SMK Salaping

SMK Salaping PAGE RASMI SMK SALAPING

PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL SAINS & PENYELENGGARAAN KEBUK WASAPPembekalan peralatan Makmal Sains serta penyelenggaraan k...
19/08/2026

PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL SAINS & PENYELENGGARAAN KEBUK WASAP

Pembekalan peralatan Makmal Sains serta penyelenggaraan kebuk wasap telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan, keberkesanan PdP dan keselamatan di makmal Sains sekolah. Inisiatif ini menyokong program ๐Ÿ”ฌ Terokai Dunia Sains yang melibatkan murid secara rotasi di tiga makmal utama.

Antara peralatan yang dibekalkan ialah:

1. Kit tangki riak digital
2. Penyuling air
3. Mikroskop digital
4. Teleskop
5. Neraca elektronik
6. Kit pengadun warna
7. Elektromagnet
8. Kit Hukum Boyle, Charles & Tekanan
9. Kit ketumpatan pepejal
10. Meter pH

Peralatan ini digunakan di Makmal Fizik, Kimia dan Biologi yang dilengkapi radas khusus untuk aktiviti hands-on secara stesen bagi pembelajaran yang lebih terancang, kolaboratif dan selamat.

Selain itu, pembantu makmal daripada 100 buah sekolah telah menyertai Bengkel Pembangunan Kompetensi bagi memperkukuh pengurusan makmal dan pelaksanaan aktiviti berasaskan stesen.

Setiap murid menerima โ€œPasport Terokai Dunia Sainsโ€ sebagai rekod aktiviti di setiap stesen. Sistem ini menggalakkan penglibatan aktif dan penilaian berterusan, dengan anugerah seperti Explorer Sains Terbaik, Pakar Radas Sains dan Kumpulan Paling Kreatif sebagai pengiktirafan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Program Duta Guru dengan kerjasama Yayasan PETRONAS dalam memperkukuh pendidikan STEM berasaskan pengalaman.

Impak program ini termasuk peningkatan minat dan penglibatan murid dalam Sains, penguasaan kemahiran proses sains yang lebih baik serta peningkatan keyakinan dalam eksperimen. Guru juga dapat mempelbagaikan PdP yang lebih interaktif dan berpusatkan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan PETRONAS atas sokongan berterusan dalam memperkasakan pendidikan STEM dan kemudahan makmal Sains.






SELAMAT MENJALANKAN KEM JATI DIRI KEPADA PUSAT TINGKATAN ENAM SMK SALAPING SESI 2026 ~ MEMBINA SAHSIAH, KEYAKINAN DIRI, ...
18/08/2026

SELAMAT MENJALANKAN KEM JATI DIRI KEPADA PUSAT TINGKATAN ENAM SMK SALAPING SESI 2026
~ MEMBINA SAHSIAH, KEYAKINAN DIRI, KEPIMPINAN~
SALAPING HEBAT !

~~PILIHAN RAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN TINGKATAN ENAM (JPTE) SESI 2026, PUSAT TINGKATAN ENAM SMK SALAPING ~~TARIKH : 18H...
18/08/2026

~~PILIHAN RAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN TINGKATAN ENAM (JPTE) SESI 2026, PUSAT TINGKATAN ENAM SMK SALAPING ~~

TARIKH : 18HB OGOS 2026 SELASA
MASA : 8.00AM - 1.00PM
TEMPAT : DEWAN PERDANA SMK SALAPING
JUMLAH CALON BERTANDING : 14 ORANG CALON JPTE

Pilihan raya majlis Perwakilan Pelajar tingkatan enam PTE SMK Salaping telah berlangsung secara serentak seluruh negara untuk memilih jawatankuasa perwakilan kohort 2026. Pilihan raya ini diadakan untuk memilih perwakilan pelajar tingkatan enam yang boleh memimpin dan membawa suara persatuan tingkatan enam, melaksanakan manifesto yang sudah dijanjikan demi kesejahteraan pelajar sepanjang berada di sesi akademik tingkatan enam. JPTE ini juga akan menjadi suara menyampai hasrat kepada pentadbiran tingkatan enam agar segala isu yang mungkin diselesaikan dengan baik.

Seiring dengan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035, tumpuan utama kita ialah Kesejahteraan Murid yang fokus kepada pambangunan emosi, adab yang baik, dan tahap kecergasan fizikal mental yang sejahtera dalam kalangan pelajar. Diharapkan pimpinan JPTE yang baru ini kita boleh bentuk dan bimbing kearah pelajar yang beradad, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan, serta berkeyakinan dalam mencapai objektig RPM 2026-2035.

Tahniah kepada JPTE yang baru dipilih melalui sistem undian yang dilaksanakan melalui simulasi pilihan raya sebenar mengikut prosedur yang ditetapkan. Kita harapkan pimpinan baru ini akan lebih proaktif dan berketrampilan dalam memacu persatuan tingkatan enam ke hadapan.

Terima kasih juga kepada barisan jawatankuasa yang diketuai oleh Tuan Pengetua, Tuan Sanaleh bin Daud, Penolong Kanan Tingkatan Enam Puan Charie Lenny Franklin, Penyelaras jawatnkuasa JPTE Pn. jurinah Nandoh dan barisan guru tingkatan enam PTE Salaping, serta kohort JPTE 2025 yang telah melaksanakan pilihan raya ini dengan jayanya.

Ucapan penghargaan juga kepada Tuan Julian bin Kadim, serta Dr, Mejran, wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah yang telah hadir memantau dan memberikan sokongan kepada program yang berlangsung hari ini.

SALAPING HEBAT: BERSAMA MENCIPTA KECEMERLANGAN.

Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan guru dengan kenaikan pangkat semoga memberikan inspirasi untuk terus cemerlang.1 S...
17/08/2026

Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan guru dengan kenaikan pangkat semoga memberikan inspirasi untuk terus cemerlang.

1 SANALEH BIN DAUD DG14
2 AZLAN BIN GUNTALIB DG14
3 JAFLEH BIN TALAH DG13
4 BILHORN BIN DEFRIN DG12
5 CHARIE LENNY BINTI FRANKLIN DG12
6 JAMALIAH BINTI BIBIN DG12
7 NARTINI BINTI AJIK DG12
8 NORAIDAH BINTI ATOH DG12
9 ASNANI BINTI ASIK DG12
10 JESSON BIN HINTANAU DG12
11 NORLIDA BONAT DG10
12 SYED MOHAMAD ASHRAF BIN MOKDIN DG10
13 HELNA BINTI LILITON DG10
14 RICALES KINCHIN DG10
15 ROLING BIN BODONG DG10
16 VELENARY BINTI BINGKULUD DG10

Tahniah Semua.

Selamat Hari Lahir Cikgu ๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚
17/08/2026

Selamat Hari Lahir Cikgu ๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚

๐ŸŽ“ Setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar STPM SMK Salaping Kohort 2025 yang berjaya memperoleh tawaran untuk melanj...
15/08/2026

๐ŸŽ“ Setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar STPM SMK Salaping Kohort 2025 yang berjaya memperoleh tawaran untuk melanjutkan pengajian ke menara gading!

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, ketekunan dan pengorbanan anda sepanjang menempuh pengajian di Tingkatan Enam. Penghargaan juga ditujukan kepada ibu bapa, penjaga serta para guru yang sentiasa memberikan doa, bimbingan dan sokongan.

Teruskan melangkah dengan penuh yakin. Alam universiti merupakan permulaan kepada perjalanan baharu yang penuh peluang dan cabaran. Jangan takut untuk mencuba, jangan mudah berputus asa, dan sentiasalah merendah diri dalam mengejar kejayaan. Gunakanlah ilmu yang diperoleh untuk membina masa depan yang cemerlang serta memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga segala urusan pengajian dipermudah, impian menjadi kenyataan dan setiap langkah sentiasa diberkati Tuhan.

Kejayaan anda, kebanggaan kami. Terbanglah setinggi impianโ€”masa depan sedang menanti!

โ€œSALAPING HEBAT: BERSAMA MENCIPTA KECEMERLANGANโ€

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŒŸSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan atas pel...
14/08/2026

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŒŸ

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan atas pelantikan sebagai Pengarah Pendidikan Sabah, berkuat kuasa 17 Ogos 2026.

Semoga dengan amanah dan tanggungjawab baharu ini, beliau terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kesihatan dalam memimpin serta memperkasa pendidikan Negeri Sabah ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

๐Ÿ’™๐Ÿ’› Melangkah Bersama, Memacu Kecemerlangan Pendidikan.

Ikhlas daripada
Pengetua, Barisan Pentadbiran dan seluruh warga SMK Salaping Kota Marudu

Lawatan Yayasan Petronas Ke SMK SalapingTarikh:12 Ogos 2026Hari.  :RabuTerima kasih  wakil dari Yayasan Petronas:1. Puan...
12/08/2026

Lawatan Yayasan Petronas Ke SMK Salaping

Tarikh:12 Ogos 2026
Hari. :Rabu

Terima kasih wakil dari Yayasan Petronas:
1. Puan Hajah Shariah Nelly Francis, CEO YP
2. Puan Roszaidah Husman @ Othman, Ketua, Bahagian Kesejahteraan dan Pembangunan Komuniti
3. Encik Wan Muhamad Hariz Hanis Eksekutif, Pembangunan Komuniti

Tujuan utama lawatan ialah memantau peralatan makmal sains di sekolah.Seterusnya pihak Yayasan juga sempat melawat kelas-kelas PPKI Dan merasai sendiri pizza buatan pelajar PPKI.

Salaping Hebat:Bersama Mencipta Kecemerlangan

Taklimat Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK)Tarikh : 10 Ogos 2026Masa : 10.30 am - 12.30 pmTempat : Dewan Per...
11/08/2026

Taklimat Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK)

Tarikh : 10 Ogos 2026
Masa : 10.30 am - 12.30 pm
Tempat : Dewan Perdana SMK Salaping

Objektif Program :
1. Memberikan pendedahan dan kefahaman kepada murid berkaitan Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK).
2. Meningkatkan kesediaan dan keyakinan murid dalam menghadapi pentaksiran PKSK.
3. Membimbing murid membuat persediaan yang terancang dari aspek pengetahuan, sahsiah, kecerdasan intelek dan kemahiran berfikir.
4. Memberikan motivasi kepada murid agar berusaha mencapai keputusan yang terbaik dan merebut peluang melanjutkan pendidikan ke sekolah khusus.


๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua orang peserta wakil SMK Salaping, iaitu:๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿณ FATIMAH T...
10/08/2026

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua orang peserta wakil SMK Salaping, iaitu:

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿณ FATIMAH TOPPO
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿณ NUR JANNAH TOPPO

atas kejayaan meraih TEMPAT SAGUHATI dalam Pertandingan Memasak Sekolah Menengah โ€™26 Literasi Kewangan 2026 Peringkat Negeri Sabah yang telah berlangsung pada 6 Ogos 2026 di SMK Muhibbah, Sandakan. ๐Ÿœ๐Ÿ†

Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan kreativiti, keberanian, usaha dan semangat juang, anak-anak SMK Salaping mampu bersaing di peringkat negeri. ๐Ÿ’ชโœจ

Syabas dan tahniah juga kepada guru-guru pembimbing, ibu bapa serta semua warga SMK Salaping yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan. โค๏ธ

๐ŸŒŸ Spirit of Salaping!
Berjiwa โ€ข Berilmu โ€ข Berjaya
Salaping Hebat, Bersama Mencipta Kecemerlangan! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›








Address

Bandau Kota Marudu

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00

Telephone

+6088661319

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Salaping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share