Pusat Kajian Syariah, FPI, UKM

Pusat Kajian Syariah, FPI, UKM

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Kajian Syariah, FPI, UKM, Community College, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan, Bangi.

Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, dahulu dikenali sebagai Jabatan Syariah, merupakan institusi unggul yang memartabatkan ilmu, penyelidikan dan wacana Syariah sejak 18 Mei 1970.

16/05/2026

⚖️ PENDAFTARAN DIPLOMA PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN ISLAM KINI DIBUKA! ⚖️

📚 Program Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam (DPKGI)
Sesi Akademik 2026/2027

Ingin memperkukuh pengetahuan dan kompetensi dalam bidang kehakiman serta guaman Islam? Inilah peluang terbaik untuk melangkah lebih jauh dalam dunia profesional Syariah dan perundangan Islam.

Program DPKGI Fakulti Pengajian Islam, UKM dirangka khusus untuk melahirkan tenaga profesional yang berkemahiran, berintegriti dan memahami realiti semasa pentadbiran kehakiman serta guaman Islam di Malaysia.

📌 Maklumat lanjut program:
Laman Rasmi DPKGI FPI UKM
https://www.ukm.my/fpi/dpkgi/

📌 Pendaftaran boleh dibuat di:
https://join.ukm.my

🗓️ Tarikh tutup permohonan:
7 Ogos 2026

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga profesional dalam bidang kehakiman dan guaman Islam bersama Fakulti Pengajian Islam UKM.

Photos from Pusat Kajian Syariah, FPI, UKM's post 07/05/2026

Alhamdulillah, pada 7 Mei 2026, Khamis, telah berlangsung sesi kunjungan hormat Pengerusi Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM iaitu Prof. Madya Dr. Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani ke Fakultas Syariah dan Hukum UIN Raden Fatah Palembang.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuhkan jaringan akademik, penyelidikan serta hubungan strategik antara kedua-dua institusi dalam bidang syariah dan pengajian Islam di peringkat antarabangsa.

Dalam rangka lawatan tersebut, turut diadakan sesi Kuliah Tamu Internasional yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani dengan perkongsian ilmiah bertajuk Overview on Shariah Governane in Islamic Financial Institutions in Malaysia yang sangat bermanfaat dan mendapat sambutan yang baik daripada para pensyarah serta mahasiswa.

Semoga pertemuan ini menjadi asbab kepada pengukuhan kerjasama akademik, pertukaran ilmu serta pembangunan ummah yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Photos from Pusat Kajian Syariah, FPI, UKM's post 02/05/2026

✨ PROGRAM MOBILITI ANTARABANGSA 2026 ✨
🌏 Jalinan Rumpun Serantau: Dialog Syariah Global

Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM dengan kerjasama Universitas Syiah Kuala (USK), Banda Aceh, Indonesia akan menganjurkan program mobiliti antarabangsa seperti berikut:

📅 Tarikh: 2 – 8 Mei 2026
📍 Lokasi: Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh, Indonesia

🎯 Objektif Program:

Memperkukuh jaringan akademik serantau dalam bidang Syariah
Meningkatkan kefahaman isu-isu semasa Syariah di peringkat global
Menggalakkan perkongsian ilmu antara institusi Malaysia dan Indonesia
📚 Pengisian Program:

Dialog Syariah Global
Seminar Antarabangsa
Kuliah tamu bersama pakar
Program mobiliti dan pertukaran pelajar
🤝 Anjuran Bersama:
Kelab Al-Hujjah & Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM
dengan kerjasama Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh, , Indonesia

Photos from Fakulti Pengajian Islam UKM's post 03/04/2026

Program Mobiliti Universitas Syiah Kuala di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Photos from Pusat Kajian Syariah, FPI, UKM's post 01/04/2026

DPKGI FPI: TAHNIAH PENYELARAS BAHARU & TERIMA KASIH ATAS JASA

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Nurbazla’ Ismail atas pelantikan sebagai Penyelaras Program Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam (DPKGI) berkuat kuasa 1 April 2026.

Dalam masa yang sama, sekalung penghargaan dan terima kasih buat Dr. Norhoneydayatie Abdul Manap atas segala khidmat bakti dan komitmen sepanjang menerajui program ini sebelum ini.

Peralihan amanah ini mencerminkan kesinambungan kepimpinan dan dedikasi warga FPI dalam memastikan kecemerlangan program terus diperkasa.

Semoga segala usaha yang dicurahkan diberkati dan terus menyumbang kepada pembangunan ilmu serta kecemerlangan Fakulti Pengajian Islam.


https://www.facebook.com/share/p/1CbsXv4DZm/

20/03/2026

Selamat Hari Raya Idulfitri, Maaf Zahir dan Batin. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada kakitangan Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00