GURU SEMENTARA DIPERLUKAN
Hubungi /ws : 014-3515372
SRITI Serdang Jaya
Sekolah Rendah Islam Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Ehsan bakal memulakan sesi persekolahan pertama pada tarikh 3 Januari 2020. Melahirkan Generasi Rabbani
Modul pendidikan SRITI terdiri daripada Pra-Tahfiz, Kaffah, KSSR (UPSR) dan JAIS (PSRA).
10/03/2026
Mohon Sumbangan Dana Mahrajan Amal Islami (MAIS) Peringkat SRITI Kawasan Puchong
Assalamualaikum w.b.t.,
Kami dari pihak SRITI Puchong dengan penuh rendah hati ingin memohon sumbangan dana bagi menjayakan Mahrajan Amal Islami (MAIS) Peringkat SRITI Kawasan Puchong yang akan diadakan pada 04 April 2026 (Sabtu)
Sumbangan anda amat diperlukan untuk memastikan kelancaran pertandingan ini.
Semoga dengan sumbangan anda, Allah SWT melimpahkan rezeki yang berlipat ganda serta keberkatan dalam hidup. Setiap sumbangan, kecil atau besar, sangat bermakna bagi kami dan para pelajar.
Untuk maklumat lanjut atau untuk menyumbang, sila hubungi *Muallimah Adawiyah ( 013- 4448061 )*
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun ๐๐ฝ
*SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM AS SOBIRIN*
*MAYBANK*
*562777285398*
*Reference: MAIS26*
Terima kasih ๐
01/03/2026
๐ [SEKALUNG TAHNIAH KEPADA CALON UPKK 2025] ๐
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua murid Darjah 5 SRITI As-Sobirin Serdang Jaya di atas keputusan UPKK 2025 yang cemerlang ini.
Berikut adalah keputusan keseluruhan UPKK 2025 SRITI As-Sobirin Serdang Jaya :
๐ 9A = 10 orang
๐ 8A = 5 orang
๐ 7A = 6 orang
๐ 6A = 2 orang
๐ 4A = 1 orang
๐ 3A = 3 orang
๐ 2A = 1 orang
โจ Jumlah calon: 28 orang
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan mendoakan kejayaan anak-anak. Ucapan terima kasih juga buat guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dengan kesabaran dan doa yang tidak pernah putus buat anak-anak soleh solehah ini.
Perjalanan masih lagi panjang. Semoga keputusan yang diperoleh ini menjadi batu loncatan untuk terus berjaya di masa akan datang. semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi cahaya dalam kehidupan.
โจ Teruskan melakar kejayaan โจ
"Membina Generasi Rabbani Murabbi"
๐TAHNIAH TOKOH HAFAZAN SRITI SELANGOR 2025 ๐
Alhamdulillah, setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada kedua-dua murid SRITI As-Sobirin Serdang Jaya kerana telah mengharumkan nama sekolah setelah dinobatkan sebagai Tokoh Hafazan SRITI Negeri Selangor 2025.
โจTokoh Hafazan SRITI Selangor (Banin)
MUHAMMAD AQEEL RAYQAL BIN MOHD RAZI
โจTokoh Hafazan SRITI Selangor (Banat)
NUR RAIHANA BINTI MUHAMMAD FAKHRULRADZI
Semoga Anugerah yang di rezekikan oleh Allah ini menjadi pemangkin untuk terus istiqamah menghafaz, memahami dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan seharian. Al-Quran bukan sekadar di dada, tetapi terpancar melalui akhlak dan peribadi mulia.
Kejayaan ini juga diharapkan menjadi pemangkin semangat kepada seluruh murid SRITI As-Sobirin Serdang Jaya untuk terus berusaha, bersungguh-sungguh dan yakin bahawa setiap langkah mendekati al-Quran pasti membuahkan hasil dengan izin Allah.
โSebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.โ
โ (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Teruskan melangkah sebagai generasi al-Quran, pewaris dakwah dan harapan ummah.
Semoga Allah memberkati ilmu, mengangkat darjat dan menjadikan kalian contoh teladan buat seluruh warga SRITI dan masyarakat. ๐ค๐
03/12/2025
SUMBANGAN DANA PROGRAM HAFLAH MUMTAZIN DAN HARI GRADUASI
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Haflah Mumtazin dan Hari Graduasi SRITI As-Sobirin Serdang Jaya 2025 yang akan berlangsung pada Ahad, 21/12/2025
Oleh itu, kami membuka peluang untuk anda menyumbang bagi hari program tersebut.
Sumbangan boleh dilakukan melalui QR atau No. akaun berikut :
162143215496 MAYBANK
(MORIN BINTI ZULKAIDAH)
Diminta untuk menghantar resit sumbangan kepada Ustazah Morin +60 16-823 6433
โ
โ
โ
โ
โ
โ
โ
โ
โ
Jemput like, komen dan share di akaun sosial SRITI As-Sobirin Serdang Jaya
29/11/2025
โจ๐๐๐ฃ๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐ฆ๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ โจ
Tahniah dan Syabas๐๏ธ
Pihak SRITI As-Sobirin Serdang Jaya mengucapkan tahniah dan syabas buat anak-anak yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2025!
Berikut adalah keseluruhan keputusan:
๐ฅ Mumtaz : 1๏ธโฃ0๏ธโฃOrang(8๏ธโฃ Mumtaz Sofi)
๐ฅ JayyidJiddan: 7๏ธโฃ Orang
๐ฅ Jayyid: 1๏ธโฃ Orang
๐ฅ Maqbul: 1๏ธโฃ Orang
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada semua murid untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi di masa depan. Teruskan semangat dan jangan pernah berputus asa!
14/09/2025
โผ๏ธ DAFTAR SEGERAโผ๏ธ
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN :
20/09/ 2025
TARIKH UJIAN KEMASUKAN:
4/10/2025 (SABTU)
PENDAFTARAN MURID DARJAH 1 SRITI SERDANG JAYA SESI 2026 !!!
TEMPAT TERHAD KEPADA 25 ORANG MURID Sahaja!!! bagi pengambilan kemasukan murid.
Darjah 2, 3, 4 masih ada KEKOSONGAN
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
> Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) SERDANG JAYA menawarkan pendidikan peringkat rendah secara HOLISTIK merangkumi:
๐ Hafazan Al-Quran (TAHFIZ)
๐ Pendidikan akademik berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
๐ Silibus pendidikan Islam (JAIS) yang melayakkan murid menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).
๐ Silibus pendidikan Islam (JAKIM) yang melayakkan murid menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
๐ KAFFAH iaitu Kurikulum Fardhu Ain & Fardhu Kifayah yang menerapkan nilai-nilai Al-Quran & As-Sunnah di dalam subjek Bahasa, Matematik, Sains, Lughatul Quran, Fiqh Solat, Fiqh Syahadah & Fiqh Thaharah
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
>> 7 MANHAJ UTAMA SRITI > KELEBIHAN SRITI: Qailulah. โ
> Solat Dhuha. โ
> Qiamullail. โ
> Solat berjemaah. โ
> Hafazan Al-Quran. โ
> Hadis. โ
โ๏ธโ๏ธโ๏ธโ๏ธโ๏ธโ๏ธโ๏ธโ๏ธโ๏ธโ๏ธโ๏ธ
โฆ๏ธ Maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi Admin atau Guru Besar di talian berikut :
๐ขNo Admin : 01156898345
๐ขNo Guru Besar : 0132543009
๐ Jom daftar segeraโจ
29/06/2025
๐ TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH! ๐
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kepada para guru berikut atas kejayaan merangkul Anugerah-Anugerah dalam Majlis Sambutan Hari Guru PASTI SRITI Kawasan Puchong 2025.
โจ Anugerah Guru Inovatif & Kreatif
- Ustazah Fatin Nur Nabila Huda Binti Norhafizi
โจ Anugerah Guru Ko-kurikulum Terbaik
- Ustazah Nurul Syifa' Binti Afandi
โจ Anugerah Guru Akademik Terbaik
- Ustazah Nurul Fatanah Binti Mohamad
๐ Anugerah Guru Istiqomah
- Ustaz Muhammad Imran Bin Abdul Jalil
Kejayaan ini merupakan pengiktirafan atas usaha gigih, komitmen, dan dedikasi yang telah ditunjukkan sepanjang masa. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus cemerlang dalam mendidik anak-anak SRITI.
Kami mendoakan agar kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan SRITISJ pada masa akan datang. Teruskan sama-sama kita melakar kejayaan dan membawa nama SRITISJ ke tahap yang lebih tinggi.
Tahniah sekali lagi!
09/05/2025
SIAPA BAKAL JUARA?๐ฅ
Kurang 24 Jam sahaja lagi Hari Sukan SRITI As-Sobirin Serdang Jaya bakal berlangsung.
Empat pasukan hebat bakal berentap pada esok hari :
โค๏ธ Hang Tuah - ฺู ุชูุงู
๐ Mat Kilau - ู
ุช ูููุงู
๐ Hang J***t - ฺู ุฌูุจุช
๐ Rentap - ุฑูุชฺค
Siapakah yang akan menjulang kemenangan pada tahun ini? Adakah Rumah Biru masih pertahankan kedudukannya?
Segalanya bakal terjawab pada hari esok!
Mari kita semarakkan semangat kesukanan dan UKHUWAH.
Jumpa anda di sana!
07/05/2025
SAMBUTAN HARI RAYA SRITI AS-SOBIRIN SERDANG JAYA
Tarikh : 28 April 2025
Hari : Isnin
Murid-murid menyambut Hari Raya dengan gembira selepas selesai kempen puasa 6.
Tahniah kepada adik-adik yang menyemarakkan kempen sepanjang bulan Ramadan dengan menghantar video/gambar di facebook.
21/04/2025
SUMBANGAN DANA PROGRAM HARI SUKAN SRITI AS-SOBIRIN SERDANG JAYA 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Sukan SRITI As-Sobirin Serdang Jaya 2025 yang akan berlangsung pada 10 Mei 2025 (Sabtu)
Oleh itu, kami membuka peluang untuk anda menyumbang bagi hari program tersebut, kelengkapan sukan dan persiapan ke peringkat seterusnya.
Sumbangan boleh dilakukan melalui QR atau No. akaun berikut :
162143215496 MAYBANK
(MORIN BINTI ZULKAIDAH- BENDAHARI PROGRAM)
โ
โ
โ
โ
โ
โ
โ
โ
โ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Unit 22-2, Dataran Mutiara, Serdang Jaya
Bandar Puteri Puchong
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |