Sinar Aidilfitri
Aulad Islamic School- Southville
AULAD ISLAMIC SCHOOL telah memulakan sesi persekolahan pada Januari 2021. Pembelajaran adalah mengik
07/03/2025
PENGAJARAN HADITH
1. Makna "Sesungguhnya puasa itu milik-ku (Allah) dan Akulah yang akan membalasnya" adalah puasa merupakan amalan batin yang
hakikatnya tidak diketahui melainkan Allah SWT yang Maha Mengetahui dan
orang yang melakukannya sahaja.
2. Di hari kiamat, Allah 'Azza Wajalla akan menghisab setiap amalan hamba-Nya. Setiap kezaliman akan disempurnakan pembalasannya dengan semua amalan pelaku kezaliman itu akan dijadikan kafarah kepada dosa kezalimannya
sehinggalah tidak tinggal sedikit pun daripada amalannya kecuali puasa.
Lalu Allah SWT menghapuskan dosa yang berbaki daripada kezaliman
tersebut dan dimasukkan ke dalam syurga dengan sebab amalan puasa yang telah dilakukan.
3. Sesungguhnya puasa adalah milik Allah 'Azza Wajalla. Tidak ada jalan bagi seseorangpun untuk merampas pahala puasa, bahkan ia akan kekal bersama pemiliknya.
If we take a cross section of a tooth, what can we observe? Let's label it..
Bulan yang penuh keberkatan telah tiba! Jom manfaatkan setiap detik dengan aktiviti yang menarik🥰⚘️
05/03/2025
Pendaftaran 2025❗
Masih belum ada tempat untuk hantar anak belajar?Pening kepala memikirkan sekolah anak? makan pagi anak tak sempat? makan tengahari bagaimana? Nak fikir kos transit lagi? Waktu petang tiada pemantauan anak dirumah?
Jangan risau..!!Kami di Aulad Islamic School (AIS) akan menyelesaikan masalah anda.
*Apa yang kami sediakan*
✅ Kelas lengkap dengan aircond & selesa.
✅ Kapasiti setiap kelas 25 orang pelajar sahaja.
✅ Multimedia teaching aids (TV) disediakan bagi melancarkan sesi P&P.
✅Subjek akademik +diniyyah (mengikut silibus JAIS & KPM)
✅Kokurikulum setiap minggu.
✅Peperiksaan UPKK juga disediakan.
✅ Kelas seni mempertahankan diri & memanah
✅ Kelas manners & pengenalan Asma Ul Husna dan Rukun solat diterapkan dalam diri pelajar.
✅ Leadership skills & living skills diperkenalkan.
Apa lagi jom bertindak segera, Tempat adalah TERHAD! Kursus untuk anak-anak lelaki & perempuan yang berumur 7-11tahun bertempat di Southville City, Bangi 😊
📲 WhatsApp saya di wasap.my/+60199906162
Kami disini sedia membantu 😊🤗
Jom sebar luaskan kepada sahabat-sahabat.
04/03/2025
TIP RAMADAN- KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA
- Makanan yang lambat dicernakan dapat memberi rasa kenyang yang lebih lama dan memberi tenaga sepanjang berpuasa.
- Karbohidrat kompleks seperti nasi, mi, roti, bihun
merupakan sumber tenaga utama;
- Makanan yang tinggi serat mengenyangkan dan an makanan melambatkan rasa lapar kerana ia mengambil masa yang lebih lama untuk dicernakan;
- Pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang penting kerana struktur protien yang lebih kompleks juga memberi rasa kenyang.
Selain itu,
-Minuman berkafein akan menyebabkan dehidrasi (cepat rasa dahaga/ kehilangan air daripada badan) semasa berpuasa;
-Air kosong diutamakan, namun jus buah atau susu rendah lemak juga boleh diambil semasa bersahur.
03/03/2025
5 tangki emosi anak yang perlu kita penuhi setiap hari adalah seperti di bawah. Semoga kita semua sentiasa beringat, dan cek sesekali apakah yang kemungkinan punca tingkah laku bermasalah anak adalah kerana satu - satunya tangki emosi dia itu sudah semakin menyusut?
28/02/2025
Bulan Ramadan adalah kesempatan yang istimewa untuk membersihkan hati dan jiwa kita. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita dalam menjalankan ibadah puasa. Selamat menjalankan ibadah puasa!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
C-01-23A SAVANNA LIFESTYLE RETAIL, Jalan SOUTHVILLE 2, SOUTHVILLE CITY
Bangi
43000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 16:30 |
| Tuesday | 08:00 - 16:30 |
| Wednesday | 08:00 - 16:30 |
| Thursday | 08:00 - 16:30 |
| Friday | 08:00 - 16:30 |