baru Bangi di bawah tajaan Syarikat Idwal Systems Sdn Bhd. Fokus kami ialah Al-Quran dan Bahasa Arab.

Ustaz Soleh merupakan graduan Universiti Al-Azhar yang memegang sanad Al-Quran.

14/04/2022

عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة، والحسنة بعشر أمثالها، لا أقول الم حرف، ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف) رواه الترمذي (2910)

Dari Abdullah bin Mas'ud RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa membaca satu huruf dalam Kitab Allah, maka dia akan mendapatkan satu kebaikan, sedangkan satu kebaikan itu digandakan kepada sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim' itu satu huruf, tetapi 'Alif' satu huruf, 'Lam' satu huruf, dan 'Mim' satu huruf."

Diriwayatkan oleh At-Tirmizi (2910)

13/04/2022

عن ابن عمر رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (لا حسد إلا في اثنتين: رجل آتاه الله القرآن فهو يقوم به آناء الليل وآناء النهار، ورجل آتاه الله مالا فهو ينفقه آناء الليل وآناء النهار) رواه مسلم (815)

Dari Ibn Umar RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda:

"Tidak boleh hasad kecuali terhadap dua perkara: orang yang diberi Al-Quran oleh Allah, lalu dia solat dengan membacanya di saat-saat malam dan di saat-saat siang. Dan seseorang yang diberi harta kemudian dia menginfakkannya di saat-saat malam dan di saat-saat siang."

Diriwayatkan oleh Muslim (815)

12/04/2022

عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (إن الله يرفع بهذا الكتاب أقواما ويضع به آخرين) رواه مسلم (817)

Dari Umar bin Al-Khattab RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah mengangkat darjat beberapa kaum dengan Al-Quran ini, dan Dia merendahkan dengannya kaum yang lain."

Diriwayatkan oleh Muslim (817)

08/04/2022

عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة، والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجران) رواه مسلم (798)

Dari Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

"Orang yang mahir membaca Al-Quran bersama para malaikat yang mulia lagi taat. Sedangkan yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat, dan bacaan itu terasa sulit baginya, maka dia mendapat dua pahala."

Diriwayatkan oleh Muslim (798)

07/04/2022

عن عثمان بن عفان رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (خيركم من تعلم القرآن وعلمه) رواه البخاري 5027

Dari Uthman bin Affan RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda:

"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (5027)

07/04/2022

Walaupun seorang sahaja pelajar, kelas kita tetap diteruskan! 😁👍

06/04/2022

عن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (اقرؤوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه) رواه مسلم (804)

Dari Abu Umamah Al-Bahiliy RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"𝐁𝐚𝐜𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐲𝐚𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐜𝐚𝐧𝐲𝐚."

Diriwayatkan oleh Muslim (804)

06/04/2022

Tadarrus Bersama Staff Idwal Systems Di Pagi Hari 😄👍

Minat Untuk Bertadarrus Dengan Ustaz Soleh? Klik link ini: http://www.wasap.my/601123076875

Photos from Kelas Quran Idwal's post 30/03/2022

Kelas Mengaji Al-Quran Untuk Kanak-Kanak, Remaja, Dan Dewasa. Boleh Belajar Iqra, Baca Al-Quran, Asas Ilmu Tajwid, Hafazan, Dan Sanad.

Kelas Berlangsung 5 Hari Seminggu (Isnin-Jumaat) Selepas Zohor Hingga 6.00 Petang.

Lokasi: Surau Damai Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.

Yuran Pendaftaran: RM50
Yuran Bulanan: RM50

Sekiranya Anda Ahli Qariah Surau Damai, Boleh Sertai Kelas Ini Secara Percuma.

Untuk Berdaftar Atau Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi Ustaz Soleh Di:
http://www.wasap.my/601123076875


Photos from Kelas Quran Idwal's post 30/03/2022

Alhamdulillah! Kelas Quran Idwal telah bekerjasama dengan pihak Surau Damai untuk membuka kelas di sini. Dengan ini, Kelas Quran Idwal telah berpindah tempat ke Surau Damai Seksyen 2. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Surau Damai, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 13:00 - 18:00
Tuesday 13:00 - 18:00
Wednesday 13:00 - 18:00
Thursday 13:00 - 18:00
Friday 14:30 - 18:00