BukuPedia

BukuPedia

Share

Khas untuk pencinta buku & ulat buku,

Di sini, semuanya tentang buku ����

Books is L�VE

22/09/2022

Pelaburan sebuah buku 📖

08/09/2022

Buku bergenre kesihatan mental semakin mendapat tempat di Malaysia.

Perkembangan yang positif!

29/07/2022

🙌🏻 Bestnya hidup seorang ulat buku 📚

😎 Hidup penuh dengan pengembaraan ✈️

😎 Kenal lebih banyak unik personaliti; kemungkinan fiksyen, tapi siapa peduli? 😝

😎 Tak perlu susah payah ke gym. Koleksi buku dibeli sama beratnya dengan dumbbell 🏋🏻

😎 Hadiah buku untuk setiap kali birthday? Tiada masalah! Duit raya pun boleh ditukar dengan buku 🤭

😎 Tak mengumpat orang, tapi bergosip tentang watak fiksyen. Tak dosa kan? 😌

18/03/2022

The Power of Books!

18/12/2020

Alamak, min pun spesies macam ni 😅


Membazir saja beli rak. Baik beli buku, kan? 😆😆

Komik dilukis oleh Nazry Salam untuk KLWBC.

Mari ikuti saluran Telegram rasmi KLWBC untuk ketahui perkembangan terkini berkaitan dunia buku: http://t.me/aktivitibuku



[ENGLISH]

It is much better to spend the money on books rather than a bookshelf. Am I right? 😆😆

17/12/2020

𝐈𝐁𝐔 𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀 𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐂𝐀 🥰 📚

Kalau tengok anak-anak omputeh, mereka relaks je baca buku banyak-banyak, tebal-tebal pulak tu.

Kita ni berbuih mulut suruh anak-anak baca buku, tapi mereka boleh buat derk je. Penat.

Cuba semak tips di bawah, mungkin teknik kita boleh ditambahbaik 🤩

📒𝟓 𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐔𝐥𝐚𝐭 𝐁𝐮𝐤𝐮📒

1️⃣ Berikan pilihan.

Biarkan anak-anak buat pilihan sendiri. 91% kanak-kanak yang memilih buku sendiri lebih seronok menghabiskan bahan bacaan pilihan mereka. Teknik ini juga membantu ibu ayah dalam menyediakan bahan bacaan.

2️⃣ Bina hubungan.

Sesuatu yang dibaca itu akan lebih memberi kesan jika anak-anak dapat kaitkan dengan kehidupan mereka. Minta anak-anak untuk mengaitkan pembacaan mereka dengan situasi sebenar, mesti mereka akan dapat lihat gambaran yang lebih besar!

3️⃣ Baca bersama-sama.

Tetapkan masa berkualiti bersama anak-anak. Pastikan tiada telefon, televisyen dan gangguan yang lain ketika ibu ayah membaca bersama anak-anak. Fokus kepada buku & penyampaian bahan itu sahaja. Tambahkan elemen penceritaan yang penuh aksi, mimik muka, emosi dan nada yang sesuai.

4️⃣ Bercerita tentang buku.

Wujudkan suasana ulat buku di rumah. Kongsikan maklumat daripada pembacaan ibu ayah dengan anak-anak dan minta mereka juga berkongsi tentang pembacaan mereka. Jika ibu ayah seronok berkongsi, anak-anak juga akan terinspirasi.

5️⃣ Sediakan stok yang berterusan.

Minta anak-anak untuk fikir & bayangkan bahan bacaan seterusnya. Dapatkan idea daripada imaginasi mereka untuk persediaan buku-buku akan datang. Pastikan stok buku baru tak putus!



Jadi, kalau kita ibu ayah yang tak tahu cara ajar teknik membaca guna phonics atau suku kata & sebagainya, tak apa!

Boleh cuba 5 tips ini untuk kenalkan anak-anak dengan hobi membaca 📖

Insha Allah, anak bukan sahaja boleh membaca malah MINAT & SERONOK membaca ❤️

13/12/2020

Let's travel ✈️

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Bangi