SMK Tandek Official

SMK Tandek Official Page Rasmi SMK Tandek Kota Marudu

Tahniah Noor Anisyah! Juara Tazkirah Negeri Sabah! πŸ₯‡πŸ‘β€‹Seluruh warga Smk Tandek  tumpang bangga atas kejayaan luar biasa ...
23/08/2026

Tahniah Noor Anisyah! Juara Tazkirah Negeri Sabah! πŸ₯‡πŸ‘

​Seluruh warga Smk Tandek tumpang bangga atas kejayaan luar biasa adik Noor Anisyah Binti Norshafik. πŸ™

​Beliau baru sahaja dinobatkan sebagai JOHAN dalam kategori Tazkirah Sekolah Menengah (P) di Festival Insaniah Asrama Sekolah Harian JPN Sabah yang diadakan di SMK Weston, Beaufort.

​Pencapaian ini adalah inspirasi kepada semua. Teruskan perjuangan menuntut ilmu dengan penuh semangat!

​"Asrama Sekolah Harian, Membina Generasi Madani."

SETIA GIGIH JAYA

​

πŸ“· Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu

19/08/2026

πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

β™ŸοΈπŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT BERJUANG, ADIK AINNUR ASYIKIN! πŸ‡²πŸ‡Ύβ™ŸοΈWarga SMK Tandek dengan penuh rasa bangga mengucapkan selamat berjuang k...
11/08/2026

β™ŸοΈπŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT BERJUANG, ADIK AINNUR ASYIKIN! πŸ‡²πŸ‡Ύβ™ŸοΈ

Warga SMK Tandek dengan penuh rasa bangga mengucapkan selamat berjuang kepada adik Ainnur Asyikin Jupineh, wakil sekolah dan atlet Pasukan Catur SUKMA Sabah, yang akan membawa nama Sabah ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Adik Ainnur Asyikin bersama pasukan catur Sabah telah berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadapi temasya yang akan berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2026.

Seluruh warga SMK Tandek mendoakan agar adik Ainnur Asyikin diberikan ketenangan, fokus dan kekuatan untuk memberikan persembahan terbaik di pentas SUKMA.

Kamu kebanggaan kami! Teruskan melangkah dan ukir kejayaan! πŸ†β™ŸοΈ

SETIA GIGIH JAYA








🌟 Tahniah Kelas Bahasa Perancis Sesi Petang & Guru Bahasa Perancis 🌟Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada ...
10/08/2026

🌟 Tahniah Kelas Bahasa Perancis Sesi Petang & Guru Bahasa Perancis 🌟

Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelas Bahasa Perancis Sesi Petang SMK Tandek serta Guru Bahasa Perancis atas kejayaan melaksanakan Perhimpunan Rasmi Sekolah sepenuhnya dalam Bahasa Perancis pada 10 Ogos 2026.

Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan keberanian para pelajar dalam menguasai bahasa asing serta menampilkan persembahan yang penuh yakin dan berwibawa di hadapan warga sekolah.

Terima kasih dan penghargaan juga kepada guru Bahasa Perancis, Mr. Ronny Mison atas bimbingan, usaha dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan program ini.

Bravo et fΓ©licitations Γ  tous ! πŸ‡«πŸ‡·πŸ‘

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan penguasaan bahasa antarabangsa.

SETIA GIGIH JAYA 🫰🫰πŸ’ͺπŸ’ͺ

09/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†Warga SMK Tandek merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pelajar kita:πŸ₯Š ABDUL RAMLEEDI...
02/08/2026

πŸ† TAHNIAH & SYABAS! πŸ†

Warga SMK Tandek merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pelajar kita:

πŸ₯Š ABDUL RAMLEEDIN BIN ANDIN

atas kejayaan cemerlang dalam Keningau Open Muaythai Championship V3.0 yang berlangsung pada 1–2 Ogos 2026 di Bandukan Resort, Keningau.

πŸŽ–οΈ Pingat Emas πŸ₯‡
πŸ“Œ Kategori Male 60–63.5 kg (16–17 Tahun)
πŸ“ Peringkat Negeri

Kejayaan ini amat membanggakan dan membuktikan bahawa pelajar SMK Tandek bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah turut menyerlah dalam bidang sukan dan kokurikulum di peringkat negeri.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua warga sekolah untuk terus berusaha, berdisiplin dan berani mencabar diri ke tahap yang lebih tinggi.

πŸ‘ Syabas Ramleedin! Teruskan mengharumkan nama SMK Tandek dan daerah Kota Marudu.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada jurulatih (coach) yang telah bertungkus-lumus melatih, membimbing dan memberi semangat kepada Ramleedin sehingga berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan ini. Dedikasi, kesabaran dan komitmen coach amat dihargai dan menjadi antara faktor penting kejayaan atlet muda kita. πŸ’ͺπŸ₯Š

Terima kasih juga kepada ibu bapa, guru-guru dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada atlet SMK Tandek.

🌟 SMK Tandek terus melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan sukan! 🌟

Setia Gigih Jaya

Smk Tandek
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu







🌟 SYABAS DAN TAHNIAH 🌟Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Adik Ainnur Asyikin Binti Jupineh dari SMK Tandek atas ke...
31/07/2026

🌟 SYABAS DAN TAHNIAH 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Adik Ainnur Asyikin Binti Jupineh dari SMK Tandek atas kejayaan meraih Johan πŸ₯‡πŸ₯‡πŸ₯‡dalam Kejohanan Catur PPKI Sabah Bawah 19 Tahun (P19) dengan pencapaian cemerlang. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ₯‡πŸ₯‡

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha yang gigih, disiplin, ketekunan serta semangat juang yang tinggi. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua murid SMK Tandek untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sukan.

Syabas dan tahniah! Semoga Adik Ainnur terus melakar lebih banyak kejayaan dan mengharumkan nama SMK Tandek, daerah Kota Marudu dan negeri Sabah pada peringkat yang lebih tinggi.

"Terus Melangkah, Terus Berjaya!" β™ŸοΈπŸ†πŸŽ‰

Setia Gigih Jaya

Smk Tandek
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu

28/07/2026

Selamat Bersara, YBhg. Datuk Haji Raisin bin Saidin, Mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Terima kasih atas kepimpinan, dedikasi dan khidmat bakti yang cemerlang sepanjang perkhidmatan. Jasa dan sumbangan YBhg. Datuk akan sentiasa dikenang. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan. Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Raisin Saidin

🌟 TAHNIAH DAN SYABAS! 🌟Warga SMK TANDEK mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepadaπŸŽ“ Nashrah Al-Syirrah Binti Abdullahata...
28/07/2026

🌟 TAHNIAH DAN SYABAS! 🌟

Warga SMK TANDEK mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada

πŸŽ“ Nashrah Al-Syirrah Binti Abdullah

atas kejayaan cemerlang meraih NAIB JOHAN PETAH KPM 2026 dalam Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Sabah Kategori Menengah Rendah. πŸ†πŸŽ€

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa usaha, keyakinan serta semangat juang yang tinggi mampu membawa kecemerlangan ke peringkat negeri.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMK Tandek untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

πŸ‘ Tahniah Nashrah! Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama SMK TANDEK.

SETIA β€’ GIGIH β€’ JAYA πŸ’™πŸ’›

Address

Jalan TANDEK
Bandau Kota Marudu
89108

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Tandek Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share