Sekolah Kebangsaan Tandek

Sekolah Kebangsaan Tandek Laman rasmi bagi Sekolah Kebangsaan Tandek, Kota Marudu, Sabah.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Pemasangan Jalur Gemilang di Kawasan Sekolah πŸ‡²πŸ‡ΎSemangat patriotisme terus disemarakkan melalui aktiviti pemasangan Ja...
18/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Pemasangan Jalur Gemilang di Kawasan Sekolah πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semangat patriotisme terus disemarakkan melalui aktiviti pemasangan Jalur Gemilang di sekitar kawasan sekolah yang melibatkan murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, Cikgu Samuel Terrence Jamudah, dan diiringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Chiventer Taumin.

Penglibatan murid dalam aktiviti ini bukan sahaja menceriakan persekitaran sekolah, malah memupuk rasa cinta akan negara, semangat perpaduan dan bangga menjadi rakyat Malaysia.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, Semangat Bersama!

πŸ‰πŸ† TAHNIAH PEMAIN RAGBI SK TANDEK & CARABAO FC! πŸ†πŸ‰Syabas dan tahniah diucapkan kepada Carabao FC, pasukan gabungan pemai...
17/08/2026

πŸ‰πŸ† TAHNIAH PEMAIN RAGBI SK TANDEK & CARABAO FC! πŸ†πŸ‰

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Carabao FC, pasukan gabungan pemain dari SK Tandek, SK Popok dan SK Masalog, atas pencapaian membanggakan dalam Battle of the Brave: Girls Rugby 7s Edition Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung pada 15 Ogos 2026 bertempat di SK Malawa, Kota Kinabalu. πŸ‘πŸ”₯

πŸ† JOHAN – Kategori Shield Perempuan Bawah 12 Tahun
πŸ₯‡ Clara Raissey Samaron & Anellyeka Raisin

πŸ† JOHAN – Kategori Bowl Lelaki Bawah 12 Tahun
πŸ₯‡ Carlver Cleve Chiventer

πŸ₯ˆ NAIB JOHAN – Kategori Bowl Lelaki Bawah 11 Tahun
Muhammad Rayyan Zaharuddin bin Darmin & Mohamad Raziey Rafiezey Rayyan bin Razmin

Kejayaan ini membuktikan bahawa kerjasama, semangat berpasukan dan kesungguhan mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa. πŸ’ͺπŸ‰

Tahniah juga kepada semua pemain, jurulatih, guru pengiring serta semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada Carabao FC sepanjang kejohanan. πŸ‘β€οΈ

Tiga sekolah, satu pasukan, satu semangat! πŸ”₯
SK Tandek 🀝 SK Popok 🀝 SK Masalog
πŸ‰ CARABAO FC – Play with Heart, Fight with Pride! πŸ†

Teruskan berjuang dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang! 🌟

Sumbangan Prihatin buat MuridDua orang murid SK Tandek, iaitu mendiang Adik Alnee Angelynn dan Adik Muhd Alimardonzaman ...
12/08/2026

Sumbangan Prihatin buat Murid

Dua orang murid SK Tandek, iaitu mendiang Adik Alnee Angelynn dan Adik Muhd Alimardonzaman Adwakhair, telah menerima sumbangan daripada Sabah International Diaries Sdn. Bhd.

Kedua-dua adik ini merupakan pesakit penyakit kronik dan sumbangan ini diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban keluarga serta memberi sokongan kepada mereka.

Sumbangan telah disampaikan kepada pihak yang berkenaan bersama rombongan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Marudu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Sabah International Diaries Sdn. Bhd. atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan. Semoga segala kebaikan ini mendapat keberkatan dan menjadi inspirasi kepada kita semua. 🀍

12/08/2026

🍫πŸ₯€ Lori VICO singgah ke sekolah!

πŸ“… 12 Ogos 2026

Hari yang penuh keceriaan apabila murid-murid dan guru berpeluang menikmati minuman coklat VICO secara percuma. 🀎✨

Terima kasih VICO atas kunjungan dan kemeriahan yang dibawa! πŸ₯°

🍫✨ SOROTAN MEDIA | LAWATAN LORI VICO KE SEKOLAHπŸ“… Tarikh: 12 Ogos 2026Meriah dan penuh keceriaan! 🀎 Warga sekolah berkese...
12/08/2026

🍫✨ SOROTAN MEDIA | LAWATAN LORI VICO KE SEKOLAH

πŸ“… Tarikh: 12 Ogos 2026

Meriah dan penuh keceriaan! 🀎 Warga sekolah berkesempatan menerima kunjungan Lori VICO melalui program lawatan ke sekolah.

Antara aktiviti yang berlangsung ialah pemberian minuman coklat VICO secara percuma kepada murid-murid dan guru, sekali gus memeriahkan suasana di sekolah. πŸ₯€πŸ«

Program ini bukan sahaja memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada murid, malah turut menceriakan warga sekolah dengan suasana yang santai dan meriah.

Terima kasih diucapkan kepada pihak VICO atas kunjungan dan layanan yang diberikan kepada warga sekolah. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 🌟

πŸ“šβœ¨ SOROTAN MEDIA: PENYERAHAN SLIP PBDπŸ“… 11 Ogos 2026⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hariπŸ“ Kelas masing-masingSesi Penyerahan S...
12/08/2026

πŸ“šβœ¨ SOROTAN MEDIA: PENYERAHAN SLIP PBD

πŸ“… 11 Ogos 2026
⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Kelas masing-masing

Sesi Penyerahan Slip Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada murid telah dilaksanakan oleh guru kelas masing-masing pada 11 Ogos 2026.

Penyerahan slip PBD ini merupakan salah satu daripada aktiviti 3 in 1 sekolah, yang menjadi platform untuk menyampaikan maklumat berkaitan perkembangan dan pencapaian murid kepada pihak berkepentingan.

Semoga penyerahan ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang perkembangan pembelajaran murid serta menjadi pemangkin kepada usaha berterusan untuk meningkatkan potensi dan kecemerlangan setiap murid. πŸŒŸπŸ“–

Tahniah dan teruskan usaha! πŸ’ͺ✨

πŸ”₯🚨 LATIHAN KEBAKARAN SK TANDEK 2026 🚨πŸ”₯πŸ“… 11 Ogos 2026⏰ 7.20 am - 8.20 amπŸ“ SK TandekSatu Latihan Kebakaran telah dilaksana...
12/08/2026

πŸ”₯🚨 LATIHAN KEBAKARAN SK TANDEK 2026 🚨πŸ”₯

πŸ“… 11 Ogos 2026
⏰ 7.20 am - 8.20 am
πŸ“ SK Tandek

Satu Latihan Kebakaran telah dilaksanakan di SK Tandek pada 11 Ogos 2026 sebagai usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Latihan ini memberi pendedahan kepada murid dan warga sekolah tentang prosedur pemindahan bangunan, laluan kecemasan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

πŸš’ Latihan seumpama ini penting bagi memastikan semua warga sekolah sentiasa peka, tenang dan tahu tindakan yang betul ketika berhadapan dengan situasi kecemasan.

Semoga latihan ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan dan kesiapsiagaan, sekali gus mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat.

β€œBersedia Hari Ini, Selamat Esok!” πŸ”₯🧯

πŸ’ͺ✨ TAKLIMAT β€œEMPOWER” – PAJSK BERSAMA IBU BAPAπŸ“… 11 Ogos 2026πŸ“ Tapak Perhimpunan SekolahπŸ‘©β€πŸ« Disampaikan oleh Cikgu Nurula...
12/08/2026

πŸ’ͺ✨ TAKLIMAT β€œEMPOWER” – PAJSK BERSAMA IBU BAPA

πŸ“… 11 Ogos 2026
πŸ“ Tapak Perhimpunan Sekolah
πŸ‘©β€πŸ« Disampaikan oleh Cikgu Nurularina
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Sasaran: Ibu Bapa Murid

Sesi Taklimat β€œEMPOWER” berkaitan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) telah diadakan khusus untuk memberikan penerangan dan pemahaman kepada ibu bapa tentang pelaksanaan serta kepentingan PAJSK dalam perkembangan murid.

Melalui taklimat ini, ibu bapa diberikan pendedahan tentang peranan PAJSK dalam menilai penglibatan murid dalam aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, di samping memahami bagaimana sokongan ibu bapa dapat membantu menggalakkan penglibatan anak-anak secara aktif.

🀝 Kerjasama sekolah dan ibu bapa menjadi pemangkin dalam membentuk murid yang aktif, yakin dan berpotensi.

Semoga sesi ini dapat memperkukuh kefahaman serta kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa demi perkembangan murid yang lebih holistik. 🌟

πŸ’ͺ✨ TAKLIMAT β€œEMPOWER” – PAJSKπŸ“… 7 Ogos 2026πŸ“ Tapak Perhimpunan SekolahπŸ‘©β€πŸ« Disampaikan oleh Cikgu AsrulπŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Murid Tahun 4 ...
12/08/2026

πŸ’ͺ✨ TAKLIMAT β€œEMPOWER” – PAJSK

πŸ“… 7 Ogos 2026
πŸ“ Tapak Perhimpunan Sekolah
πŸ‘©β€πŸ« Disampaikan oleh Cikgu Asrul
πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Murid Tahun 4 hingga Tahun 6

Satu sesi Taklimat β€œEMPOWER” berkaitan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) telah diadakan khusus kepada murid Tahun 4 hingga Tahun 6.

Taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Asrul ini bertujuan memberikan penerangan dan pemahaman kepada murid tentang PAJSK serta kepentingan penglibatan aktif dalam aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum.

Melalui sesi ini, murid turut didedahkan tentang bagaimana penglibatan dan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum dapat membantu membina keyakinan diri, mengembangkan potensi serta membentuk sahsiah yang lebih baik. 🌟

πŸ’ͺ EMPOWER – Kenali potensi, bina keyakinan, cipta kecemerlangan!

11/08/2026

Address

Bandau Kota Marudu
89108

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088661662

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Tandek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share