SMK Rompin Permai

Directions

SMK Rompin Permai SINCE JUNE 2010 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ROMPIN PERMAI

🌙 SALAM AIDILFITRI 1447H 🌙Seluruh warga Guru dan AKP SMK Rompin Permai ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, M...
17/03/2026

🌙 SALAM AIDILFITRI 1447H 🌙

Seluruh warga Guru dan AKP SMK Rompin Permai ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua murid, ibu bapa, penjaga serta komuniti setempat.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.

Kami juga ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekhilafan sepanjang mendidik dan berurusan dengan para murid serta ibu bapa.

Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

✨ Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ✨

Ikhlas daripada,
Guru-guru dan AKP
SMK ROMPIN PERMAI

🎊 MAKLUMAN CUTI TAHUN BARU CINA 🧧Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua warga sekolah, murid-murid serta ibu bap...
15/02/2026

🎊 MAKLUMAN CUTI TAHUN BARU CINA 🧧

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua warga sekolah, murid-murid serta ibu bapa yang meraikannya. Semoga sambutan pada tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kemakmuran kepada semua.

📌 Sekolah akan bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina bermula pada:
16 Februari 2026 (Isnin)

Sesi persekolahan akan disambung semula pada:
23 Februari 2026 (Isnin)

Gunakan masa cuti ini untuk berehat bersama keluarga dan sentiasa menjaga keselamatan walau di mana anda berada.

✨ Gong Xi Fa Cai & Selamat Bercuti! ✨

Unit Media : SMK ROMPIN PERMAI

🎒✨ HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2026 ✨🎒Alhamdulillah, suasana Hari Pertama Persekolahan Sesi 2026 di Sekolah Menengah ...
12/01/2026

🎒✨ HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2026 ✨🎒

Alhamdulillah, suasana Hari Pertama Persekolahan Sesi 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin Permai berlangsung dengan lancar, teratur dan penuh semangat.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

Pihak PPS (Pegawai Perhubungan Sekolah), Polis Daerah Rompin, serta
Pihak JAIP (Jabatan Agama Islam Pahang)

atas kesudian hadir dan memberikan sokongan, bimbingan serta nasihat yang amat bermakna kepada warga sekolah, khususnya para murid.

Kehadiran pihak berautoriti ini bukan sahaja memperkukuh kerjasama strategik antara sekolah dan agensi luar, malah menyuntik kesedaran awal kepada murid tentang kepentingan disiplin, sahsiah terpuji dan penghayatan nilai murni dalam kehidupan seharian.

Semoga sesi persekolahan 2026 ini menjadi permulaan yang baik ke arah pembentukan murid yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing.

📚✨ RP Merealisasikan Impian Anda✨📚

11/12/2025
11/12/2025
11 December 2025KhamisSMK ROMPIN PERMAIPROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN OP DIDIK oleh Polis Daerah Rompin Setinggi-tinggi pen...
11/12/2025

11 December 2025
Khamis
SMK ROMPIN PERMAI

PROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN OP DIDIK oleh Polis Daerah Rompin

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Polis Daerah Rompin atas penglibatan dalam Program Ceramah dan Pameran OP DIDIK pada hari ini, 11 Disember 2025 (Khamis) di SMK Rompin Permai. Program ini telah memberi pendedahan yang amat bermakna kepada para pelajar mengenai keselamatan diri, disiplin, serta bahaya gejala sosial.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat membentuk jati diri pelajar yang lebih berdisiplin, berwaspada dan bertanggungjawab. Jadikan nasihat yang diterima sebagai panduan dalam membuat pilihan yang betul serta menjauhi perkara yang boleh menjejaskan masa hadapan.

Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus diberkati dan memberi manfaat berpanjangan kepada warga sekolah.



Address

Jalan PANTAI HIBURAN, KUALA ROMPIN
Bandar Rompin
26800

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:00
Tuesday 07:30 - 05:00
Wednesday 07:30 - 05:00
Thursday 07:30 - 05:00
Friday 07:30 - 05:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Rompin Permai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category