Tinta PSS

Tinta PSS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tinta PSS, Education Website, Bandar Rompin.

11 Ogos 2021 - Rabu PROGRAM KERJASAMA DAN JARINGAN BERSAMA ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIASK PIAN...
17/08/2021

11 Ogos 2021 - Rabu
PROGRAM KERJASAMA DAN JARINGAN BERSAMA ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SK PIANGGU, KUALA ROMPIN, PAHANG DAN SK SUNGAI TALAM, KUANTAN, PAHANG (JOHAN APSSK PERINGKAT KEBANGSAAN 2020). LAWATAN MAYA KE PSS AR-RAUDHAH SK SUNGAI TALAM.
Alhamdullilah pada petang Rabu , jam 2:30 petang telah berlangsung satu lawatan secara maya ke PSS Ar_Raudhah. Rombongan kami seramai 31 orang guru disambut mesra oleh 76 orang guru dan AKP SK Sungai Talam. Walaupun lawatan diadakan secara maya sahaja tapi perkongsian yang disampaikan oleh PN Normah bt Seliman (Guru Besar SK Sungai Talam) begitu memberikan inspirasi kepada kami guru-guru untuk menambahbaik dan juga mengaplikasikan dapatan yang diperolehi sesuai dengan situasi sekolah kami.
Kami warga SEKOP begitu teruja melihat komitmen yang diberikan oleh semua unit bagi memastikan kemenjadian murid dan kebolehpasaran murid dapat ditonjolkan. Komitmen dan semangat kekitaan yang tinggi dapat menentukan pembentukan sesebuah organisasi. Perkongsian yang diberikan akan kami manfaatkan untuk kecemerlangan dan kemenjadian murid-murid SEKOP pada masa akan datang. In shaAllah.
SK Pianggu TS25 5.0
Pss Skop

24 JULAI 2021 (SABTU)LAWATAN MAYA KE SYURGA ILMU SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR KEDAH.Walaupun Kes Pandemik Covid-19 makin ...
25/07/2021

24 JULAI 2021 (SABTU)
LAWATAN MAYA KE SYURGA ILMU SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR KEDAH.
Walaupun Kes Pandemik Covid-19 makin meruncing di Malaysia, namun di Era Globalisasi DUNIA TANPA SEMPADAN tidak mustahil satu lawatan maya dapat dianjurkan. Terima kasih kepada SK LUKUT PORT DICKSON dan SSTP NEGERI SEMBILAN kerana memberi peluang kepada kami mengikuti lawatan secara maya ke SMK SULTANAH BAHIYAH yang merupakan Naib Johan Kategori Sekolah Menegah Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2020.
Perkongsian ilmu dan amalan terbaik yang telah disampaikan oleh Dr. Zuridah Hanim bt . Md. Akhir merupakan Ikon GPM Kebangsaan 2020 memberikan satu pengalaman yang menarik dan mencetuskan idea untuk program-program yang boleh diserapkan dan digunapakai dengan melakukan sedikit inovasi bagi memastikan kesesuaian tahap dan persekitaran murid-murid di SK Pianggu Rasmi.
Insha Allah dengan sokongan yang sememangnya sentiasa ada dikalangan pentadbir, guru-guru, AKP, PIBG, KSIB dan ibubapa segala program yang akan dirancang oleh Pss Skop akan mendapat sokongan , dorongan dan bantuan yang mantap dari segi ideal dan tenaga. Bak kata pepatah Muafakat Membawa Berkat.
Pss Skop

26 Januari 2021 TAKLIMAT IQNILAM DELIMA KEPADA KUMPULAN PERMATA NILAM SK PIANGGU SIRI 1Seramai 26 orang peserta PERMATA ...
26/01/2021

26 Januari 2021
TAKLIMAT IQNILAM DELIMA KEPADA KUMPULAN PERMATA NILAM SK PIANGGU SIRI 1

Seramai 26 orang peserta PERMATA NILAM telah mengikuti taklimat melalui medium Google Meet. Taklimat ini telah diadakan pada jam 5.30 petang dan disampaikan oleh PN RAHAYU BT RAMLI selaku GPM SK Pianggu 2021.
Taklimat ini akan dijalankan secara berperingkat untuk semua murid dan ibubapa SK Pianggu. Diharapkan dengan adanya taklimat ini akan dapat mengukuhkan kefahaman dan seterusnya ROH IQRA akan terus berkembang dan subur dikalangan warga SK PIANGGU.

23 OKT 2020 - JumaatPERTANDINGAN BICARA BUKU 2020 ANJURAN KPM Rakaman untuk pertandingan bicara buku telah diadakan di M...
24/10/2020

23 OKT 2020 - Jumaat

PERTANDINGAN BICARA BUKU 2020 ANJURAN KPM

Rakaman untuk pertandingan bicara buku telah diadakan di Musolla An Najah SK Pianggu . Tahniah kepada adik Amir 'Abdul' Aziz bin Amir Hamzah dari Kelas 2 Gemilang kerana telah menyertai pertandingan ini. Adik Aziz telah dilatih sendiri oleh ibunya, Pn Jalilah bt Mahmud. Ikatan kerjasama yang kuat antara pihak sekolah dengan ibubapa SK Pianggu tidak boleh dinafikan lagi. Permata yang berusia 8 Tahun ini masih boleh digilap dengan bimbingan yang mantap oleh guru-guru SK Pianggu yang begitu menitikberatkan kemenjadian murid SEKOP.

Tidak lupa juga barisan pentadbiran yang diketuai oleh Pn Shamsiah bt Jamil selaku Guru Besar SK Pianggu yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada semua warga sekolah untuk terus melakukan perubahan sejajar dengan perubahan pendidikan abad 21. "Change Your Mind , Change Your Life" itulah ungkapan yang selalu disebut dan telah menjadi pegangan bagi kami warga SK Pianggu.

Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga selepas ini akan lebih ramai murid-murid SK Pianggu yang menyertai pertandingan yang dianjurkan.

Link :
https://youtu.be/P2ZuPxCePAA

04/10/2020

RUANGAN INI DISEDIAKAN SEBAGAI BULETIN PSS SEKOP

Address

Bandar Rompin

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tinta PSS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share